BAB 28

5.5K 179 1
                                    

"Mia?"

"Ya?"

Aku yang sedang memasukkan pakaian kotor ke dalam beg itu menoleh ke pintu.

"Jomlah keluar, kita minum petang kat depan"

"Okay"

Kami duduk di atas tikar, kuih seri muka dan teh O panas menjadi santapan.

Zara melayan Daniel habis-habisan. Aku pula duduk saja.

"Nah Mia"

Zara menghulurkan secawan teh O panas namun belum sempat aku menyambutnya air dalam cawan tadi tumpah dilenganku.

"Auch!"

"Ops sorry Mia"

Aku memandang Zara tajam, dia sengaja kenakan aku.

"Ya Allah Zara!"

"Zara tak sengaja ayah"

Daniel mendapatkan lenganku yang sudah merah melecur.

"Awak okay tak ni?", soalan apa Daniel ni?

"Sikit je tu", kata mak ucu.

"Sikit apanya macam ni mak ucu? Zara awak sengajakan?", suaraku aku tahan.

"Hey jangan nak tuduh anak aku"

"Tak Mia aku tak sengaja"

Aku terus masuk ke dalam bilik dengan air mata. Malas nak berlawan dengan dua beranak itu lagipun pak ucu ada aku rasa segan.

Daniel mengekori aku sampai ke dalam bilik.

"Mia saya..."

"Saya nak balik KL sekarang juga. Semakin lama saya kat sini entah apa lagi dorang buat kat saya"

"Okay kita balik"

Aku mengemas baju ke dalam bagasi dan Daniel keluar sebentar untuk apa aku tidak tahu. Malas nak tahu.

"Takkan sebab tu je merajuk nak balik KL?", perli mak ucu.

Aku keluar dari bilik terus mendapat perlian sebegitu.

"Terima kasihlah mak ucu tumpangkan saya tapi tulah semakin lama saya kat sini nyawa saya macam terancam"

"Hey Mia..."

"Saya bukan nak kurang ajar mak ucu, saya tak tahulah kenapa mak ucu tak sukakan saya. Kalau tak sukakan saya sekali pun janganlah cederakan saya"

"Budak KL memang berlagak mak", kata Zara sambil berpeluk tubuh.

"Sekurang-kurangnya saya tidak gedik, tidak kurang ajar dan tahu adab sopan. Saya balik dulu assalammualaikum"

Aku terus keluar lalu meminta diri dengan pak ucu.

"Pak ucu minta maaf atas apa yang berlaku Mia"

"Tak pa pak ucu"

Pak ucu mengangguk dengan wajah kesal.

Aku terus masuk ke dalam kereta dan Daniel pula memasukkan barang kami dalam bonet kereta.

"Kita singgah klinik dulu"

Aku diam.

"Mia?"

"Suka hati awaklah"

Aku masih marah dengan karenah dan mendengar kata-kata mak ucu dan Zara.

"Sorry", ucapku dengan keterlanjuran kataku pada Daniel.

"Takpa saya faham"

"Saya tak fahamlah mak ucu awak dan sepupu awak tu, kalau tak suka saya sekali pun janganlah sampai cederakan saya"

"Entahlah Mia saya pun tak boleh nak cakap apa. Saya risau apa mama dan papa cakap nanti, baru seminggu awak pergi dengan saya awak dah cedera. Tangan awak tu masih lagi lebam tambah lagi tangan melecur"

"Pasal mama tu awak tak perlulah risau. Saya harap ini kali terakhir saya jejak kaki kat rumah mak ucu tu, nyawa saya macam terancam"

Daniel ketawa kecil lalu minta maaf.

"Awak cakap macam tu seolah-olah rumah pak ucu tu bahaya sangat macam dalam hutan"

"Gila tak bahaya? Hari pertama nasi saya kena siram dengan kuah pedas, lepas tu kena baling ranting oleh sepupu sewel awak tu. Dan kena siram air panas tadi tambah lagi perlian dan hinaan dari mulut mak ucu dan Zara tu. Tak tahan saya tau kena hadap"

"Saya minta maaf bagi pihak mereka, saya tak tahulah kenapa dorang bencikan awak"

"Betul awak tak tahu?"

Daniel mengangguk.

"Zara tu sukakan awak. Dia benci saya sebab kahwin dengan awak, mak ucu pula tak dapat nak jadikan awak menantu dia. Sebab benci itu lah mereka layan saya macam ni cakap saya bukan-bukan"

"Yeke? Allah. Betul saya tak tahu"

Bendul juga Daniel ni.

"Takpalah asalkan saya dah tahu, lepas ni kalau jumpa dorang lagi tahulah apa saya nak buat"

Pandanganku jatuh pada lenganku yang dari tadi sakit ditambah lagi hatiku yang sakit.

"Awak tahan sakit dulu, kat depan tu ada klinik kita dapatkan rawatan kat situ"

Aku hanya mengangguk. Kalau Aqif nampak ni macam-macam dia akan soal aku.

Setelah lenganku yang melecur ini mendapat rawatan disebuah klinik di pekan, Daniel rerus memandu pulang ke KL.

*****

Sampai saja di KL, Daniel pulang ke rumah mama dan papa.

"Ya Allah kenapa tangan Mia ni?", soal mama.

"Masa kat sana Mia tak sengaja terkena air panas"

"Mia ni tolonglah berhati-hati"

Daniel disebelahku sudah buat muka bersalah.

"Okay ke Mia? Dah pergi klinik?", soal papa pula.

"Dah pa, abang Daniel singgah kat klinik tadi. Insyallah esok lusa okaylah ni"

"Yelah pergilah naik berehat"

Aku dan Daniel minta diri untuk naik ke atas. Daniel mengangkat luggage.

Jam sudah menunjukkan jam9 malam, usai saja mandi dan solat Isyak aku terus baringkan diri. Badanku terasa lenguh, mata pula sudah berat.

Daniel entah ke mana. Lepas mandi dan solat dia keluar dari bilik. Mungkin dia join mama dan papa berbual di bawah.

Nasib baik esok hari Ahad, aku ada peluang untuk cuti kerja lagi. Isnin pula masuk kerja, confirm kerja bertimbun. Hadap sajalah Mia.

🌼🌼🌼
Assalam semua.. Kpd yg mmbaca cerita saya ni terima kasih sgt2 tau😙

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now