Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke lapangan terbang Heathrow, London aku meregangkan otot badan. Berjam dalam kapal terbang cukup buat aku penat, penat duduk. Berdiri je pun kalau nak pergi tandas selebihnya duduk je.
Sekarang musim winter di bumi Eropah ini, bajuku sudah tiga lapis. Di dalam kemeja, dilapiskan dengan hoodie yang mampu memberikan haba pada leherku dan sweater kulit warna hitam. Disebalik seluar jeans ku ada seluar ketat didalamnya, nasib baik aku sempat sarung stoking disebalik sneaker Nike ku. Kalau tak dah mati beku aku kat sini.
Ya aku melangkah ke bumi Eropah ini dengan semangat baru dan mencari aura ketenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kesedihan dan masalah sekarang ni aku cuba untuk hapuskan.
Sebelum ke apartment, aku membeli secawan teh panas untuk memberikan sedikit haba dalam badanku. Beg sandang belakang aku lepaskan dari bahu, bagasi aku tarik ke tepi lalu aku melabuhkan punggung, duduk.
Pesanan sms aku kirim kepada mama untuk mengkhabarkan ketibaan ku di London.
Bertahun lamanya aku tidak kembali ke sini, kali terakhir lima tahun lepas. Kami sekeluarga berempat bercuti ke sini untuk meluang masa bersama.
Aku melangkah keluar dari lapangan terbang lalu mengambil perkhidmatan teksi. Aku menuju ke apartment milik papa, papa memiliki apartment itu sejak kami bercuti di sini. Papa mengambil keputusan untuk membeli apartment itu dan Alhamdulillah ia memudahkan aku sekarang ni.
Pintu apartment aku buka dengan ucapan salam, sneaker aku cabut dari kaki lalu diletak atas rak belakang pintu. Aku memerhati sekeliling, ada habuk atas siling. Mujut perabot dibungkus kalau tak bertambah kerja aku membersih apartment ini.
Hoodie dan sweater kulit aku tanggalkan dari badan lalu aku membersihkan segenap sudut apartment ini.
Selesai semuanya, aku duduk berehat mengeringkan peluh ditubuh badanku walaupun sekarang aku pasang pendingin hawa.
*****
Jam sudah menunjukkan jam 8 pagi, perut pun sudah lapar. Semalam aku tak sempat jamah apapun sebab badan letih dan jet leg jadi lepas mandi terus tidur. Minggu ni 'cuti' solat bermula kalau tak memang terlajak subuh tadi.
"Breakfast time"
Aku bersiap-siap untuk keluar sarapan disekitar apartment. Cuaca sejuk macam ni elok minum teh panas dan roti.
Aku mencicip secawan teh panas sambil melihat cuaca di luar menerusi dinding kaca kafe. Cuaca dingin bagi orang di sini perkara biasa dan tidak membataskan aktiviti luar mereka.
Akan aku habiskan masaku di sini dengan bersiar-siar, begitu banyak tempat yang menarik. Salah satu aktivitiku ialah shopping, Leadenhall Market adalah salah satu tempat yang best. Selain itu aku nak cuci mata juga kat Camden Town, Oxford Street dan banyak lagi.
Usai sarapan aku melawat kawasan tertutup terlebih dahulu sebab cuaca agak dingin menyukarkan aku melawat kawasan outdoor. Matahari pula belum terbit lagi boleh berikan sedikit haba melalui sinarannya.
Aku mengambil teksi menuju ke King’s Cross Station Concourse di mana ia menjadi tempat kegemaranku. Sebab... Di sini adalah kawasan perfileman movie Harry Potter iaitu Platform 9 3/4. Stesen inilah pelajar-pelajar Hogwarts School of Withcraft & Wizardy menunggu Hogwarts Express.
Dalam dunia Harry Potter, Harry dan kawan-kawannya akan menuju ke platform ini dengan melalui dinding batu-bata antara platform 9 dan 10.
Aku gemar menonton setiap episod Harry Potter sebab penuh dengan magic. Aku meluangkan masa disitu hampir sejam seterusnya aku menaiki teksi ke The National Gallery, Trafalgar Square, London WC2N 5DN.
Walaupun aku tidak meminati seni tapi aku tertarik melihat hasil seni lukisan yang unik. National Gallery ini memaparkan 2,300 koleksi lukisan untuk diamati keseniannya dan ini termasuklah karya daripada pelukis legend Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh dan ramai lagi.
Aku mengerling jam dipergelangan tangan, tidak lama tengah hari. Aku mengusap perutku yang lapar. Aku mengambil keputusan untuk menuju ke restoran halal di sini. Destinasinya ialah Chinatown London.
Usai saja isi perut, aku balik semula ke apartment untuk rehatkan diri lagi. Esok dan hari seterusnya banyak lagi tempat yang akan aku lawati. Entah berapa lama aku menetap di sini semuanya terpulang pada keadaan dan kekuatan hati.
🌼🌼🌼
I know ada yg bosan baca part ni heheh, xbnyak dialog just ceritakan perjalanan Mia di London but jangan risau saya takkan berceloteh panjang pasal London lg lepas ni. Stay tuned tau!❤
Klu ada silap mohon komen
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...