BAB 13

6.1K 218 0
                                    

"Di sinilah kali pertama kita jumpa", aku senyum lalu memandang Aqif.

"Di sini jugalah saya kena tengking oleh perempuan, first time tau"

Aku ketawa kecil.

"Dah awak busy body masa tu lepas tu sangka saya nak bunuh diri"

Di tahun kedua terakhir sebelum aku tamat pengajian di universiti adalah pertama kalinya aku jumpa Aqif.

"Awak masih ingat lagi pertemuan kedua kita?", soalku.

"Mestilah! Time tu lah saya tahan malu nak minta number phone awak tau"

Kami bertemu di mana aku ikut lawatan dan pada masa yang sama universiti tempat Aqif belajar itu ikut serta. Pada masa itu Aqif senior dan ketua kumpulanku.

"Saya pun tak sangka jumpa awak lagi dan boleh pula kan saya bagi number phone saya"

"Itu maknanya jodoh. Lepas tu saya dah mula tackle awak dan nasib baik awak cair"

"Gila tak cair! Awak tu sweet talker"

Aqif ketawa dan aku hanya senyum bila mengingati peristiwa di saat kami mula berkenalan.

"Tapi kenapa awak bawa saya ke sini?"

"Saja nak flashback kisah lama kita yang cute tu"

"Cute sebab kita mula dengan salah faham"

Aqif mengangguk.

"Saya takkan lupakan tempat ni Mia, di sini detik cinta pertama saya muncul. Dan saya takkan sesekali dapat lupakan awak juga"

Dub dab...

Fikiran ku tertumpu pada Daniel bila Aqif mula sentuh pasal hubungan kami. Betapa aku rasa bersalah padanya.

*****

"Abang Daniel?"

Lelaki itu tidak berura-ura untuk bangun dari tidur.

Daniel takkan sambung tidur semula lepas menunaikan solat subuh. Tapi hari ni dia lain daripada kebiasaannya.

"Awak?"

"Hmmm?"

"Bangunlah. Awakkan nak kerja tak lama lagi jam 7 ni"

Matanya dicelikkan.

"Saya tak kerja hari ni"

Suaranya lemah.

"Awak tak sihat ke?"

"Hmmm... Saya demam"

"Err awak tidurlah atas tilam lebih selesa sikit"

"Its okay"

"Cepatlah nanti bertambah sakit lagi dah lah tidur bawah air-cond ni"

Tanpa bantahan lagi, Daniel bangkit dan tidur di atas tilam yang lebih selesa.

Aku pula bersiap-siap untuk ke pejabat.

"Hmmm... Arrrr..."

Daniel meracau? Teruk sangat ke demam dia ni?

Aku melangkah mendekatinya dan dahinya aku sentuh perlahan dengan tapak tangan.

"Ya Allah panasnya"

Aku menukarkan baju pejabat yang tersarung ditubuhku kepada baju santai.

"Hello Fiya"

"Ya cik Mia"

"I tak datang office hari ni, I ambil MC"

"Cik Mia sakit ke?"

"Ya tapi sikit je. Nanti you uruskanlah erh kerja kat situ"

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now