BAB 10

7.9K 236 3
                                    

Setelah habis kenduri, secara rasminya Daniel akan tinggal di rumah ini. Allah saja tahu bahawa hatiku tidak tenteram, kekok dan rasa bersalah kepada Aqif.

Kami masuk ke dalam bilik sungguh aku kekok. Kini bilikku sudah didiami oleh lelaki lain, suamiku.

"Err awak boleh ambil bahagian kanan dalam almari tu untuk letak pakaian awak"

Daniel mengangguk lalu mengemas pakaiannya ke dalam almari ku yang ada 5 lima pintu itu.

Aku ambil peluang untuk mandi, baju aku bawa sekali. Kalau dulu boleh je aku keluar berkemban tapi kali ni tidak lagi.

"Kalau awak nak mandi awak mandilah saya tolong mama dulu", kataku setelah siap bersihkan diri

"Err Mia saya ada benda nak bincang dengan awak"

"Apa dia?"

Kami duduk dibirai katil dan aku menjarakkan sedikit diriku.

"Saya tahu awak terpaksa terima semua benda ni dan saya pun tak nak semua ni tapi demi keluarga kita"

"Ya tu saya faham. Kita sama-sama buat atas sebab maruah keluarga dan saya minta maaf atas pihak kak Fira"

"Pasal Fira tu its okay saya akan tunggu untuk dengar apa alasan dia"

Aku mengangguk.

"Saya tahu awak tak rela dalam perkahwinan ni jadi kita tak perlulah jadi suami isteri seperti pasangan suami isteri yang di luar sana tu. Awak fahamkan?"

"Ya saya faham and thanks faham saya"

"Saya tak sekat kebebasan awak saya izinkan apa awak buat asalkan jaga maruah awak sebagai isteri. Saya takkan sesekali masuk campur urusan peribadi awak tapi kalau awak perlukan apa-apa bagitahu saya sebab awak tanggungjawab saya"

Aku mengangguk lagi.

"Kita hanya buat tanggungjawab sebagai suami isteri dalam sudut zahir je selebihnya saya tahu awak faham"

"Okay"

"Jika awak rasa tak bahagia dengan saya dan dah jumpa kebahagian awak tu awak boleh minta untuk saya lepaskan awak. Saya tak nak awak terseksa hidup dengan saya"

Saya dah jumpa kebahagian saya cuma terlalu awak untuk saya minta cerai.

"Okay thanks. Kalau takda apa-apa saya keluar dululah"

Daniel mengangguk.

Aku turun ke bawah. Semuanya sudah siap dikemas.

Aku masuk ke dapur hendak minum air.

"Eh kak Zah bila sampai ni?"

Aku kaget pembantu rumah sudah datang bekerja. Kak Zah usia 30-an adalah seorang janda kematian suami.

"Mia akak baru je sampai. Pasal Mia tu akak nak ucapkan tahniah hmmm rasa kesian pun ada. Mia sabar ya?"

Aku senyum nipis.

"Thanks kak Zah. Takpalah kak Zah Mia redha dengan ketentuan Allah walaupun pahit Mia cuba hadapi"

Kak Zah mengusap bahuku.

"Mama dan papa mana?"

"Mereka keluar ada urusan kata datin Halimah tadi"

"Urusan?"

"Akak pun tak tahu Mia. Mia nak makan ke?"

"Takpalah kak. Mia nak ambil angin kejap kat luar"

"Yelah"

Aku duduk dibuaian di luar rumah.

Galeri telefon aku buka, gambarku bersama Aqif aku lihat satu persatu. Banyak memori kami bersama dan susah untuk aku lupakan dia, my first love.

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now