BAB 7

7K 230 6
                                    

Aku melihat keadaan diluar rumah. Khemah sudah siap dipasang dengan kerusi dan meja yang berbalut. Di bahagian tepi ialah barisan hidangan makan. Dalam rumah pula, dipenuhi dengan sanak saudara. Aku sudah siap berbaju kurung moden yang sama warna dengan papa dan mama, merun.

Aku mendaki anak tangga untuk melihat kak Fira.

"Akak?"

Kak Fira baru saja selesai mandi.

"Akak okay tak ni kenapa macam pucat je? Nervous erh?"

Kak Fira hanya tersenyum.

"Janganlah gelabah. Akak cepatlah pakai baju, kejap lagi juru makeup tu datang"

"Yelah"

"Mia keluar dulu, nak tolong mama apa yang patut"

Aku mencari mama yang sibuk mengarahkan pekerja katering itu.

Tak tahu nak buat apa, aku menyapa sanak saudara yang duduk berkumpul di ruang tamu.

"Mak ngah? Mak su", aku menegur makcik-makcik sebelah papa.

"Eh Mia, pergi mana tadi? Baru muncul", kata mak su.

"Mia tengok kak Fira tadi"

"Amboi Mia ni makin cantik, boleh lawan kak Fira Mia tu", seloroh mak ngah.

"Mak ngah ni! Sama je lah"

"Betul apa mak ngah cakap tu Mia. Mia lebih cantik tau, muka ada Arabian sikit ikut mama Mia", sokong mak su.

"Hmmm mana pak ngah?", tanyaku. Mak su pula masih bujang.

"Pak ngah ada kat luar tu tolong papa Mia"

"Mana cousin Mia? Tak ikut sekali ke?"

"Zara tak dapat cuti Mia"

"Owh"

"Mia?"

"Yes mama?"

"Tunjukkan bilik kak Fira, mak andam dah sampai tu"

"Owh okay. Mak ngah, mak su Mia pergi dulu"

Aku membawa perempuan iaitu jurusolek kak Fira bersama pembantunya.

Tuk! Tuk!

"Kak Fira, juru makeup dah sampai ni"

"Owh okay"

Kak Fira sudah siap berbaju akad nikah nanti, cantik!

Aku meninggalkan mereka lalu menelefon Aqif. Tetamu jemputan pun beransur-ansur sudah datang memeriahkan majlis.

"Assalammualaikum baby"

"Waalaikumsalam. Awak jadi tak datang?"

"Sorry, saya kena prepare barang ni sebab esok saya outstation"

"Owh takpa. Awak outstation ke mana?"

"JB untuk 4 hari, I'm gonna miss you"

"Will miss you too"

"Majlis okay ke tu?"

"Okay, semua dah siap. Tetamu pun dah datang, kak Fira tengah siap-siap dia nampak cantik. Kejap lagi rombongan pengantin lelaki datang"

"Awak pakai baju apa tu? Mesti cantikkan? Sendlah gambar"

"Saya pakai biasa je, baju kurung je. Nanti saya selfie send kat awak"

"Okay baby. Saya kena pergi ni sebab bos panggil untuk outstation esok tu"

"Okay awak. Take care"

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now