Kami menuju ke rumah ayah Daniel di Kangar, Perlis. Sampai saja di rumah ibu dan ayah, kami dihidangkan makan tengah hari yang sedap-sedap belaka.
Daniel dan ayah berbual di hadapan rumah. Aku dan ibu pula bersembang di dapur.
"Kak Mia jom pergi sungai"
Aku tersenyum melihat anak-anak ibu. Ibu dan ayah ada 4 orang anak perempuan semuanya masih bersekolah. Anak sulung mereka Riana tingkatan 4, Rania tingkatan 1, Raisya darjah 5 dan Razia darjah 3. Semuanya cantik-cantik.
"Isya, Zia tunggulah kak Mia ni rehat dulu. Petang sikit baru pergi ya"
"Baiklah ibu"
Mereka berdua begitu cepat rapat dengan aku walaupun baru saja berjumpa.
"Pergi buat kerja sekolah dulu"
Mereka berdua mengikut arahan lalu masuk ke dalam bilik.
"Mana yang lain ibu?"
"Riana dan Rania masih kat sekolah. Kejap lagi baliklah"
"Assalammualaikum ibu"
Muncul dua orang pelajar perempuan.
"Walaikumsalam. Dah balik pun"
"Siapa ni ibu?"
"Ni isteri abang Daniel, kak Mia. Pergilah salam"
"Hai kak Mia saya Riana, panggil Ana je"
"Hai Ana"
"Hai kakak cantik. Saya Rania, panggil Nia"
"Hai Nia"
"Ana, Nia pergi mandi. Lepas tu masuk dapur makan"
"Baik ibu"
"Mia pergilah rehat nanti petang boleh pergi sungai dengan budak-budak"
Aku mengangguk.
Rumah ibu dan ayah papan dan batu. Bahagian ruang tamu papan manakala dapur pula batu. Semua bilik berada di atas. Semuanya ada 4 bilik.
Aku masuk ke dalam bilik yang lebih kurang sama dengan bilik di rumah mak long.
"Ibu?"
"Ya Mia?"
"Bilik air mana? Mia nak mandi rasa badan melekit pula"
"Alamak air paip sekarang dah habis. Esok baru ada, sekarang ni kena mandi kat perigi dulu"
"Owh jauh ke ibu?"
"Belakang rumah je ni. Mia okay ke mandi guna air perigi?"
"Okay je ibu"
"Minta Daniel temankan ya"
Aku mengangguk lalu mencari Daniel.
"Err awak?"
"Ya kenapa?"
"Temankan saya pergi perigi belakang rumah tu"
"Nak buat apa pergi sana?"
"Saya nak mandi, ibu cakap air paip takda esok baru ada. Setakat ni kena guna air perigi tu dulu"
"Owh tapi awak okay ke mandi guna air perigi? Tak gatal-gatal?"
"Tak. Jomlah"
"Yelah"
Kami ke belakang rumah. Kelihatan ada sebuah pondok.
Mujur saja perigi ini tertutup, senang nak mandi tiada siapa dapat intai.
"Saya ambil kan air untuk awak dulu"
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...