"Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
Aku menjenguk keluar. Terkejut dengan kehadiran keluarga itu.
"Eh pak usu mak usu, silalah masuk"
Pak ucu senyum manakala mak usu dan Zara menjeling. Abaikan saja.
"Ya Allah bila sampai ni?", kata umi yang baru saja turun dari atas.
"Baru je ngah", jawab pak usu.
"Duduklah. Mia tolong buatkan air ya"
"Baiklah umi"
Aku membancuh air dan menyusun kuih atas pinggan.
"Baby"
"Ya Allah hubby terkejut saya. Janganlah macam ni nanti orang nampak, dah lah pak usu ada tu"
"Dorang kat ruang tamu", kata Daniel yang memeluk pinggangku
Aku membiarkan saja.
Daniel membantu aku mengangkat dulang berisi bekas air dan gelas. Aku pula menatang pinggan berisi kuih.
"Jemput minum pak usu, mak usu, Zara", kataku lalu mengambil tempat duduk sebelah Daniel.
Aku hanya mendengar perbualan mereka.
"Usu, Ros dan Zara tidur sini ke?", soal umi.
"Ya angah sebab dah lama tak pergi sini lawat angah sekeluarga", jawab pak usu.
Umi dan abi mengangguk.
"Eloklah tu", kata abi.
"Marilah angah tunjukkan bilik, rehatlah dulu. Zara tak kisahkan sebilik dengan Alya"
"Takpa mak ngah Zara okay"
"Marilah"
Mereka bertiga mengikuti umi ke atas.
"Daniel boleh tolong abi tak?"
"Ya abi apa?"
"Ambil Alya kat kolej ya sebab abi rasa tak larat hari ni"
"Okay abi boleh je"
"Yelah abi ke surau dulu"
Aku dan Daniel mengangguk.
"Ikut hubby erh kita ambil Alya"
"Tapi Mia dah janji nak tolong umi masak lagipun kitakan ada tetamu"
"Hmm yelah kalau macam tu. Jom naiklah hubby nak tukar baju"
"Lets go"
"Hai abang Daniel", kami terserempak dengan Zara ditangga.
"Eh hai Zara"
"Abang Daniel nak keluar ke?"
"Taklah, nak rehat. Zara rehatlah"
"Okay"
Daniel menarik tanganku naik ke bilik.
Selepas Daniel pergi mengambil Alya, aku membantu umi di dapur.
"Umi, Mia tolong erh"
"Okay boleh je"
Aku memotong sayur dan beberapa bahan yang lain di atas meja.
"Mia reti masak asam pedas ke?"
"Tahu. Kenapa umi?"
"Boleh masakkan tak? Ikan pari masak asam pedas"
"Okay umi boleh je"
"Terima kasih. Nanti matikan api bila kari ayam dah masak ya umi nak naik solat"
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...