1 [nyawa]

860 15 0
                                    

~Seperti ingin tapi tak ingin,yang aku minta tulus hatimu~

Aku mengangkat telefon yang berdering sedari tadi.

"Assalamualaikum Qhayra kenapa call? takkan dah rindu?semalam kan baru je jumpa.." Ujar aku ketawa dihujung kata.

"Waalaikumusalam..." Ujarnya tersekat-sekat menahan tangisan.

"eh kau kenapa ni?aku ada salah cakap ke?" aku mulai cuak selepas mendengar tangisan Qhayra

"Abah...abah sudah tiada,abah meninggal semasa solat subuh berjemaah pagi tadi."

"Kau tunggu aku sampai,aku datang sekarang" ujar aku terus menamatkan panggilan.

sebenarnya aku masih terkejut dengan berita ini,baru semalam aku berborak bersama abah Qhayra semasa makan tengah hari disana.

Sesudah aku bersiap,aku menuju ke rumah Qhayra dengan menaiki proton iriz bewarna navy blue kesayanganku.

"Assalamualaikum,Ara!mama!"aku memanggil kerisauan.selepas beberapa minit menunggu, seorang lelaki membuka pintu.

"waalaikumusalam Aura,masuklah Ara ada didalam.Tolong pujuk dia ye.mata dia dah sembab kerana asyik menangis.Suruh makan tidak mahu. dah tidak bermaya Abang long tengok."

aku hanya mengangguk.

Aku terus meluru masuk mendapatkan Ara yang berada di tingkat bawah iaitu ruang tamu.

"Ara"..suara aku bergetar memanggil dan melihat Qhayra menangis disisi abah yang sudah kaku tidak bergerak.

"Aura!tolong aku Aura..aku tak kuat dengan ujian ni.Kenapa Allah ambil abah! kenapa tak ambil nyawa aku je!."Qhayra memelukku erat sambil menangis teresak-esak."Belum sempat aku membuka mulut ada seorang lelaki menegur.

"Astarafirullahhalazim..maksu!apa maksu merepek ni?maksu nak tengok arwah pak lang tak tenang dekat sana ke dengan sikap maksu macamnie?mana maksu yang orang kenal dulu?" Ujar lelaki itu kesal.

Aku hanya memandang pelik lelaki itu,tak pernah pula melihat lelaki itu selama ini.

"Betul tu Ara,tak baik kau salahkan takdir Allah.Mungkin inilah masanya untuk arwah abah berehat dari hal dunia.Meratap orang yang sudah tiada. Aku minta dekat kau tolong redhakan abah pergi ye.Jangan siksa abah macamni.Abah mungkin sudah tiada di dunia ni tapi abah masih ada dihati dan fikiran kau.Kau tak ingat aku dah janji dengan abah akan jaga kau?selagi aku ada aku akan selalu ada kau okay?" aku tersenyum tawar pada akhir kataku.

"aku minta maaf..aku buntu, lagi 2 bulan je aku nak kahwin.Aku nak abah jadi wali aku.."

Aku mendiamkan diri. Aku tahu perasaan Qhayra sekarang.Rasa kehilangan. memang sakit. Aku pernah rasa hal ini suatu ketika dahulu.

Selepas solat jenazah,semua mula pergi ke ke tanah perkuburan.Ahli keluarga Qhayra termasuk aku melihat wajah abah buat kali terakhir sebelum abah dimasukkan kedalam liang lahad dan ditimbus tanah.Malam itu keluarga Qhayra membuat tahlil untuk arwah abah.Aku menolong Qhayra sekeluarga dalam menguruskan persediaan tahlil untuk orang masjid datang. Majlis tamat pada pukul 10.30 malam,tapi untuk mengemas semua peralatan mengambil masa sehingga jam 12.00 pagi.

"Mama,Aura minta diri dulu ye?dah lewat malam nie, Aura kena balik.Badan pun sudah melekit."

"Eh,tidur jelah dekat sini Aura,bahaya kalau nak memandu lewat malam macamni.Lagipun boleh temankan Ara disini.Dia masih terkejut tu dengan pemergian abah.Dia terlampau rapat dengan arwah sehingga bila arwah pergi dia jadi terlampau sedih."

Aku tersenyum mendengar kata mama.Ye aku dengan Qhayra paling rapat dengan arwah abah,kerana kami duduk menetap di Ipoh.Adik beradik yang lain semua sudah berumah tangga jadi duduk berjauhan.

"Kalau macamtu okeyla,terima kasih tumpangkan Aura bermalam disini dan anggap Aura macam family mama." Ujarku ikhlas. Tidak terbayar kebaikan keluarga Qhayra kepadanya.

"Sama-sama Aura.Tapi sebelum tidur,jangan lupa message Umi dan Baba kamu takut mereka risau kamu tak balik malam ni."

"Tak perlu rasanya mama,diorang hanya sibuk dengan kerja diaorang .Mana ada masa nak fikirkan ada ke tidak Aura dirumah. Kalau Aura ada pun tidak menegur inikan kalau tiada, takde yang perasan pun akan ketidakhadiran Aura dirumah itu.

"Ish,tak baikk kamu mengata umi dan baba kamu macamtu.Walau buruk macam mana pun layanan diorang dengan Aura, diorang masih ibubapa Aura tau.Aura minta izin dulu ye sayang.Mama masuk dalam dulu nak berehat." Mama beredar meninggalkan aku.

Aku terus message umi lalu masuk ke dalam rumah.Namun,tanpa disedari perbualan tadi didengari oleh seseorang.

{Selepas 2 minggu}

Ting, ting

bunyi itu menandakan message dari aplikasi WhatsAAp masuk.

Aku mencapai Iphone 7 aku lalu membuka message dari Qhayra.

'Aura,hang out jom!Boleh celebrate birthday kau sekali.' - Qhayra ✔✔

'hang out mana?😍 Kau ingat birthday aku.HAHAHA aku sendiri pun lupa birthday sendiri' - You✔✔

'Aku nak tengok wayang cerita yang baru keluar tu.Aeon St. 18 la.Hey,nih Qhayra la!Kau tuh busy sangat kerja sampai lupa birthday sendiri.' - Qhayra ✔✔

'Hehe.Urm lusa nak pergi pukul berapa?' - You✔✔

'Pukul 1.30 petang.Kalau kau nak ajak Irfan sekali pun takpe.' - Qhayra✔✔

'Okay set!sape je yang ade lusa?' - You ✔✔

'Aku,Pakcik❤,Danial dan kau. So kalau Irfan ikut bagitahu.'

'Okay-okay,tapi...siapa Danial?.' - You ✔✔

'Alahai yang panggil aku maksu tu.Dia anak sedara aku,walaupun umur dia 3 tahun lagi tua dari kita berdua.' - Qhayra✔✔

'Woahh! Handsome tho anak sedara kau! ' - You ✔✔

'Tengoklah maksu dia siapa.HAHAHA,dia dah ada girlfriend and kau dah ada boyfriend so jangan nak gatal!' - Qhayra✔✔

'Ceh perasan!.Okaylah bye.Aku nak sambung jogging.' - You ✔✔

'Bye.Patutla kurus,aku pula gemok dekat sini!' - Qhayra ✔✔

Aku membaca message terakhir dari Qhayra lalu tergelak kecil.Aku menyimpan phone aku kedalam kocek seluar sebelum meneruskan jogging,tanpa sengaja aku terlanggar bahu seseorang semasa mata leka memandang jalan track dikaki.

To be continue=)

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now