Daniel melihat aku. Aku menoleh ke arahnya tapi dia pantas memandang tempat lain.
Aku mengerutkan dahi. Kenapa dia ni?
Aku berdehem.
"Awak ada nak cakap apa-apa ke?", soalku.
"Hah? Hah yes"
"Cakaplah"
"Okay macam ni, saya dapat cuti bos saya bagi untuk saya pergi honeymoon"
"Okay tapi tak perlulah kot kita pergi mana-mana. Awak just guna cuti awak tu dengan buat benda yang awak nak buat"
"Sebenarnya saya nak ajak awak pergi cuti rumah mak long. Awak cakap awak nak pergi Kedahkan? Dan mak long pun suruh kita pergi sana"
"Err lain kalilah kita pergi"
"Okay its up to you"
Gila apa aku nak pergi bercuti dengan Daniel? Big no!
Aku membantu umi menyiapkan minum petang.
"Bila pergi rumah mak long?"
"Kenapa umi?"
"Bukan ke Mia dan Daniel pergi sana sementara Daniel dapat cuti. Pergilah boleh Mia cuci-cuci mata"
"Mia tak boleh umi"
"Kenapa pula? Pergilah ya?"
Macam mana nak tolak ni?
"Mak long pernah pesan lagi kat umi suruh Daniel bawah Mia pergi sana. Berharap sangat mak long tu Mia pergi rumah dia"
"Err baiklah umi. Mia dan abang Daniel bercuti kat sana"
Umi mengukirkan segaris senyuman.
"Bila awak start cuti untuk honeymoon tu?", soalku selepas aku selesai mengoleskan krim malam dimukaku.
"Lusa. Kenapa?"
"Okay. Saya nak packing barang tapi kita bukan pergi honeymoon, kita just lawat mak long je"
"Awak jadi ikut?"
"Yes, umi pun nak sangat saya ke sana so yeah I have to go"
Senyuman nipis aku ukirkan.
"Kalau awak terpaksa, its okay tak perlulah kita pergi sana. Maybe next time"
"Takpa saya pun nak juga rasa suasana kampung. Dah lama tak pergi kampung"
Aku mengeluarkn bagasi dari dalam laci almari.
"Berapa hari kita kat sana?"
"Plan saya just tiga hari je selebihnya kita singgah rumah ayah dan mak ucu"
"Okay tapi saya tak nak stay lama sangat"
"Baiklah. Tolong kemaskan baju saya sekali boleh?"
Aku mengangguk saja.
"Kak Fira ada call awak?", soalku sambil memasukkan baju yang sudah dilipat ke dalam bagasi.
"Takda. Saya call pun masih tak dapat, entahlah kat mana dia sekarang"
Aku menghembus nafas keluh. Manalah kak Fira sekarang ni? Baliklah kak...
*****
"Kalau awak penat drive, saya boleh gantikan", kataku bila kami sudah keluar dari kawasan KL.
"Takpa saya masih boleh drive, setakat drive keluar dari KL ni saya okay je sebab saya pernah drive lebih jauh dari ni"
"Owh okay"
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...