Sudah seminggu kami pulang dari Istanbul dan hubungan kami berdua semakin baik dan mesra. Aku bahagia sangat.
"Fiya masuk bilik I sekarang"
"Baik cik Mia", jawab Fiya di corong telefon pejabat.
Tuk tuk!
"Masuk"
"Ya cik Mia ada apa?"
"Jam berapa wakil dari Indonesia tu datang?"
"Jam 2 petang cik Mia"
"Okay lagi 1 jam. 30 minit sebelum jam 2 you ingatkan I lagi dan kita terus gerak"
"Baik cik Mia"
"Okay thank you"
"Sama-sama"
Kami masuk ke hotel di mana restoran hotel tersebut menjadi tempat perjumpaan dengan wakil syarikat Indonesia.
"Assalammualaikum ini cik Damia?"
Muncul seorang lelaki muda usia sebaya Daniel. Muka tak nampak jawa langsung.
"Waalaikumsalam ya saya, panggil Mia saja"
"Saya Khairul dari Indonesia wakil Usaha Sama"
"Owh yes silakan duduk"
"Maaf saya telat"
"Telat?"
"Maksud saya lambat. Maaf juga jika percakapan saya ni buat cik berdua tidak faham"
"Takpa jadi boleh kita teruskan meeting?"
"Ya ya teruskan"
Usai berbincang kami bertiga minum petang.
"Terima kasih cik Mia kerna setuju dengan projek kami yang mahu kerjasama dengan syarikat cik Mia"
"Sama-sama encik Khairul dan terima kasih juga sebab memilih kami"
"Syarikat cik Mia syarikta besar siapa aja pasti mahu bekerjasama"
Aku tunduk tanda rendah hati dan terima kasih atas pujian.
"Maaf bertanya, cik Mia ni ada darah mix?"
"Ya tengok je pasti tahu, saya mix Arab sebelah mama saya"
"Owh patutlah cantik"
Aku menguntumkan senyuman nipis tanda terima kasih atas pujian.
"Encik Khairul memang asal dari Indonesia ke?"
"Ya saya original Indonesia"
"Tapi kenapa muka lain sikit? Maksud saya ada juga mix ke?"
"Ya saya juga mix Malaysia. Ibu saya Malaysia"
"Owh I see"
Selepas beberapa minit, aku dan Fiya meminta diri untuk pulang.
"Terima kasih sekali lagi encik Khairul sebab sanggup datang ke Malaysia untuk projek ni"
"Sama-sama cik Mia"
"Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
Kami berdua melangkah ke luar hotel.
"Fiya you terus baliklah ya, office hour dah nak habis ni"
"Baik cik Mia tapi cik Mia balik naik apa?"
"Jangan risau ada yang ambil I kat sini"
"Okay cik Mia saya balik dulu"
Aku mengangguk lalu menunggu Daniel datang.
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...