BAB 8

7.2K 240 10
                                    

Semua senyap memikirkan jalan penyelesaiannya.

"Mia tolong mama dan papa Selamatkan maruah keluarga kita"

"Apa mama cakap ni?"

"Kalau Daniel dan encik puan tak kisah, Mia boleh ganti Fira"

"Mama apa ni? Takkanlah Mia nak jadi pengantin dan isteri abang Daniel? Abang Daniel mesti tak setuju"

Daniel terkakuh mendengar pemintaan mama.

"Dany mama rasa okay juga cadangan datin Halimah tu", sokong mamanya.

"Tapi mama Mia tak nak, Mia..."

"Please Mia demi mama dan papa. Tetamu ramai kat luar tu, malu keluarga kita nanti"

"Kalau Mia tak nak jangan paksa. Awak duduk sini je biar saya yang hadap tetamu kat luar tu", kata papa.

Aku pening kepala. Kehendak mama memang sangat sukar untuk aku terima. Aqif saya sayangkan awak!

"Saya setuju kalau Mia sanggup gantikan Fira. Demi jaga maruah keluarga", Daniel membuka suara.

Aku kaget mendengar butir bicara Daniel. Gila ke?!

Mama memegang lenganku tanda memujuk.

"Ma... Mia tak boleh sebab Mia dah ada..."

"Tolong mama Mia, demi mama"

Ya Allah dugaan apa ni? Aku tak sanggup. Mama atau Aqif?

Aku memandang wajah semua orang di situ.

Telefonku bergetar tanda mesej masuk. Aku membuka Whatsapp.

Aqif Love
Cantiknya like always. I love u.

Aku memejamkan mata.

I am sorry Aqif, I love you too.

"Baiklah Mia setuju. Demi papa dan mama"

Aku pantas disiapkan kerana menjadi pengantin last minute kepada bakal abang iparku.

"Aku terima nikahnya Damia Qalisah binti Mahfiz dengan mas kahwinnya 1000 ringgi tunai"

Air mataku mengalir, nama pengantin perempuan sepatutnya Nur Zafira dan pengantin lelaki yang akad nikah tadi sepatutnya Aqif Syazwan bukan Daniel Hilmi.

Aqif maafkan saya, saya terpaksa.

Mama memeluk aku erat.

"Maafkan mama Mia, terima kasih selamatkan maruah mama"

Papa memandang aku dengan raut wajah simpati.

Daniel duduk dihadapanku untuk menyarungkan cincin.

"Maafkan saya Mia"

Ucapan maafnya itu bagai angin berlalu, aku mahu cepat-cepat habiskan majlis ini. Sungguh hati ku tak rela tapi aku gagahkan diri cuba untuk riak gembira.

Usai saja majlis akad nikah, semua sudah balik termasuk Daniel, kami berkumpul di ruang tamu.

"Mia maafkan mama"

"Takpa ma semua dah berlalu, Mia redha. Lagipun semua ni demi maruah papa dan mama"

"Kenapalah Fira buat kita macam ni? Tak habis-habis buat masalah, Mia yang kena tanggung"

"Awak janganlah cakap macam tu, saya pun rasa bersalah tak pasal-pasal Mia yang kena gantikan Fira", kata papa.

"Mia ni anak saya abang, kebahagian dia dah terjejas"

"Habis tu Fira tu bukan anak awak?"

"Susah nak bercakap dengan abang ni lah. Mia okay?"

Aku yang memicitkan kepala hanya mengangguk.

Patutlah kak Fira cakap kata maaf tadi rupanya ini yang dia lakukan. Kenapa kak Fira?

"Mia naik dulu mama, papa. Selamat malam"

Aku naik ke atas, masuk saja ke dalam bilik aku menangis sepuas-puasnya.

"Aqif..."

Aku menekup mukaku dengan tapak tangan, tangisanku semakin kuat.

Deringan telefon mengejutkan aku.

Tertera nama Aqif, sudah pasti aku tidak akan menjawab panggilannya. Aku takut dia tahu apa yang terjadi hari ni.

Aku bingkas bangun lalu membersihkan diri untuk mendapatkan kesegaran.

Usai mandi, aku cuba menelefon kak Fira. Malangnya dia matikan telefon.

"Apa alasan kak Fira sebenarnya ni?"

Aku baringkan diri, rehatkan badan dan kepalaku yang sakit memikirkan banyak benda hari ni.

"Aqif maafkan saya"

Aku melelapkan mataku yang sembab. Aku harap ini semua adalah mimpi

🌼🌼🌼
Vote klu suka.. Klu nk cakap apa2 komen je❤

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now