BAB 32

5.7K 188 4
                                    

Sejak kejadian itu dimana semuanya telah diketahui oleh Aqif, hubungan aku dan Daniel menjadi dingin. Semuanya sebab aku yang wujudkan jurang antara kami. Daniel pula langsung tak tanya apa-apa siapa Aqif. Aku malas nak ambil tahu yang aku nak sekarang ni ialah kemaafan daripada Aqif.

Telefon yang berdering mengejutkan aku dari lamunan di dapur.

"Hello assalammualaikum. Siapa ni?"

"Waalaikumsalam ni Mia ke?"

"Ya saya. Siapa ya di sana?"

"Ni mom. Mom Aqif"

"Owh mom. Ya mom ada apa call Mia ni?"

Rasa macam ada sesuatu tak kena.

"Aqif Mia... Aqif masuk wad hospital pagi tadi"

"Kenapa mom dengan Aqif? Dia okay ke sekarang ni?"

"Lebih baik Mia datang sini ya"

"Baik Mia gerak sekarang, jumpa kat sana nanti. Assalammualaikum"

"Ya mom tunggu, waalaikumsalam"

Tanpa berlengah aku terus naik bersiap.

"Mia kenapa ni? Nak pergi mana?", Daniel melihat aku yang pantas bersiap. Baju dalam almari aku bawa masuk ke dalam bilik air.

"Maaf saya kena cepat, saya kena jumpa someone sekarang ni. Bye"

Belum sempat Daniel berkata apa-apa aku terus keluar dan memecut laju memandu ke HKL.

"Mom"

"Mia"

Tubuhku dipeluk erat.

"Kenapa ni mom? Cerita kat Mia apa yang jadi kat Aqif"

"Aqif tiba-tiba pengsan tadi lepas tu kena rawat hampir satu jam"

"Mana dia sekarang mom? Kenapa dengan Aqif?"

"Rupanya selama ini dia menghidap paru-paru berair"

Pecah tangisan mom Aqif dalam pelukan.

"Allah", aku menekup mulutku lalu air mata mengalir tanpa ku sedar.

"Mom tak kuat Mia... Doktor kata masa Aqif tak banyak sekarang ni dia dah kat stage yang kritikal"

"Bawa bertenang mom. Insyallah Aqif okay, itu semua ramalam doktor je. Kita banyakkan berdoa"

"Mia pergilah masuk, mom tunggu sini sambil tunggu dad datang beli air kat bawah"

Aku mengangguk lalu masuk ke dalam wad dihadapan kami.

Aku menahan sebak melihat tubuh Aqif yang baring lemah, bibirnya juga pucat.

"Awak..."

"Mia?"

"Ya saya datang ni"

Tangisan yang aku tahan tadi pecah di sisi Aqif.

"Shhh jangan menangis baby. Saya okay"

"Kenapa awak tak bagitahu saya? Awak jahat"

Bahunya aku tumbuk perlahan.

"Saya just tak nak awak risau Mia. Saya tak nak awak sedih pasal saya"

"Saya sayangkan awak mestilah saya risau. Awak tipu saya"

Kedua tanganku digenggamnya.

"Pandang saya"

Aku menatap wajahnya.

"Saya sayangkan awak sebab tu saya tak nak awak risau. Maafkan saya sebab rahsiakan"

"Awak dah lama tahu ke sakit awak selama ni?"

Aqif mengangguk lemah.

"Kenapa nak rahsiakan? Saya tak penting ke bagi awak Aqif?"

"Bukan macam tu. Saya tak nak awak dam family saya risau. Saya rahsiakan bukan bermakna saya abaikan penyakit saya ni, dalam diam saya jalani rawatan"

"Tapi saya tak sanggup"

"Sudahlah, doakan saya ya? Insyallah saya akan sembuh"

"Maafkan saya sebab tipu awak selama ini"

"Saya dah hadam semuanya dan saya faham keadaan awak yang terdesak masa tu"

"Saya cintakan awak saya tak cintakan dia"

"Ya saya tahu sayang. Maafkan saya sebab hampir saya tak percayakan awak"

Aku mengangguk.

"Saya lapar. Boleh ambilkan saya makanan tu?"

Aku berdiri menuju ke meja untuk menghidangkan makanan. Bekas makanan aku buka satu persatu.

"Mom ke yang bawakan untuk awak?"

"Ya saya tak dah selera nak makan tadi, bila awak datang terus lapar"

"Mengada"

Aku menyuap makanan ke mulut Aqif.

"Betul ni dia tak pernah sentuh awak walaupun ringan-ringan?"

Aku tersenyum.

"Ya awak jangan risau saya tak benarkan lagipun saya dan Daniel dah bincang benda tu. Dia pun bukannya cintakan saya, hubungan kami macam kawan je"

"Duduk sebilik?"

Aku teragak-agak mengangguk.

"Tapi saya tidur atas tilam dan dia atas sofa. Memang saya tak selesa walaupun macam tu tapi nak buat macam mana kami stay kat rumah family"

Aku tunduk, gerun lihat muka Aqif.

"Its okay saya percayakan awak"

Aku mengukir senyuman.

"Awak jangan fikir bukan-bukan erh. Dia tak kacau pun hal privasi saya"

"Dia tahu awak dah ada boyfreind?"

"Mungkin ya mungkin tak. Lagipun buat apa dia kisahkan? Dia cintakan kak Fira dan dia masih tungggu kak Fira balik"

Aqif diam bila aku menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Saya sedih sangat dengan plan kita selama ini. Lepas kak Fira kahwin saya nak bawa awak jumpa family saya tapi..."

"Takpalah. Saya nak awak tahu Mia andai awak bukan jodoh saya, saya redha. Saya juga redha kalau perkahwinan awak dan Daniel berpanjangan"

Aku sebak. Aku tunduk menguis nasi dengan sudu.

"Hey kenapa ni? Look at me"

"Tapi saya mungkin susah nak terima andai kita berpisah, saya cintakan awak. Saya nak hidup dengan awak"

"Insyallah, semuanya terletak pada tangan Allah"

"Aqif?"

"Hmm? Kenapa baby?"

"Kita kahwin"

"Betul ke ni Mia? Tapi macam mana dengan Daniel? Family awak?"

"Family saya dah tahu saya dah ada boyfreind dan pasal Daniel awak jangan risau. Dia pernah cakap kat saya yang saya boleh minta cerai jika saya dah jumpa kebahagian saya dengan orang lain"

Daniel diam cuba berfikir sesuatu.

"Please? Kita dah lamakan tunggu saat-saat macam ni dan saya tak boleh tunggu lagi"

Entahlah kenapa hatiku kuat mengatakan ada sesuatu terjadi. Aku mahu rasa kebahagian dengan Aqif sebelum sesuatu terjadi.

"Baiklah. Nanti saya bincang dengan mom dan dad"

"Mom dan dad dah tahu pasal saya?"

"Belum. Bila saya dah discharge saya bincang pasal kita dan terangkan apa yang berlaku kat awak selama ini"

"Okay"

"Saat ini yang saya tunggu Mia"

🌼🌼🌼
Jgn lupa vote⭐⭐⭐

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now