Lepas sarapan di Ipoh, kami meneruskan perjalan ke Kedah iaitu kampung mak long di Jitra.
Aku pula menghabiskan masa dengan tidur sepanjang perjalanan ke sana.
"Mia bangun. Kita dah sampai rumah mak long ni"
Aku menguap lantas mulutku aku tutup dengan tapak tangan.
Aku pandang rumah di hadapan, sejenis rumah papan yang agak besar. Rumah kampung memang cantik.
"Jom turun"
Sebelum itu, rambutku aku kemaskan yang dibiarkan lepas itu. Mukaku aku pandang pada cermin sisi kereta, okay tak berminyak dan bebas dari air liur.
Baju kemejaku paras lutut itu kemaskan.
"Assalammualaikum. Mak long? Pak long?", ucap Daniel. Kami berdiri ditangga. Aku pula memandang sekeliling yang gelap itu, tak pasti malam ke subuh ni? Lupa nak pakai jam tadi.
"Awak mana mak long ni?", soalku.
Angin yang meniup terasa sejuk dan seram.
"Ya Allah dah sampai pun?"
Muncul mak long dimuka pintu.
"Assalammualaikum mak long", Daniel tunduk menyalam tangan mak long dan diikuti dengan aku.
"Masuk-masuk"
Kami melangkah masuk ke dalam rumah mak long. Besar dan cantik penuh dengan perhiasan dan almari yang cantik.
"Mana pak long dengan yang lain?", soal Daniel.
"Pergi masjid"
Kami duduk di sofa ruang tamu rumah mak long.
Aku melihat jam dinding, dah nak waktu subuh?
"Pergilah masuk bilik, mesti penatkan", kata mak long.
"Bilik biasa ke mak long?"
"Ya. Mandi dan solat subuhlah dulu"
Aku memberikan senyuman lalu mengekori Daniel.
Kami masuk ke dalam sebuah bilik, bilik itu dilengkapi dengan kipas siling, katil saiz queen dan almari.
"Bilik siapa ni awak?"
"Bilik tetamu. Awak pergilah mandi dulu"
"Macam mana nak mandi, bagasi masih kat dalam kereta"
Daniel menepuk dahi.
"Saya pergi ambil kejap"
Aku duduk dibirai katil sambil menunggu Daniel.
"Nah"
Pakaian dalam bagasi kami aku masukkan ke dalam almari yang kosong itu.
"Bilik mandi kat mana?"
"Kat bawah, pergilah"
"Er... Hmmm"
"Kenapa takut?"
Aku mengangguk lemah sambil memeluk pakaian dan tualaku.
"Marilah saya temankan"
Aku pantas mencapai bakul yang berisi peralatan mandiku dan Daniel.
Kami turun ke dapur, dapur mak long besar semuanya lengkap. Di belakang lagi ada pintu, pintu bilik mandi.
"Tunggu saya tau"
"Ya tahu"
Aku menyarung selipar tandas lalu menutup pintu bilik mandi.
YOU ARE READING
AKU BUKAN DIA✔
RomanceDua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjelang hari pernikahan Zafira yang gilang gemilang berlaku sesuatu perkara tidak diduga yang menyebabka...