Pintu bilikku aku buka.
"Baru balik Mia?"
Aku terkejut. Nasi baik tak melatah.
"Sorry buat awak terkejut", kata Daniel melihat reaksiku.
"Its okay. Ya saya baru balik ada meeting last minute tadi"
Aku meletakkan handbag dan beberapa fail di atas meja solekku.
Aku mencapai tuala dan pakaian lalu masuk ke dalam bilik mandi. Terasa segar bila air shower heater membasahi kepalaku.
Usai pakai baju, aku keluar untuk mengeringkan rambutku.
"Awak dah makan ke ni?", aku menyoal Daniel yang ralit menghadap laptop.
"Belum lagi"
Tuk! Tuk!
"Mia, Daniel datin suruh turun makan"
"Okay kak Zah. Nanti kita orang turun"
Daniel menutup laptopnya lalu bangun menghadap aku.
"Jom turun", ajak Daniel.
"Okay" , jawabku.
Kami makan malam tanpa banyak bunyi, mulut berbicara sekiranya perlu.
Selesai makan aku berehat sebentar.
Jam menunjukkan jam 10, masa untuk aku menyiapkan kerja pejabat yang terpaksa aku buat di rumah. Daniel pula sambung menghadap laptop.
"Awak nak ke mana?", dia menyoal aku bila aku angkat fail lalu mendekati pintu bilik.
"Saya nak siapkan kerja ni kat bawah"
"Owh sorry kalau saya ganggu awak buat kerja dalam bilik ni"
"Err tak. Saya memang akan buat kerja kat bawah"
Tipu! Aku selalu buat kerja dalam bilik, tapi Daniel sudah menguasai ruangan sofa tu. Jadi aku ambillah ruangan tamu sebagai kawasan aku buat kerja sebab selesa.
Aku terus keluar. Ruang tamu senyap, mama dan papa sudah masuk bilik. Kak Zah sudah pasti tidur.
Aku membancuh milo panas menjadi peneman aku buat kerja.
Aqif sudah tidur katanya penat sangat hari ni, balik dari outstation tu kerja dia melambak kat pejabat.
*****
"Minggu depan kita balik rumah parents saya. Awak okay kan?"
Aku yang sedang mengikat rambutku seperti ekor kuda itu mengerling ke arah Daniel.
"Okay. Berapa hari?"
"Dalam seminggu tu pun kalau awak tak keberatanlah"
"Boleh je"
Aku meletakkan semula lipstik merah jambu ke dalam bekas gincu.
"Thanks"
Aku sekadar mengangguk.
"Saya nak keluar, awak nak pesan apa-apa ke?", tanyaku sambil memakai jam tanganku yang bewarna putih.
"Takda, saya pun nak keluar ni tapi kejap lagilah. Lepak dengan kawan"
"Saya pergi dulu"
Aku keluar dari bilik.
"Ke mana tu Mia?", soal papa yang sedang duduk diruang tamu.
"Mia nak keluar papa, nak jumpa kawan"
"Daniel mana?"
"Abang Daniel kat atas"
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...