Aku duduk di sofa. Daniel elok tidur di atas tilam sana. Aku rasa segan dan kesian pula suruh dia pindah tidur atas sofa ni.
"Takpalah, malam ni je"
Aku baringkan diri.
Panggilan daripada Aqif aku jawab.
"Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam", jawabku dengan perlahan nanti Daniel terbangun.
"Awak dah sihat ke tu baby?"
"Ya saya dah sihat. Esok dah boleh kerja"
"Pastikan betul-betul sihat sebelum pergi kerja. Nanti sakit kat office pula nanti"
"Ya jangan risau saya dah betul-betul sihat ni"
"Saya bawa awak ke klinik lah"
"Buat apa? Saya dah sihat lah"
"Saya risau ni"
"Janganlah risau, saya dah okay. Nak tengok gambar tak?"
"Nak send sekarang"
"Okay kejap"
Aku masuk ke aplikasi Whatsapp Aqif lalu aku snap gambarku. Butang send aku tekan.
"Mia? You there?".
"Ya so percaya tak?"
Mestilah dia percaya tengom gambarku sebab aku bukannya demampun. Adui dosa!
"Okay saya percaya awak sihat"
"Ya awak jangan risau okay"
"Okay, lega saya"
"Okaylah awak saya nak tidur ni"
"Okay baby sweet dream. Bye and love you"
"Bye... Love you too"
*****
Aku melihat Daniel yang sedang memakai tali leher. Rambut yang sudah kemas itu dikemaskan lagi.
"Demam awak dah okay ke?", soalku untuk kepastian.
"Ya saya dah sihat, terima kasih jaga saya sampai sihat"
"Okay sama-sama"
Aku mencapai handbagku lalu turun ke tingkat bawah bersama Daniel.
"Dah sihat Daniel?", soal papa.
"Alhamdulillah ya pa"
"Macam mana tak cepat sihat, ada isteri jaga Daniel ni betul-betul", celah mama.
"Mia jaga biasa je", jawabku.
Risau juga aku kalau mereka sangka aku sudah mula jatuh sayang pada Daniel.
Daniel hanya tersenyum nipis. Dia tahu aku jaga dia sebab belas kasihan sesama manusia bukan sebab sayang pada suami.
"Mama, papa esok Daniel nak bawa Mia ke rumah family Daniel. Kita orang nak stay sana dalam beberapa hari"
"Eloklah tu, sejak kahwin tak pernah nak jenguk keluarga kamu", kata papa.
"Ya pa"
Aku dan Daniel keluar dari rumah selepas menyalam papa dan mama.
"Saya pergi dulu", pamitku.
"Okay take care"
Kami melangkah menuju ke kereta masing-masing.
*****
"Menantu umi dah sampai. Mia apa khabar?"
Aku tersenyum. Tak sangka umi Daniel dapat terima aku, yelah menantunya sepatutnya kak Fira.
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...