BAB 5

7.6K 230 0
                                    

"Sorry sangat saya lambat"

Aqif tarik muka merajuk.

"Sorry sayang. Saya ada last minute meeting tadi. Sorry?"

Aku buat muka sempati kaw-kaw untuk cairkan hatinya.

Tiba-tiba Aqif ketawa.

"Saya tak marah pun, asalkan awak datang"

Aku tersenyum.

"Waiter?"

Kami memesan makanan masing-masing.

"Bila awak start kerja?"

"Saya start kerja lusa, bos tak nak bagi cuti lama-lama"

Aku mengangguk.

Aqif bekerja disalah satu syarikat sebagai eksekutif kewangan.

"Eh tu abang Daniel lah"

"Siapa? Since bila awak ada abang ni baby?"

"Tu"

Aqif menoleh ke tempat yang aku tunjuk.

"Siapa tu?"

"Tu lah bakal suami kak Fira"

"Owh not bad"

Daniel keluar dari restoran, seperti baru saja selesai makan.

"Apa yang not bad?"

"Muka dia, kacak. Sepadan dengan kak Fira"

"But you look more handsome than him"

"Amboi!"

"Betullah. Orang dah puji tu bersyukurlah sikit"

"Thank you baby"

"Sama-sama", jawabku.

Hidangan yang pesan sampai.

"Terima kasih", ucapku kepada pelayan itu.

"Sama-sama. Selamat menjamu selera"

Aqif membaca doa makan dan kami mula mengisi perut.

"Awak?"

"Hmm?"

"Saya nak share something dengan awak ni tapi saya tak tahulah betul ke tak hal ni"

"Apa dia?"

"Pasal mama dan kak Fira macam ada tak kena dengan doranglah. Mama macam tak berapa nak ambil berat pasal kak Fira. Saya tengok pun mama tak mesra dengan kak Fira tu"

"Yeke? Takkanlah, kak Fira tu pun anak mama sama macam awak"

"Tulah maybe perasaan saya je kot"

"Ya semua tu perasaan awak je. Kan mama lebih rapat dengan awak, kak Fira kan jarang kat rumah. Awak pula selalu ada dengan mama so keadaan akan jadi begitu"

Aku mengangguk.

Betul juga.

"Jangan fikir negatiflah baby"

"Okay. Perasaan saya je kot"

*****

Aku membantu kak Fira menguruskan majlis pernikahannya. Fitting baju pengantin sudah selesai. Sekarang ni urusan kami sebagai belah pengantin perempuan.

"Akak dah pilih tema pelamin masa akad nikah nanti?"

"Dah akak dah settlekan"

"Okay. Mia pun dah tempah katering, kerusi apa semua. Everything is done"

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now