BAB 26

5.7K 203 10
                                    

"Bye kak Mia", laung anak-anak ibu dan ayah. Berat hati pula tinggalkan mereka.

Anak-anak ibu dan ayah begitu rapat dengan aku dan aku senang melayan mereka macam adik sendiri.

"Bye semua. Nanti kami datang lagi"

Aku melambai tangan sehinggalah kereta Daniel keluar dari halaman rumah ayah.

"Rasa sedih pula tinggalkan anak-anak ibu dan ayah tu"

"Insyallah kita akan lawat mereka lagi"

Mungkin tak sempat, masa itu aku dan Daniel pasti sudah berpisah.

"Kita jadi ke pergi rumah mak ucu pula?"

"Yup alang-alang dah dekatkan, kita pergilah lawat dorang"

Aku mengangguk.

"Saya bukan apa saya nampak mak ucu dan anak dia Zara tu bukannya suka saya pun. Saya risau pergi rumah dorang"

"Tak da apalah. Saya ada mereka takkan berani"

Yelah tu! Bila dah rancak berbual dengan pak ucu nanti aku pun dia lupakan. But its okay kalau mak ucu dan si Zara tu buli aku lawanlah balik.

"Tapi saya tak nak lama-lama stay kat sana"

Daniel mengangguk faham.

Tiga hari di rumah mak long, dua hari stay rumah ayah dan selebihnya rumah mak ucu. Aku akan pastikan aku stay sana just satu hari je.

"Boleh tak awak berhenti kat situ, ada jual buah rambutanlah. Teringin nak makan buah rambutan kebun pak long"

"Masih tak jemu lagi ke? Masa kat rumah pak long tu banyak sangat awak makan"

"Saya nak makan lagi"

Daniel memberhentikan keretanya di hadapan sebuah gerai menjual buah. Aku pula terus turun dan naik semula setelah selesai membeli setengah kilogram rambutan.

"Awak nak ke?"

"Macam manalah saya nak makan, saya kan driving ni"

"Nah"

Aku mendekatkan isi rambutan ke mulutnya.

"Makanlah nanti kempunan pula"

Daniel membuka mulut dan aku terus memasukkan isi rambutan ke dalam mulutnya.

"Thanks"

Sampai saja dirumah pak ucu, kami disambut mesra. Mak ucu dan lain keluar kata pak ucu.

Mereka sekeluarga menetap di Pulau Pinang dan tinggal disebuah kampung. Rumah ni rumah arwah mertua pak ucu dan mak ucu pula anak tunggal. Mak ucu tak mahu pindah ke bandar sebab dia sayangkan rumah pusaka arwah ibu bapanya.

"Mia ni anak bongsu pak ucu, Zaki"

"Hai Zaki"

"Hai kak Mia, kakak cantiklah"

"Yeke? Thank you. Umur Zaki berapa?"

"9 tahun. Zaki nak tackle akak boleh?"

Aku ketawa kecil.

"Zaki jangan mengada, awak tu masih kecil lagi. Kak Mia tu dah ada suami", tegur pak ucu.

"Biasalah pak long budak-budak", celah Daniel.

Zaki pula garuk kepala sambil tersengih.

"Mak ucu keluar ke mana pak ucu?", soal Daniel.

"Mak ucu dan Zara pergi beli dapur, Zairi pula jalan dengan kawan-kawan"

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now