BAB 36

6.4K 192 0
                                    

Aku, mama, papa dan Daniel menghadiri pengkebumian Aqif. Aku memakai kaca mata hitam untuk menutup mataku yang bengkak dan muka yang sembab.

Nampak saja diriku, mom Aqif akan menangis.

"Mia"

"Ya mom. Banyakkan bersabar mom, walaupun Aqif dah takda Mia akan tetap jadi anak mom"

"Terima kasih Mia. Aqif satu-satunya anak kami, mom harap dengan kehadiran Mia ni mampu mengubati rindu"

"Insyallah mom"

"Nanti esok malam datang ya bawa family Mia untuk kenduri nanti"

Aku mengangguk. Mom dan dad bertegur sapa dengan mama dan papa. Daniel juga banyak membantu tadi, mengangkat keranda Aqif setibanya kami sampai ke tapak perkuburan tadi.

Setelah majlis pengkebumian sudah selesai dan tetamu dirumah mereka beransur pulang. Aku dan Daniel meminta diri untuk pulang. Mama dan papa sudah pulang terlebih dahulu.

"Mia sebelum tu mom ada benda nak bagi ni. Surat ni mom jumpa masa kemas bilik arwah tadi dan kotak yang ada nama Mia"

"Terima kasih mom"

Aku menahan sebak.

Kami singgah di kubur Aqif, tadi ramai sangat orang ke sini menyukarkan aku hendak melihat kuburnya lebih dekat.

"Awak nak saya temankan?"

"Takpa awak tunggu dalam kereta saja. Saya pergi kejap"

"Be strong", pesan Daniel sebelum aku melangkah keluar.

Aku membawa sebotol air bunga dan buku yasin. Aku duduk dihadapan pusaranya dan kaca mata hitam aku tanggalkan.

Usai membaca yasin aku berjeda seketika.

"Awak maafkan saya sebab tadi saya tak dapat nak jumpa awak sebab orang ramai sangat"

Aku cuba menahan air mata mengalir.

"Saya redha awak, cuma mungkin agak sukar untuk saya lupakan kenangan kita bersama. Saya nak awak ingat walaupun awak dah takda saya akan tetap ingat awak. Saya janji saya tak sedih-sedih lagi. Terima kasih bahagiakan saya walaupun kita tidak sempat jadi yang sah"

Aku pantas mengelap air mata yang menitis dengan tisu, air liur aku telan untuk menghalang tangisanku pecah.

"Saya bahagia bersama awak dan saya redha atas pemergian awak hari ni"

Aku tidak dapat meneruskan kata, sebak yang mencengkam di dada aku tahan. Hujung shawlku aku selempang ke belakang.

"Saya doakan semoga awak tenang di alam sana dan tunggu saya ya. Saya sentiasa ingat pesan awak ketika kali terakhir kita berbual. Cuma agak sukar saya bukakan hati saya untuk orang lain tapi saya akan cuba. Saya sayang awak Aqif, damailah awak di sana. Nanti saya jenguk awak lagi"

Air bunga aku siram atas pusaranya yang bertanah merah.

"Saya balik dulu, assalammualaikum awak"

Aku berjalan meninggalkan pusaranya dengan hatinya lara. Sebelum naik ke dalam kereta Daniel, kaca mata hitamku aku pakai semula.

*****

Aku cuba kuatkan diri daripada kesedihan. Dengan solat dan mengingati Allah aku mendapatkan ketenangan. Setiap pesan arwah Aqif aku ingat kembali, aku berusaha untuk tidak sedih lagi.

Setiap minggu juga aku ke rumah keluarganya untuk menghadiri kenduri dan bacaan tahlil. Aku turut membantu apa yang patut di sana.

Mom dan dad juga kelihatan sudah dapat menerima kehilangan arwah yang sudah pergi genap seminggu.

Surat dan kotak pemberian mom Aqif untuk aku itu belum aku buka lagi. Aku belum bersedia dan aku takut tangisanku pecah lagi. Cukuplah setiap malam aku menahan sedih dan tangis kerana merindui dia. Untuk lepaskan rindu aku menatap gambarnya dalam telefon dan aku turut membaca sms dan chat Whatsapp yang pernah dia hantar selama kami berkenalan.

🌼🌼🌼
Takda idea dah nak buat part yg sedih2. Sya hrp the readers enjoy😙

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now