Bab 42

6.9K 204 4
                                    

"Baby"

"Baby? Errr siapa baby?"

Aku memandang Daniel. Dia merangkul bahuku.

"You are my baby. Mulai sekarang saya akan panggil awak baby and you must call me hubby. Can you?"

Aku terlopong. Apasal Daniel sweet sangat ni?

"Okay Mia cuba ya hubby?"

"Sedapnya telinga mendengar"

Aku menjeling manja lalu menghadap tv yang menyiarkan drama Melayu.

"Baby?"

"Hmm yes?"

"Lets go honeymoon"

Aku pantas menoleh wajah Daniel yang bersih itu.

"Ho... Honeymoon?"

"Yes. Hubby pun teringin nak pergi honeymoon macam orang lain", katanya dengan suara manja.

"Boleh. Bila?"

"Betul ni? Okay great, kita pergi Istanbul!"

"Wow! Betul ke? Bila?"

"Lusa"

"Tapi macam mana dengan kerja hubby?"

"Pasal tu baby jangan fikir yang penting kita dalam mood enjoy"

Aku pantas berdiri lalu melangkah.

Tanganku ditarik dan aku menoleh.

"Nak ke mana?", soal Daniel.

"Nak packing bajulah lusakan kita pergi?"

"Ha jom kita pakcing sekali"

Aku menarik senyuman.

*****

Sampai saja di bumi Istanbul, kami menaiki teksi menuju ke bandar utama. Daniel menyewa sebuah apartment untuk keselesaan kami.

"Kenapa tak stay kat hotel je? Lagi murah"

"Takpalah baby, hubby nak Mia lebih selesa. Alah sekali sekalakan apa salahnya"

Aku hanya menurut.

Belum sempat bermalas-malasan di apartment untu berehat, Daniel membawa aku ke Kumpir.

"Kita nak pergi mana ni hubby?"

"Makan. Nak bawa awak ke suatu tempat ni dan pastinya awak akan suka baby"

Kami masuk ke sebuah kafe yang menjual kentang rebus.

"Kentang rebus?", soalku bukan apa macam agak unik.

"Yes tapi ada topping tau, sedap. Kena cuba"

"Okay"

Aku menyuap kentang rebus topping coklat, taburan hazel nut dan mashmallow.

"Sedap kan?"

Aku mengangguk laju merasai kesedapan makanan unik itu.

Kami turut merasai pelbagai manisan di kedai di sekitar Taksim Square. Daniel pula ralit dengan kamera Niconnya yang merakamkan detik-detik bahagia ini.

"Baby look here"

Aku yang ralit memilih manisan untuk dibeli lantas melihat ke arah Daniel.

"Smile"

Klik!

"Beautiful", kata Daniel yang tunduk melihat gambarku.

Kemudian kami menuju ke Galata Tower dan wow. Memang cantik dan unik.

Kami hanya ambil gambar diluar berlatarbelakangkan menara sebab waktu petang macam ni memang sesak dengan pengunjung.

"Nak masuk dalam ke?", soal Daniel.

"Tak nak lah, ramai sangat orang tu"

"Okay"

Kami kembali semula ke apartment.

Usai bersihkan diri kami solat asar lalu berehat. Daniel sudah berdengkur atas sofa, penat sangat. Aku pula keluar ke balkoni melihat pemandangan luar waktu senja.

Terasa lingkaran tangan memeluk pinggangku, siapa lagi kalau bukan Daniel. Aku hanya senyum lalu meletakkan tanganku atas tangannya.

"Thank you bawa Mia ke sini dan happy sangat lagi-lagi datang dengan awak"

"Sama-sama baby and I am happy too"

Kami masuk ke dalam semula bila terdengar laungan azan menandakan solat Maghrib. Kami bersiap-siap untuk menunaikan solat.

"Its time to dinner, lets go"

"Kita makan area sini je lah, tak larat nak jalan jauh-jauh"

"Okay area apartment ni ada restoran juga"

Tidak sabar nak rasa makanan di Istanbul ini.

Kami duduk dalam sebuah restoran, Daniel ralit melihat menu.

"Okay tak ni dinner tak makan nasi?", soalnya untuk kepastian.

"Okay, sekali sekalakan"

Kami memesan beberapa makanan antaranya ialah kebab iaitu doner kebab, dan makanan Turki yang lain. Memang sedap!

Sebelum pulang ke apartment kami singgah membeli roti Turki yang dijual di sekitar tepi jalan.

Sambil berjalan tangan kami bertaut dan tanganku sebelah memegang roti.

"Nak?"

Aku suahkan roti kepada Daniel.

"Aaaaa", Daniel mengangahkan mulutnya.

Aku pula memasukkan potongan roti tersebut untuk disuapkan ke dalam mulutnya.

"Sedap"

"Kan?"

"Wait tengok sini"

Aku berdiri menghadap Daniel.

"Apa?"

"Comot"

Ibu jarinya mengesat perlahan hujung bibirku.

"Thank you"

🌼🌼🌼
Nah sikit kpd yg nak next chapter moment sweet Mia dan Daniel. Tq sbb nmbaca❤

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now