BAB 1

19.6K 357 3
                                    

"Damia?"

"Ya mama?"

"Dah bangun ke tu? Jom breakfast"

"Dah mama. Kejap lagi Mia turun"

"Okay"

Aku keluar lalu mengetuk pintu kak Zafira.

"Kak Fira? Dah bangun ke tu?"

"Ya Mia turunlah dulu, kejap lagi kakak turun"

"Okay cepat tau. Kita orang tunggu"

Aku menyertai mama dan papa di ruang makan. Semua sudah duduk.

"Morning papa, morning mama", pipi orang tuaku aku kucup lalu aku mengambil tempat duduk.

"Mana kak Fira?"

"Kejap lagi dia turun mama. Kita tunggu erh"

"Mama dah pesan lepas solat subuh tu jangan sambung tidur. Kakak Mia tu tak pernah dengar cakaplah"

"Relaxlah mama. Jangan membebel pagi-pagi nanti cepat tua"

"Mia ni ada je kan nak pujuk mama"

"Morning uols! Sorry Fira lambat"

"Duduk Fira", pelawa papa.

Kak Fira duduk di sebelahku.

"Kak Fira tak flight ke hari ni?"

"Tak, esok baru akak flight"

"Ke mana?"

"Beijing"

"Bestnya!"

"Nanti kita pergi erh"

Aku mengangguk laju.

"Makanlah jangan asyik berbual je", tegur mama.

Aku tersengih, kak Fira pula tunduk menyuap mi goreng.

"Mia dah lambat ni, Mia pergi kerja dulu erh"

Aku mengelap tangan lalu menyalam Kak Fira.

Aku berdiri lalu menyalam tangan papa dan mama. Pipi mereka sempat aku kucup.

"Bye!"

"Hati-hati Mia!"

"Okay ma"

Aku sudah mengambil alih tugas papa sebagai CEO Permata Holding selepas aku balik dari UK. Sepatutnya kak Fira yang ambil alih tapi dia sudah ada kerja, pramugari Air Asia.

Aku pula dengan hati terbuka mengambil alih menguruskan syarikat itu setelah 35 tahun papa menguruskannya.

Keretaku mula meluncur di jalan raya menuju ke tempat kerja.

"Good morning cik Mia"

"Morning too Fiya. Nanti masuk bilik I"

"Baik cik Mia"

Aku melemparkan segaris senyuman kepada pembantuku itu lalu meneruskan langkah masuk ke bilik pejabat yang selama ini didiami oleh papa.

"So Fiya apa jadual I hari ni?"

"Sebelah pagi tiada, tengah hari ada lunch dengan client dari Terengganu tu. Sebelah petang pula minum petang dengan Datin Halimah"

"Mama I?"

"Ya cik Mia, datin dah awal-awal buat appoinment dan dia tak nak ada bantahan dari cik Mia"

"Kat rumah boleh je minum petang sama-sama. Okaylah next?"

"Itu je cik untuk hari ni"

"Okay Fiya thank you"

"Sama-sama cik, kalau takda apa-apa lagi saya keluar dulu"

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now