BAB 11

6.7K 199 0
                                    

"Mia? Mia bangun"

Aku mencelikkan mata.

"Ya kenapa awak?"

"Dah masuk solat subuh ni, kita jemaah"

"Hmmm sorry saya tak boleh solat"

Adui buat malu je lah!

"Owh okay sorry ganggu awak tidur"

"Its okay"

Daniel berlalu dan berdiri di hadapan sejadah untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Aku masuk ke dalam tandas untuk mandi sementara Daniel solat.

"Awak kerja ke hari ni?", soalku bila dia masih duduk dibirai katil.

"Tak saya masih dalam cuti"

Mungkin dia cuti kahwin.

"Owh okay"

Aku bersiap-siap untuk bekerja. Aku sememangnya tak nak cuti, risau aku kalau pekerja aku tahu aku kahwin. Tiada ribut aku dah kahwin, nanti dorang salah sangka.

"Awak kerja ke?"

"Ya saya tak ambil cuti panjang"

Aku cuti pun dua hari je sebab dalam perancangan untuk menguruskan wedding kak Fira. Malangnya...

Daniel mengangguk.

"Awak turunlah dulu breakfast"

"Kita turun sama-sama"

Aku hanya menurut.

"Morning papa, mama", ucapku.

"Morning Mia. Daniel duduklah", kata papa.

Mama memberikan senyuman.

"Awak nak mi goreng atau nasi goreng?", soalku kepada Daniel.

"Mi goreng"

Aku menghidangkan mi goreng dan sepotong telur dadar ke dalam pinggan lalu diletak ke di hadapan Daniel.

Walaupun dia bukan suami pilihanku tapi tanggungjawab sebegini perlu aku lakukan juga.

Air teh panas aku tuang ke dalam cawan.

"Thanks", ucapnya.

Mama dan papa senyum melihat aku melayan Daniel.

Aku pula hidangkan sedikit nasi goreng ke dalam pingganku. Susu segar aku teguk sedikit lalu nasi aku masukkan ke dalam mulut.

"Kenapa Mia tak cuti panjang sikit, Mia mesti penatkan", tanya mama.

"Staf tahu Mia cuti dua hari je ma sebab kahwin kak Fira, Mia tak nak dorang tahu Mia yang kahwin sebab tu Mia masuk kerja je terus"

"Yelah mama faham"

"Macam mana office?", soal papa.

"So far okay pa. Kita dalam progres untuk projek besar kat Langkawi yang Lian Holding tawarkan tu"

"Mia dapat projek tu?"

"Yes pa dorang pilih syarikat kita dan Mia dah meeting untuk step pertama dengan dorang baru-baru ni"

"Wow great Mia. Projek yang mereka tawarkan tu bukan projek biasa-biasa tu"

"Yes pa alhamdulillah proposal dan presentation kita dorang terima. Mia sangka kita tak dapat sebab banyak juga syarikat besar yang nakkan tawaran tu"

"Good job Mia"

"Thanks papa"

Aku mengerling jam tanganku. Susu yang bersisa dalam gelas aku teguk.

"Mia pergi kerja dulu. Awak saya pergi kerja dulu", pamitku kepada Daniel.

"Okay hati-hati"

Aku berdiri lalu menyalam tangan papa dan mama. Macam biasa pipi mereka aku cium.

"Bye assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

*****

"Cik Mia nak keluar lunch ke?"

"Yes Fiya. I pergi dulu"

"Baik cik Mia"

Honda City kepunyaanku aku pandu untuk menemui Aqif.

"Assalammualaikum awak"

"Waalaikumsalam. Have a sit baby"

"Dah lama ke awak sampai ni?"

"Baru je, order pun tak lagi sebab tunggu awak"

"Orderlah. Saya lapar dah ni"

"Lapar erh? Kesian buah hati saya ni. Waiter?"

Aku menarik senyuman.

Ya Allah aku tahu berdosa untuk aku jumpa lelaki lain dan mencintai lain sedangkan aku sudah mempunyai suami.

Tapi Daniel faham dan dia pun izinkan, boleh ke macam tu? Buntuh!

"So kita ni macam mana? Kak Fira pun dah kahwin"

Lidahku keluh nak cakap apa ni?

"Baby? Saya tanya ni kan"

"Sorry err saya dah bagitahu papa dan mama tapi dorang cakap bulan ni tak boleh. Mama cakap ada hal so tak nak kita buat majlis rushing"

"Owh its okay, kalau papa dan mama free bagitahu tau. You know what saya dah tak sabar langsungkan majlis kita baby"

"Yeah me too"

"Owh ya nanti ucapkan tahniah saya kepada kak Fira and suami dia erh, tak sempat nak pesan hari tu"

"Boleh nanti saya sampaikan"

"Makanan pun dah sampai. Kita baca doa dulu"

Aku menadah tangan.

"Sedap?"

Aku mengangguk laju.

"Awak macam lapar sangat ni, breakfast tadi makan apa?"

"Saya makan nasi goreng tapi sikit je sebab nak cepat-cepat ke office"

"Lain kali kalau tak sempat nak breakfast kat rumah make sure bawa bekal makan kat office. Nasib baik takda gastrik"

Aku tersengih dibebel oleh Aqif.

"Dengar tak ni baby?"

"Ya dengar awak jangan risaulah nanti saya buat apa yang awak suruh tadi. Okay? Makanlah"

Aqif menggeleng lemah.

"Ya saya bawa bekal nanti. Makan pun comot tulah membebel je"

Aku mengelap sedikit sos di tepi bibir Aqif dengan sehelai tisu.

"Macam manalah saya tak bebel awak, awak tu lalai dengan pemakanan. Nanti sakit say risau tau macam apa yang jadi sebelum ni"

"Ya saya tak lalai lagi dah, saya janji"

"Promise erh?"

"Ya awak saya janji. Makanlah nanti dah sejuk tak sedap dah"

"Nasib baik pandai pujuk"

Aku ketawa kecil.

🌼🌼🌼
Sorry klu hambar hehehe

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now