Sebulan kemudian..
Jujur aku katakan aku belum dapat lupakan arwah Aqif sepenuh dan perasaan sayang terhadapnya masih ada. Mulutku saja kata redha tapi hatiku kadang kala tidak sepenuhnya.
Aku mengambil keputusan untuk berikan ruang untuk diriku supaya dapat menerima kehilangan arwah Aqif dengan sepenuhnua. Bukan untuk lupakan dia sepenuhnya tapi agar aku dapat meneruskan hidup seperti yang dia mahu.
Keberadaan ku di sini semakin menyeksa aku, di rumah atau di mana saja mengingatkan aku kepadanya selalu. Sukar untuk aku tenangkan diri apabila aku ternampak tempat yang pernah aku dan arwah Aqif luangkan masa bersama.
Aku melihat tiket penerbangan yang telah diserahkan oleh Fiya di pejabat tadi.
Mama dan papa sudah tahu dan mereka benarkan aku atas kebaikan ku sendiri. Mereka tidak mahu melihat aku hanya terperap dalam bilik selepas pemergian arwah Aqif."Mama dan papa harap Mia akan kembali dengan semangat yang baru selepas balik dari sana nanti"
Daniel pula masih sah menjadi suamiku.
"Awak sibuk ke?", soalku lalu duduk di hadapannya.
"Takda, kenapa?"
"Saya nak bagitahu awak ni. Yang saya akan stay dalam beberapa bulan atau tahun kat oversea"
Daniel jelas terkejut.
"Saya faham tapi kenapa lama sangat awak nak pergi?"
"Awak tahukan saya masih sedih atas apa yang berlaku, sukar untuk saya lupakan walaupun sedikit. Bergantung pada keadaan saya akan balik bila saya dah bersedia"
"Baiklah saya faham. Awak nak ke mana?"
"London"
"Awak okay ke stay sana sorang-sorang?"
"Awak jangan risau, saya dah pernah stay sana. Papa pun ada apartment kat sana dan semuanya saya dah settle kan"
"Yelah saya doakan yang terbaik untuk awak"
"Thanks tapi saya nak awak tolong tengokkan mama dan papa masa saya tiada. Boleh?"
"Awak jangan risaulah pasal mama dan papa"
"Dan lagi satu nanti awak tolong papa erh urus syarikat? Selama saya takda ni papa akan kembali uruskan syarikat tu"
Daniel mengangguk.
"Dan pasal kita dan perkahwinan ni saya serahkan kat awak buat sementara waktu, selagi kak Fira tak balik. Telefon je saya saja jika awak nak kita bercerai, saya akan balik uruskan penceraian kita"
"Yelah tapi apa yang saya nak awak jaga diri kat sana, jika ada masalah call saya. Selagi saya sah bergelar suami awak, awak masih tanggungjawab saya"
"Insyallah and thank you"
"Saya doakan agar awak dapat ketenangan kat sana nanti. Ingat Mia keredhaan awak memberikan ketenangan untuk arwah"
Aku mengangguk.
*****
Selepas solat subuh aku mengemas pakaian dan keperluanku ke dalam bagasi. Penerbanganku ke London pada pukul 10 pagi nanti.
Ibu bapa arwah Aqif juga sentiasa berhubung dengan aku dan pemergianku London ini turut mereka ketahui.
Aku membuka laci almari. Aku terkaku bila terlihat sampul surat dan kotak pemberian mom Aqif.
Sampul surat dan kotak sederhana itu aku keluarkan. Aku bersedia.
Dalam sampul surat itu ada dua surat yang tertera namaku dan nama Daniel.
"Surat untuk Daniel? Untuk apa arwah tulis surat untuk dia pula?"
Tapi amanah perlu aku jalankan, surat tersebut perlu aku berikan nanti pada Daniel. Surat untuk aku, aku buka dengan Bismillah.
Assalammualaikum sayangku Damia Qalisah.
Pertama sekali jangan menangis dan sedih atas pemergian saya, terimalah ketentuan Allah.Mia, ketika awak baca surat ini saya sudah tiada atas muka bumi ini. Saya tahu awak sukar untuk terima tapi berilah ruang dan masa untuk awak menerima pemergian saya sepenuhnya. Jika awak dah lupakan cinta saya tak mengapa sebab saya telah bawa ia ke 'sini'.
Apa yang saya mahu tolong teruskan hidup awak macam biasa dan belajar tanpa saya di sisi awak lagi. Carilah kebahagian awak untuk masa depan sebab saya tak mampu berikan kebahagian itu. Saya izinkan awak bersama dengan lelaki lain yang tulus mencintai awak. Saya tahu susah untuk lupakan kenangan kita tapi percayalah ada insan lain yang memberikan sejuta kebahagian dan lebih daripada apa yang saya telah berikan kepada awak.
Ada sesuatu yang awak tidak tahu. Iaitu pasal Daniel. Dia mencintai awak dalam diam Mia. Saya tahu itu sejak pertama kali nampak awak berdua pada malam itu.
Aku menekup mulutku. Terkejut pasal Daniel.
Ya Mia dia cintakan awak sebab awak isteri dia. Saya boleh nampak dalam mata dan tahu isi hatinya. Mungkin ada hikmah atas pemergian saya ini. Terima dia Mia. Saya yakin dia akan jaga awak sebaiknya. Dia menyayangi awak selama ini tapi disebabkan awak ada saya, dia biarkan perasaan itu. Itu kerana dia nak awak bahagia dengan saya tapi semua sudah berubah. Saya tak dapat bahagiakan awak lagi jadi Daniel mampu berikan kebahagian itu. Saya yakin. Tolong terima dia Mia, demi saya dan demi kebahagian awak.
Akhir kata, jangan ingat saya andai itu buat awak sedih. Saya sudah tiada jadi carilah kebahagian awak di situ. Jika awak bahagia saya akan gembira di sini. Saya sayang awak Mia tapi bukalah hati awak untuk menyayangi orang lain.
Kekasih lama; Aqif Syazwan.
Air mata yang aku tahan tadi mengalir juga. Surat tersebut aku lipat dan masukkan semula ke dalam sampul.
Kotak warna merah itu aku buka. Apa yang ada didalamnya buat aku bertambah sedih. Gambar-gambar yang pernah kami ambil semasa meluangkan masa bersama. Gambar sejak zaman universiti lagi pun ada, tak sangka dia masih simpan. Album gambar itu bertulis,
KENANGAN KITA A❤M.Selain gambar, arwah Aqif turut menitipkan sebentuk cincin bertakhta permata dan ada cebisan kertas.
Cincin untuk perkahwinan.
Air mataku semakin deras mengalir. Cincin yang dia beli untuk majlis kahwin kami tapi tidak kesampaian.
Aku menarik nafas dalam lalu dihembuskan perlahan. Ya ini adalah kenangan kami yang aku akan simpan sampai bila-bila. Surat untukku aku simpan dalam kotak lalu dimasukkan semula ke dalam laci. Laci tersebut aku kunci, biarlah hari ni hari terakhir aku menangis melihat kenanganku bersamanya tapi akan ku simpan dalam ingatanku selamanya.
🌼🌼🌼
Sorry utk kesalahan dalam bab ni. Hari ni kaw2 saya update sebab line dan data sgt2 menggalakan haha. Mungkin lama lg kot sya update bab 38 apapun tnggu tau. Tq yg sudi mmbaca tu😙
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...