BAb 43

6.8K 192 1
                                    

Usai saja sarapan, aku dan Daniel bersiap hendak keluar. Sarapan aku buat sendiri iaitu sandwich dan teh panas saja.

Aku memakai baju blouse singkat tapi tuck-in skirt hitamku yang agak kembang dan tudung bawal. Make up tipis je.

Daniel pula segak memakai seluar jeans hitam dan baju kemeja kolar cekak musang 3 butang dari atas dibiarkan lepas.

Baru aku perasan dia gemar memakai baju seperti itu. Dia lebih macho bila lengan baju hingga dilipat bawah siku. Baru aku perasan dia seorang lelaki yang kacak ditambah lagi gaya rambutnya yang fesyen terkini, kemas dan lebat.

"Ehem tengok apa kat muka hubby tu? Sampai nak tembus"

"Takda apalah hubby. Dah diap?"

"Dah so lets go"

Kami memakai sneaker sama colour putih.

Destinasi utama ialah Masjid Biru yang sangat cantik.

"Wow cantiknya hubby"

"Kan. Kita ambil gambar dulu ya"

Daniel meminta bantuan seorang pengunjung Eropah untuk mengambil gambar kami berdua.

"Are you both a married couple?", soalnya.

"Yes", jawab Daniel dengan senyuman.

Lelaki tersebut mencapai huluran kamera Daniel.

"You are both very matching couples. Handsome husband and beautiful wife. Okay get ready, standing with tight"

Dibelakang kami Masjid Biru dan sangat cantik jika mengambil gambar.

Daniel merangkul bahuku agar aku lebih rapat dan tanganku naik melekap ke dadanya. Senyum.

Klik!

"Okay sweet couple one more time"

Kali ini gaya agak candid, sama macam tadi cuma aku dan Daniel saling bertatapan. Sweet!

Daniel mengucapkan terima kasih kepada pengunjung tersebut.

Kami kemudiannya masuk ke dalam masjid yang unik dan cantik itu.

"Baby tahu tak selain masjid ni digelar Masjid Biru, dia juga bernama masjid sultan Ahmed atau dalam bahasa Turki Sulatanahmed Camii", terang Daniep sambil kami ralit melihat ruangan masjid.

"Owh... Hubby tahu ke sejarah masjid ni?"

"Tahu tapi sikitlah"

"Okay lagi? Ceritalah lagi sambil kita tengok-tengok masjid ni"

"Amboi rasa macam tour guide pula"

Aku ketawa kecil.

"Okaylah hubby cerita lagi. Masjid ni dibina pada pemerintahan Sultan Ahmed yang pertama pada tahun 1609 dan siap pada tahun 1616. Baginda melantikkan arkitek dirajanya iaitu Sedefhar Mehmet Aga, seorang pelajar yang hebat dalam seni bina"

Aku terangguk-angguk mendengarnya. Masjid yang mempunyai 6 menara itu sangat cantik dan kami tidak dapat melihat keenam-enam menara tersebut sebab tidak larat.

Kami berehat sebentar sambil meneguk air.

"Hubby akan tunjukkan dunia yang awak suka selama ini", kata Daniel.

"Wow! Sukanya"

Deretan  kedai di Grand Bazar yang menjual pelbagai jenis jualan yang membuatkan aku rambang mata.

"Handbag tu pegang elok-elok sebab kat sini ramai penyeluk saku", pesan Daniel.

Aku mengangguk lalu kami berjalan sambil berpegangan tangan.

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now