*2022*
Baju yang aku siap lipat diletakkan di dalam almari, perut aku tiba-tiba sahaja berbunyi menandakan mintak diisi jadi aku kena lah turun bawah aku malas nak pergi class sebab mama ada benda nak buat jadi aku akur jelah. Aku jenis sanggup je buat apa demi mama asalkan hati mama tu tak terluka sebab aku ,aku tak nak dia sedih cukup lah papa yang buat mama sedih aku tak nak jadi yang seterusnya.
Aku nih jarang tau nak main telefon benda penting sahaja aku layan kalau benda pelik-pelik tak akan lah dalam fone aku tu cuma ada kenalan dekat sahaja tak ada lelaki tak ada group lonely life bukan biasa lah perempuan macam aku mana layak nak bahagia. "Ifah sini makan" pelawa mama aku datang kearahnya tapi pelik mama hidangkan makanan tu dekat ruang tamu mungkin nak cakap pasal semalam kot.
Aku melabuhkan punggung disebelah nya lalu mengambil secawan air teh dihirup perlahan sebab panas dia masih ada disertakan dengan wap, pinggan yang berisi nasi ayam diambil masak kan mama paling win lah. Aku je makan nasi author nih mana makan 😂 sebelum aku makan aku baca lah doa makanan baru lah aku masukkan nasi tu dalam mulut aku.
"Cuba ifah tengok mana satu yang ifah berkenan"aku tengok majalah yang ada pakaian pengantin perempuan dan lelaki disertakan dengan dewan dan pelamin siap gubahan bunga lagi cantik hiasan, aku letakkan pinggan nasi tersebut diatas meja bulat lalu aku ambil majalah tersebut dari tangan mama. Aku melihat pakaian pengantin yang digayakan oleh model tersebut cantik sangat tapi sayang mereka putih manakala dia hitam adakah sesuai dengan dirinya.
"Emm mama boleh tak kalau tak payah sanding bagai ifah nak akad nikah sahaja pasal benda macam nih kita tolak tepi buat yang mengikut ada ifah tak nak orang tahu sangat cukup lah saksi ada 2 je" aku tak nak orang tahu aku dah kahwin sebab itu akan membahayakan lagi kehidupan aku yang malap macam nih,aku akan cuba cari jalan macam mana nak hilangkan diri dari kena fitnah atau hina macam nih . Aku nak sangat sebenarnya tapi sebab kulit aku yang hitam aku jadi malu terlalu malu ,nak mengadap Allah pun aku malu dengan kulit dan rupa macam nih ,inikan pulak dengan orang ramai dan bakal suami aku.
Memang tak lah aku rela menyingle dari kahwin tapi sebab mama nak aku kahwin macam orang lain aku akur sahaja , "yelah mama setuju sahaja mana yang baik mama ikut janji ifah kahwin dan boleh bagi mama cucu cepat dah cukup" nampak tak mama ada pasang niat nak aku lahirkan zuriat bakal suami aku. Ya Allah permudahkan lah urusan aku didunia mahupun diakhirat nanti aku takut aku tak sempat sahaja.
"InshaAllah mama" balas aku terus mood makan aku hilang tapi aku tetap kena habiskan membazir itu amalan syaitan dan aku tak nak kawan dengan syaitan walaupun aku tahu dalam badan manusia akan ada separuh syaitan dan malaikat jadi aku kena berjaga-jaga dengan hasutan iblis laknatullah nih. "Makan lah dulu mama nak telefon bakal mertua kamu kejab" jelas kelihatan mama gembira,mungkin lagi gembira bila dia tahu aku mengandung.
Maaf mama ifah tak tahu sama ada akan dapat tawan dia atau pun tidak sebab ifah takde pape untuk dibanggakan. "Har kamu nak kemana tu" Har yang terdengar terus menoleh kearah mummnya itu yang sedang menjahit kemeja mungkin dia mendekati mummy itu "nak keluar kenapa my" dia menyoal kepada mummy nya pulak biasa lah lelaki kang lepak dekat masjid jelah kalau kelab itu bukan lelaki itu jantan.
"Saja tanya jangan balik lambat ,kamu betul ke boleh terima anak kakak angkat mummy tu takut kamu cuma nak jaga hati mummy je"Har mengeluh kalau dia jawab macam tu pun dia akan rasa dia anak tidak berguna"kalau dia jodoh har,har terima je mummy. Jaga hati mummy itu sebab mummy syurga har kahwin lah macam mana restu mummy tetap har kena ikut,kena taat bukan har pergi dulu assalamualaikum"lega hatinya bila anak lelakinya itu mengatakan sebegitu sejuk perut you guys huhu.
"Mama dah cakap dengan bakal mak mertua kamu nanti kita sama-sama cari,mama tak nak kamu berdua tanpa ikatan pergi cari pakaian kahwin macam orang lain buat itu tak manis jadi tunggu kahwin je baru boleh tahu faham!"aku mengangguk tanda faham mungkin betul cakap mama sebab terlalu sosial hukum pergaulan pun dah tak boleh nak jaga. Siap sahaja basuh pinggan mangkuk aku terus mengelap tangan yang basah akibat membasuh tadi.
"Akad nikah dekat masjid minggu depan kamu berdua kahwin"terbuntang luas berbola mata aku dibuatnya sumpah aku rasa macam nak terkeluar je biji mata nih bila dengar mama cakap macam tu "ma awal nya ?"aku tak bersedia lagi nak jadi isteri orang tak ready nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat pada suami nih. Aku tak ada apa-apa persediaan nak dibuat Ya Allah mama nih suka betul bagi kejutan yang mendadak lah.
"Awal lah bagus mengelakkan berlaku sesuatu tak diingini dan itu dapat mengikat kamu dengan dia ,bukan ifah tak tahu Rania dah kes cerai,curang itu ini sebab bertunang terlalu lama jadi mama rasa nak nikah kah kamu sahaja ,kita pun takde wali terpaksa guna wali hakim untuk nikah kan kamu"kalau papa ada mesti papa boleh nikah kan aku tapi sebab Allah sayangkan papa jadi aku tak boleh nak rasa bahagia tanpa sah dari mulut papa.
"Mana yang okay ifah ikut je ma,ifah nak naik nak tidur tak larat" mama yang dengar terus menyentuh dahi aku "kamu demam nih tak apa tidur dulu nanti mama masak kan bubur, lepastu ubat nanti mama letak tepi oky" aku mengangguk tanda faham terus melangkah pergi meninggalkan mama diruangan dapur boleh pulak masa nih kau nak demam patut lah aku rasa pening rupanya aku nak demam.
Ini mesti sebab mamat tu yang hentak kepala aku dengan bola selama aduh terasa sakit lagi tapi lagi sakit bila fikir yang aku kena kahwin macam mana lah rupa bakal suami aku . Kalau dia hitam macam aku okay lah sesuai ini putih astaga rasa macam duduk dalam gua dah aku rasa.
"Selagi kau hidup cinta kau dekat aku tak akan pudar" kata-kata Amanda Nasuha menghiasi waktu tidur aku,aku rindukan dia. Terlalu rindu kan kau
Terima Kasih
Voters in this part 🤭🎶
YOU ARE READING
MRS BRYAN HARISS ✓| 06
Romance🐾Time:5:00Ptg 🐾Date:19.11.2021 🔖Mrs.Bryan Hariss •BRYAN HARRIS & AFIFAH KHAN 🚫 Dilarang mencetak atau meniru dah miskin sangat ke otak tu sampai nak curi idea orang! °AFIFAH KHAN seorang wanita beragama Hindu Muslim. Dia seorang yang lemb...