BAB 34

5.9K 179 6
                                    

Selepas makan malam, aku bawa mama dan papa ke ruang tamu. Daniel pun ikut sekali.

"Mama, papa Mia ada benda nak cakap ni"

"Apa dia?", tanya mama.

Papa melihat aku.

"Mia dan abang Daniel nak berpisah"

Mama dan papa jelas terkejut.

"Kami dah bincang ma, pa. Saya pun tak kisah lepaskan Mia sebab perkahwinan ini bukan kehendak kami", kata Daniel.

"Kamu berdua dah fikir masak-masak ke ni?", soal papa.

"Ya pa Mia dan abang Daniel dah buat keputusan. Lagipun kami tak saling mencintai, abang Daniel akan tunggu kak Fira. Mia pula dah jumpa kebahagian Mia sendiri"

Mama dan papa mengangguk.

"Baiklah kalau dah macam tu, tapi apa papa harap hubungan kita ni tetap macam keluarga"

"Ya pa, papa jangan risau", jawab Daniel.

"Mia ada benda lagi nak bagitahu ni. Lepas Mia dan abang Daniel berpisah, Mia akan kahwin dengan Aqif"

Sekali lagi mama dan papa terkejut.

"Mia masih berhubung dengan dia?", soal mama.

"Ya ma Mia minta maaf, Mia dah cuba untuk lupakan dia tapi tak boleh. Aqif pun dah tahu semua ni"

"Yelah papa ikut aje asalkan anak-anak papa ni gembira. Mia pun dah ada Aqif dan Daniel ada Fira. Pasal Fira tu kita tunggu je lah dia balik"

"Thanks pa"

"Kalau takda apa-apa saya masuk bilik dulu, ada kerja nak buat", kata Daniel.

Kami bertiga mengangguk saja.

"Mia yakin nak kahwin ke dengan Aqif?"

Aku pandang mama.

"Ya ma. Mama dan papa tahukan Mia dan dia dah lama berkawan dan nak kahwin tapi tak jadi sebab semua ni. Mia tak tahu sampai bila perkahwinan ni akan bertahan, sebaiknya kami berpisah saja"

Mama dan papa diam.

"Ma? Pa? Kenapa diam je?"

"Kalau itu yang buatkan Mia happy mama okay je sayang. Mama tahu Mia sayangkan Aqif"

"Ya ma. Lagipun Aqif..."

Aku sebak lalu tunduk.

"Mia kenapa ni?", soal papa.

Mama mendapatkan aku, bahuku diusap.

"Kenapa ni?"

"Aqif dia ada penyakit selama ni, dia rahsiakan. Paru-paru berair"

"Allah"

Mama dan papa terkejut.

"Sebab tu Mia tekad ma, Mia nak hidup bahagia dengan dia. Doktor ramalkan masa Aqif tak banyak sebab dia kat stage kritikal"

"Sabar Mia, banyakkan berdoa. Semuanya ketentuan Allah"

"Kenapa dia rahsiakan benda penting macam tu?", soal papa.

"Dia tak nak Mia dan parent dia risau, dalam diam dia jalani rawatan sorang diri. Mia pun tahu sebab dia jatuh pengsan hari tu dan semuanya terbongkar. Mia takut..."

"Insyallah Aqif boleh sembuh. Kita doakan saja"

"Mia sabar nak, Allah akan bantu Insyallah. Papa nak jumpa Aqif, boleh?"

Aku mengangguk.

"Mia akan bawa Aqif, kenalkan dengan mama dan papa"

*****

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now