BAB 52

8.7K 196 4
                                    

Tiga bulan kemudian.

Dalam lebih kurang tiga bulan berlalu banyak perkara turut selesai. Aku bersyukur sangat hubungan keluargaku semakin erat. Kak Fira dan mama juga tidak seperti dulu lagi.

Keluarga sebelah Daniel juga semakin meriah bila sudah bertemu. Tiada lagi yang bermasam muka dan mengeluarkan kata-kata perlian.

Kebahagianku semakin terasa dengan majlis persandinganku dengan Daniel yang sudah tiga bulan berlalu. Berkat pertolongan ahli keluarga juga semuanya berjalan lancar. Mama lagi gembira kerana berjaya menguruskan majlis sanding yang agak gilang gemilang.

Aku menghembus nafas lega.

Bunyi telefon bimbitku menyedarkan aku. Kak Fira sedang memanggil.

"Hello assalammualaikum kak Fira"

"Waalaikumsalam, Mia ada lunch meeting ke hari ni?"

"Hmm takda, kenapa?"

"Tak date dengan Daniel?"

"Tak sebab abang Daniel ada lunch meeting hari ni"

"Okay kalau macam tu lunch dengan akak je lah. Akak boring duduk rumah ni"

"Okay boleh juga nanti send location je"

"Okay see you soon. Bye!"

"Bye kak"

Aku mematikan panggilan lalu menghadap komputer semula.

Jam tangan aku kerling.

"Alamak dah lunch hour"

Aku mengemas fail dan mencapai handbag.

Aku masuk ke restoran yang kak Fira bagitahu, nasib baik dekat je kalau tak membebellah kak Fira sebab aku lambat.

"Kak Fira sorry Mia lambat, tak sedar dah lunch hour. P.A yang selalu ingatkan Mia tu dia MC hari ni"

"Nasib baik akak tak lama tunggu so its okay. Dimaafkan"

"Thank you"

Kami berdua memesan makanan untuk makan tengah hari.

"Mia akak rasa akak nak berhenti kerjalah"

"Berhenti jadi pramugari?"

Kak Fira mengangguk.

"Akak nak buka bussines, okay tak?"

"Mia okay je lagipun kak Fira dah lama kerja kat sana apa kata kerja dekat-dekat sini je. Buka bussines pun okay, akak nak buka kedai apa?"

"Akak pun rasa yang sama, akak dah penat kerja tu asyik ke sana ke situ. Akak nak buka kafe"

"Kafe? Okay juga akak buka kat tempat yang tak banyak saingan macam kat area office kita tu"

"Okay nanti akak fikirkan selanjutnya"

"Kalau nak minta tolong panggil Mia je, mana Mia tahu Mia tolong akak"

"Thank you"

Kami makan tengah hari berdua sambil borak. Sekali sekala ketawa bila mengimbas kembali kenangan lama yang agak lucu.

"Excuse me. Cik Mia kan?"

Aku mendongak.

"Eh encik Khairul. Bila datang Malaysia?"

"Baru aja kemarin"

"Owh duduklah"

"Terima kasih"

"Ni kakak saya, Fira. Kak ni client syarikat, encik Khairul"

Kak Fira angkat muka untuk bersapa tapi terkaku bila melihat Khairul.

AKU BUKAN DIA✔Where stories live. Discover now