BAB 53 (the end)

12.5K 237 5
                                    

Hari ni kami berangkat ke Penang sebab Zara hendak berkahwin. Alhamdulillah akhinya jodoh Zara sudah sampai. Mama, papa, kak Fira dan abang Khairul turut serta.

Kami dari KL sebanyak tiga buah kereta termasuk umi, abi dan Alya.

"Good morning anak ayah"

Aku tersenyum melihat Daniel yang mengusap perutku yang masih kempis, alhamdulillah juga aku sudah mengandung dan sekarang baru dua bulan.

"Thanks baby for this"

"Thank you too hubby"

"Okay lets go!"

Kami akan singgah bermalam di Kedah, rumah mak long. Dari sana mak long sekeluarga turut bersama ke Penang.

"Baby kalau nak apa-apa bagitahu tau, nanti hubby singgah"

"Okay hubby"

"Ada bawa asam tak?"

"Hubby are you kiding me? Sejak bila makan masam ni?"

"Sejak baby pregnant. Hubby tak taulah mengidam baby kali ni kena kat hubby dah lah hubby tak makan masam. But its okay for you and our child kat dalam ni hubby sanggup"

"Alolo ciannya ayah, sayang jangan minta bukan-bukan tau", kataku sambil tunduk memandang perutku.

"Takpala baby, untuk family kita hubby sanggup jangan je baby kena. Mengidam makan pedas"

"Tak naklah hubby, harap-harap takkan. Habislah Mia kalau mengidam makan makanan pedas, ulang alik toilet je"

"Sebab tu hubby selalu berdoa supaya baby tak mengidam makanan pedas"

Aku mengangguk.

"Baby kali ni kita ke Kedah dengan seribu satu kasih sayang, tak macam dulu-dulu tu"

Aku mendengarnya dengan senyuman. Sawah padi kat Kedah lah tu jadi saksi.

*****

Aku mengemas laci yang penuh dengan kertas. Ini semua kerja Daniel surat yang lepas dia baca terus disumbatnya ke dalam laci ni.

"Hubby-hubby", omelku sendiri.

Aku menanggalkan laci tersebut dari almari untuk memudahkan aku mengemasnya. Aku terpandang satu surat terjatuh ke kakiku.

"Surat ni? Surat arwah Aqif bagi kat abang Daniel"

"Baby apa diomelkan tu?"

"Hubby. Dah baca ke surat ni?"

"Owh surat tu dah, baby jumpa kat mana?"

"Dalam laci tu, actually Mia nak tahu apa arwah tulis. Boleh Mia baca?"

"Baby bacalah"

Aku duduk dibirai katil lalu membuka lipatan surat tersebut.

Assalammualaikum Daniel.
Saya tahu awak dah tahu yang masa saya tak banyak lagi untuk hidup. Di sini saya ada beberapa pesanan untuk awak.
Terima kasih sebab sentiasa lindungi Mia dan layan dia dengan baik. Awak lelaki yang penyabar kerana tenang walaupun pada masa yang sama Mia ada saya.
Pertemuan kita terakhir di hospital itu cukup berikan saya ketenangan untuk lepaskan Mia. Pengakuan cinta awak yang ikhlas itu buatkan saya yakin yang awak mampu buat dia bahagia semula lepas saya tiada nanti.
Daniel, saya titipkan gadis yang saya sayang kepada awak kerana saya tidak dapat bersamanya lagi. Jagalah dan bimbinglah Mia sebaiknya dan saya yakin awak mampu jadi imam yang baik buat dia.
Pertemuan kita yang singkat ini saya anggap ia adalah satu persaudaraan. Saya doakan awak dan Mia sentiasa bahagia bersama anak-anak nanti.

Aqif Syazwan.

Kertas tersebut aku lipat semula lalu aku memandang Daniel.

"Masa baby pergi toilet, arwah Aqif nak jumpa hubby. Masa tulah hubby ada borak sikit dengan dia. Pada mulanya hubby tak nak cakap pasal baby dengan dia. Tapi dia tanya kalau hubby cintakan baby, so hubby jujurlah. Arwah senyum lalu menggenggam tangan hubby, dia lepaskan baby untuk hubby dan pesan untuk jaga baby sampai bila-bila", terang Daniel.

Aku mengangguk dengan senyuman.

"Terima kasih hubby sanggup tunggu Mia kembali ke sini"

"Hubby yang sepatutnya ucap terima kasih kat baby sebab masih terima hubby dan berikan peluang untuk kita dalam perkahwinan ni"

Aku pantas mendakap Daniel. Daniel membalas pelukanku lalu mengucup kepalaku.

"Mia sayang hubby sampai bila-bila, janji dengan Mia jangan tinggalkan Mia"

"I love you too baby, hubby janji hubby akan sentiasa ada dengan baby dan jaga baby"

Aku tersenyum dalam dakapannya.

"Baby tahu tak apa beza baby dengan cendol?", aku meleraikan pelukan.

"Cendol pula? Hmmm tak tahu"

"Cendol orang makan time panas je, tapi baby ni hubby 'makan' any time"

Aku ketawa.

"Pulak? Pickupline tak senonohlah hubby ni"

Aku menjauhkan diri dari Daniel sebelum dia bertindak diluar jangkaan.

"Nak ke mana tu?"

"Hubby!"

Tanganku ditarik lalu terbaring atas tilam, nasib baik empuk.

Dahi kami bersentuhan, mata saling bertentangan lalu tanganku merangkul leher Daniel.

Cup! Hujung hidungku dikucup sekilas.

Aku tersenyum lebar lalu menekapkan bibirku ke bibirya.

"Amboi! Nakal erh semenjak mengandung ni. Hmmm i like..."

Aku ketawa lalu diikuti dengan gelak tawa Daniel.

🌼TAMAT🌼

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now