Masa cepat sangat berlalu, tanpa ku sedar hampir lima bulan usia perkahwinan ku dengan Daniel. Hubungan kami masih sama tiada perubahan ke arah yang lebih baik dalam erti hubungan suami isteri yang sebenar. Cuma sekarang ni dia sudah tahu merajuk dengan aku, pelik. Dulu dia buka jenis macam tu dengan aku.
"Bila mama dan papa berangkat ke umrah?", soalku sambil menekan punat pada remote control tv.
"Lusa why? Nak ikut?"
"Nak tapi mungkin belum rezeki Mia lagi, banyak benda kena settle ma kat sini"
"Takpa lain kali kita pergi sama-sama"
Aku mengangguk dengan senyuman.
"Mia Daniel tak balik lagi ke?", soal papa yang baru saja turun dari tingkat atas.
"Belum pa maybe kejap lagi dia sampai"
"Assalammualaikum", ucap Daniel sambil melangkah masuk.
"Tu dia dah balik. Waalaikumsalam"
"Ma, pa", sapa Daniel lalu duduk di sebelahku.
"Baguslah Daniel balik tepat pada masanya"
"Kenapa papa?", soalku.
"Macam ni, papa nak minta tolong kat Mia dan Daniel untuk wakilkan mama dan papa untuk wedding anak uncle Syam tu"
Mama mengangguk.
"Pagi lusakan papa dan mama berangkat ke Mekah, wedding anak uncle Syam tu sebelah malam. Mia tahukan tu bff papa, at least Mia boleh wakilkan"
"Owh, boleh"
Aku melihat Daniel.
"Awak macam mana?", tanyaku.
"Okay, saya okay. Mama dan papa jangan risau nanti saya dan Mia wakilkan ya"
"Terima kasih Daniel, Mia"
"Sama-sama pa"
*****
Aku mendapatkan Daniel yang menunggu diruang tamu.
"Sorry lambat so lets go"
"Awak nampak lebih cantik malam ni Mia"
Aku malu dipuji sedemikian.
"Err thanks. Jomlah gerak nanti lambat"
"Yeah lets go"
Aku menarik sedikit kain gaunku nanti terpijak tak ke nayah aku tersembam atas lantai ni.
Wedges 2 inci aku sarung ke kaki lalu turun ke garaj kereta. Malam ni kami menaiki kereta Daniel.
Kami sampai ke kediaman uncle Syam yang dari luar sudah nampak kemeriahannya. Mana tak nya, majis perkahwinan satu-satunya anak gadisnya mesti dilangsungkan dengan grand sehebat mungkin.
Daniel memarkirkan kereta lalu kami melangkah keluar dan masuk ke dalam. Majlis malam ni ada majlis sanding untuk kaum keluarga dan sahabat handai saja. Manakala minggu hadapan adalah majlis resepsi besar-besaran dengan jemputan ribuan orang.
"Assalammualaikum uncle Syam, aunty Lia", sapaku.
"Waalaikumsalam. Mia finally datang, ingatkan papa you tak hantar wakil", jawab aunty Lia.
"Yes aunty"
"So come in, jemput makan. Jangan segan", pelawa uncle Syam.
"Thank you uncle, aunty"
Aku dan Daniel melangkah masuk ke rumah agam mereka. Kami mengambil tempat duduk diruang tamu. Di luar sudah sesak dengan kaum keluarga mereka.
"Awak nak makan ke?", soalku.
"Taklah kenyang lagi, kita kan baru je makan kat rumah tadi"
"Samalah but saya nak ambil air dulu"
"Okay saya tunggu sini"
Aku meletakkan kotak hadiah lalu melangkah ke meja yang menyediakan pelbagai jenis minuman yang pastinya halal. Jus oren menjadi pilihanku, aku menuang jus ke dalam gelas kaca.
Aku kembali ke ruangan sofa tadi dan Daniel masih berada di situ.
"Mia come!"
"Awak saya nak ke sana kejap, nak jumpa kawan-kawan"
Daniel mengangguk.
Anak uncle Syam dulu classmate aku masa kat sekolah menegah since dari situ kami jadi kawan. Kami semakin rapat bila uncle Syam juga kawan baik papa selalu saling menziarahi.
Aku mendekati kawan-kawan lamaku yang hadir pada malam itu.
Beberapa minit kemudian majlis bermula. Anak uncle Syam, Izzaty dan suaminya bersanding di dalam rumah mengikut cara tradisional Melayu. Mereka berdua sepadan dan cantik duduk di atas pelaminan dengan persalinan kain songket ungu.
Hampir satu jam setengah aku dan Daniel berada di situ dan kami mengambil keputusan untuk balik.
"Selamat pengantin baru Zaty dan suami kau. Nah ni hadiah untuk korang"
"Thank you Mia"
Kami bersalaman dan berlaga pipi, manakala Daniel berjabat tangan dengan suami Izzaty.
Kami meminta diri untuk balik kat uncle Syam dan aunty Lia.
"Awak nak singgah mana-mana?"
Aku menggelengkan kepala. Tidak larat aku nak bercakap, sakit dibahagian perutku sangat pedih. Hujung bulan memang ia akan datang, datang bulan.
Kami balik ke rumah mama dan papa. Memandangkan mereka ke Mekah, aku dan Daniel akan menjaga rumah itu. Selepas mama dan papa pulang, kami akan pulang ke rumah family Daniel. Rumah mama dan papa ni kan tiada maid jadi tiada siapa yang jaga rumah ni. Mama sendiri yang berkeras untuk tidak mengupah maid untuk buat kerja rumah.
Sampai saja di rumah, aku terus naik untuk bersihkan diri. Selesai bersiap aku terus memanjat katil dan baring ditilam empuk itu. Lega sedikit dapat baring macam ni. Aku menekan lembut perutku yang sakit akibat senggugut.
"Mia okay tak ni? Nampak macam tahan sakit"
"Okay, saya sakit perut je"
"Why? Awak salah makan ke tadi?"
"Tak saya period"
Dalam keadaan terpaksa itu aku memberitahu Daniel. Malu!
"Owh senggugut erh? Samalah macam Alya. Awak ambil apa-apa ubat ke untuk tahan sakit tu?"
Aku menggeleng.
"Saya tak berani nak ambil pil untuk tahan sakit senggugut, saya just tahan macam ni je and minum air kosong. Esok lusa okaylah ni"
Daniel terus keluar. Kemudian dia muncul dengan segelas air kosong.
"Nah air, minum sebelum tidur"
"Thanks"
Aku meneguk air kosong sampai separuh lalu baring.
Daniel melangkah masuk ke bilik air lalu kedengaran bunyi air. Aku pula pejamkan mata dengan tidur sakit senggugut ni redah sikit.
🌼🌼🌼
Part ni saya betul2 xda idea sbb tu jln critanya mmbosankan, sorry😂
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...