BAB 33

5.7K 173 9
                                    

Perancanganku untuk berkahwin dengan Aqif membuat ku bahagia. Lebih-lebih lagi keluarganya sudah bersetuju. Sekarang ni aku hanya menunggu mama dan papa pulang dari umrah untuk aku beritahu mereka.

Hubunganku dengan Daniel juga macam biasa cuma dia sekarang ni banyak mengelakkan diri daripada aku.

Tapi yang penting sekarang ni Aqif, aku nak bahagia dengan dia. Dalam keadaannya sekarang membuatkan aku ingin cepatkan perkahwinan itu.

"Awak wait. Saya nak bincang something dengan awak"

"Nak bincang apa? Saya sebenarnya nak keluar ni nak uruskan something"

"Hmm ye ke? Takpalah esok je lah"

"Okay. Pastikan kunci semua pintu dan tingkap"

Aku mengangguk mendengar pesanan Daniel. Dia nak pergi mana malam macam ni? Selama aku dan dia kahwin tak pernah dia keluar lepak malam.

Apa-apapun aku tak sabar nak bincang dengan Daniel tentang perpisahan kami. Perkahwinan yang dibina atas maruah keluarga dan tanpa cinta ini tidak lama lagi akan terlerai. Apa yang aku harap semuanya akan diterima terutamanya keluarga Daniel.

Aku terus naik ke bilik baringkan diri atas tilam empuk yang mampu membuat aku terlelap.

*****

Aku menjenguk ruang tamu, Daniel sedang menonton televisyen.

"Awak? Saya kacau awak ke?"

"Takdalah. Kenapa?"

Aku mengambil tempat duduk.

"Saya nak bincang dengan awak ni"

"Okay. Apa dia?"

"Pasal perkahwinan ni, sebenarnya saya rasa perkahwinan kita setakat ni je"

Daniel agak terkejut.

"Awak nak berpisah dengan saya?"

"Ya sebab saya rasa tak kemana pun perkahwinan ni. Awak sendirikan tahu punca kita berkahwin lagipun kita dah ada orang lain. Awak dah ada kak Fira dan saya juga macam tu"

"Awak tak nak bagi peluang ke untuk perkahwinan kita ni?"

"Kenapa awak tanya macam tu?"

"Nothing so awak betul-betul nak berpisah?"

Aku mengangguk.

"Awakkan pernah cakap yang saya boleh minta cerai bila saya dah jumpa kebahagian saya sendiri. And now yes, saya dah jumpa kebahagian saya. Sebenarnya dah lama cuma sekarang adalah masa yang sesuai"

"Aqif ke?"

Aku mengangguk.

"Untuk pengetahuan awak, saya dah lama kenal Aqif sebelum kita kahwin. Kami dah plan nak kahwin lepas awak dan kak Fira kahwin tapi tu lah"

"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? Kalau tak saya takkan teruskan perkahwinan ni"

"Saya tak berani tapi sekarang saya dah nekad. Saya juga tak nak halang awak dengan kak Fira hanya disebabkan perkahwinan ni"

"Baiklah kalau macam tu saya ikutkan. Saya juga sendiri tak tahu sampai bila perkahwinan ni akan bertahan"

"Terima kasih"

"Tapi apa yang saya minta kita berpisah lepas mama dan papa balik dari umrah. Boleh?"

Aku mengangguk.

"Nanti saya terangkan kat mama dan papa. Dan lepas tu saya nak ikut awak jumpa umi dan abi untuk terangkan hal ni"

Daniel mengangguk setuju.

Aku mengukirkan senyuman tapi Daniel membalas dengan senyuman seperti dipaksa. Apakah dia tidak suka dengan perpisahan ni?

"Terima kasih Mia sebab sudi jalankan tanggungjawab zahir awak sebagai isteri selama ni"

"Sama-sama dan thank you juga sebab awak jaga saya selama ini dan layan saya dengan baik. Saya sentiasa doakan supaya kak Fira pulang semula kat awak"

Daniel membalasnya dengan senyuman.

"Saya naik dululah nak tidur, penat sangat hari ni", kata Daniel.

"Okay good night"

Daniel naik ke atas. Selama mama dan papa ke Mekah, Daniel tidur dalam bilik tetamu, sebelah bilikku. Kesian juga terpaksa tidur atas sofa atau atas toto.

Aku melihat jam dinding.

"Jam 9? Hmm awalnya"

Aku melihat kelibat Daniel. Pelik. Penat macam mana pun dia, dia tidak akan tidur waktu macam ni. Lepas tu boleh pula masuk bilik dah lah movie kegemaran dia sekarang ni tengah main kat tv ni, The Avengers. Peliklah Daniel ni.

Aku angkat bahu lalu layan movie kat tv sorang diri. Entah kenapa Daniel tak nak temankan aku tonton tv malam ni. Selalunya dia akan join aku tonton tv sambil kunyah kerepek.

Sekarang ni aku tak sabar tunggu mama dan papa balik, tiga hari saja lagi mereka akan balik. Rinduku sudah tak tertahan pada mereka. Sudah lama kami tidak berpisah, dulu sudah biasa sejak aku masuk USM lagi. Lepas tamat belajar jarang sekali aku berpisah dengan mereka.

🌼🌼🌼
Sorry pendek je. Next chapter kita bagi panjang2 erh.. tq kpd yg sudi luangkan masa baca cerita saya ni wlupun agak tdak menarik hehehe..

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now