Bab 33

9.3K 276 10
                                    

"Aku tak kisah lah kau nak letak barang aku kat luar sekalipun.Aku nak kau tegur anak dara kau tu cara hormat orang sikit.Aku tahu kau tahu kisah aku tapi dia tak ada hak nak hina aku." Kata Elaine lagi tak puas hati.

"Maaf Puan Elaine kalau kata-kata anak saya mengguris hati Puan Elaine nanti saya tegur dia ya." Kata Mak Mon.

"Tegur jangan tak tegur.Dah terlebih biadap aku tengok dia tu."Kata Elaine lagi lantas beredar membawa bagasi begnya serta beberapa barangan miliknya.Mak Mon hanya menghantar pandangan pergi kepada Elaine lantas mengeluh.Pening dibuatnya.Hajar itu makin ditegur makin buat perangai.

"Kenapa lagi tu?"Soal Pak Sudir.Dari tadi dia dengar perbualan antara isterinya dan Elaine.

"Hajar lah bang.Asyik buat perangai je.Berbuih dah mulut saya ni tegur perangai dia tu.Makin ditegur makin menjadi."Jawabnya gelengkan kepala.

"Entah lah abang pun dah penat dah.Salah ke kita didik dia selama ni?Apa yang ada kat fikiran dia pun abang tak tahu."

"Itu lah abang.Saya ni dah puas piat,cubit,tampar dan nasihat tapi tak jalan juga.Agaknya nak kena ikat kat pokok ada kerengga baru dia berubah lah."Katanya geram.

"Dari kecik kita ajar dia hormat majikan kan?"

Mak Mon angukkan kepala.

"Abang rasakan dulu elok je dia hormat tapi makin lama makin besar makin dia tikam majikan dari belakang.Abang rasa dia tak suka kut jadi pembantu rumah."Duganya.

"Mungkin lah kut bang tapi dia nak kerja apa result SPM dia pun tak lepas bang.Nak suruh dia kerja kilang lagi lah dia tak nak.Malu katanya.Ni jadi pembantu pun dia kata dia malu." Cerita Mak Mon lagi.

"Lebih baik kita kahwinkan dia."

"Tapi dia nak ke pilihan kita?Anak dara awak tu bercita-cita nak kahwin dengan anak orang kaya.Katanya bila jadi orang gaji adalah anak majikan berkenan kat dia tapi hampeh.Tak dapat pun"

"Ish dia tu terpengaruh drama melayu ke?Dah buang tebiat?Suruh dia berdepan dengan realiti.Ada kena lepuk dengan abang nanti."

"Abang tahu pun geram.Saya ni ha lagi geram.Naik malu saya asyik kena tegur dengan Tengku pasal Hajar tu."

"Hajar ni memang lah.Asyik conteng arang saja lepastu buat muka tak bersalah."Pak Sudir sudah sinsingkan lengan bajunya tanda nak mengerjakan anak daranya tu.

"Dah lah tu bang.Borak pasal dia sampai subuh pun tak habis."Kata Mak Mon lalu masuk kedalam rumah.Baru saja masuk dalam rumah,telefon rumah sudah berbunyi.Lantas dia laju mengangkatnya.

"Hello Assalamualaikum,kediaman rumah Tengku Hayder." Katanya lembut.

"Waalaikumusalam,ni Mak Mon ke?"Soal dihujung talian.

"Ye ni Mak Mon."Angguknya.

"Hah Mak Mon,ni Hayder."

"Ya,Hayder."

"Mak Mon tadi Elaine ada datang kan?"

"Ada Hayder."

"Ni saya nak tanya,apa si Hajar tu buat sampai mengamuk Elaine?Bingit tahu tak dia call saya suruh sekolahkan Hajar tu.Cakap kat Hajar kesabaran saya ada hadnya jangan sampai saya pecat dia."Ugutnya.

"Jangan lah macam tu Hayder.Mak Mon minta maaf sangat-sangat atas kesalahan Hajar tu.Ni jelah sumber rezeki kami anak beranak."

"Biar dia hidup diluar Mak Mon,biar jadi orang sikit.Biar dia berdikari tak ada lah peningkan kepala saya lagi dah."

*

Aku telah meminta izin kepada Tengku Hayder untuk bertemu dengan Tengku Hayfie.Walaupun pada mulanya dia melarang keras aku bertemu dengan abangnya tapi aku tetap nak berjumpa jugak kerana aku rasa sudah tiba masanya untuk bersemuka dan berterus terang sendiri.

Mr Duda VS Miss DaraWhere stories live. Discover now