*2022*
Aku menoleh kearah mama yang sedang membeli bahan-bahan mentah, balik sahaja dari Uni pada pukul 3:00 terus aku menemani mama ke Mall untuk membeli barang keperluan dan masakkan. Aku tak nak lah mama penat aku ada cakap yang aku nak belikan tapi mama cakap bukan selalu dapat jalan sama-sama.
Aku akur sahaja arahan mama "Ifah tolong mama cari mayonis,sos tiram,sos cili dengan sos tomato kalau ada nampak sos keju ambik lah sekali"Aku mengangguk tanda faham terus beredar pergi ke tempat yang ada susu pelbagai jenis sos,dekat sini diorang dah tulis dah dekat mana bahagian cecair mahupun pepejal cuma rajin mencari sahaja.
Jarak aku dengan mama tak ada lah jauh sangat nun jauh diasan sahaja tidak lah lebih kurang 150 kaki melangkah sahaya kalau nak kira depa tangan lebih kurang 50 sahaja. Ralit mencari jenis sos aku terdengar bunyi kasut tumit tinggi yang kejab bunyi kejab tidak terus aku menoleh, ternampak kelibat seorang wanita berhijab biru selendang tak silap cuba mencapai sos spaghetti Carbonara .
Sifat keprihatinan aku terus pergi kearah wanita itu nampak muda sahaja tidak tahu lah umur berapa ,aku ambil sos tersebut ketinggian aku boleh dikategori sebagai hantu galah tapi tidak mampu melawan si 'dia'. "Nah puan!" Aku menghulurkan terus sos yang aku ambil tadi ,wanita itu terkejut terus melihat kearah aku sambil menghadiahkan senyuman manis kepada aku.
"Terima kasih anak muda,maaf lah sebab menyusahkan kamu!"aku menggeleng kepala tanda tidak susah apa lah sangat tolong bukan nya dia mintak balasan pun"sama-sama puan saya mintak diri dulu assalamualaikum"wanita itu tersenyum manis apabila suara gadis yang menolongnya itu lembut,mesra alam gitu. Adab yang sopan membuatkan dia suka .
"Walaikumusalam" balas wanita itu apabila kelibat gadis yang menolongnya itu menghilang, disebabkan anak dia nak balik terpaksa lah dia pergi kedai untuk membeli bahan masakan anak punya pasal tak apa lah janji anak nya itu suka dan kenyang cukup gembira. Aku berjalan kehadapan sambil mencari kelibat mama tadi ada dekat sini tiba-tiba ghaib ah sudah karang hilang sesat tidak ke naya nanti.
Bahu kanan aku terasa disentuh terus aku menoleh kearah tersebut "Ya Allah mama nih terkejut ifah ,mama pergi mana tadi" mana tidak terkejut tengah ralit mencari ada tiba-tiba sahaja ada orang sentuh entah-entah orang jahat,sudah lah aku nih trauma ditambah lagi dengan penjahat ke apa tak ke naya nanti."mama pergi cari ikan,siapa je nak kacau anak mama nih dah jom balik"aku mengangguk tanda faham barang yang aku ambil tadi terus diamasukkan ke dalam troli.
Aku menolak troli yang berisi barang-barang boleh tahan banyak jugak mama belanja padahal kami berdua sahaja,nampak sahaja aku makan banyak tapi tak gemuk mahupun berat.Ramai adore dengan perempuan atau lelaki yang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk still melting gitu hihi,aku bersyukur jugak sekurang-kurangnya aku senang nak cari baju kurung ke baju apa-apa.
Sampai di kaunter bayaran aku terus beratur di sebelah mama , dihadapan aku ada seorang cina lelaki dan mungkin itu pasangan dia sama cantik sama padat dua-dua pakai cermin mata sweet sahaja dilihat tapi sayang itu zina aku kena jaga pantang. Selesai sahaja scan pasangan tersebut aku dengan mama pulak'meletakkan barang diatas mesin tersebut.
Aku letakkan lah apa yang ada dalam troli "emm n.."aku tak jadi teruskan bila aku nampak mamat yang dekat kafeteria tu ada dihadapan aku ,jangan cakap yang dia kerja dekat sini and dah terbukti dia memang kerja dekat sini tengok lah pakaian dia serba serbi t-shirt Aeon Big."nak nanti asing gula-gula tu anak Aunty dia tak suka bau pada gula-gula dia nanti dia tak selera nak makan pulak" aku terdiam malu ya Allah mama nih cakap asingkan plastik sudah lah jangan lah cakap yang last tu.
Huwaaa terasa nak lari sahaja"baik puan"jawab Iqbal ,ya lelaki itu bernama Iqbal atau nama sebenarnya Mohd Iqbal. Aku mengalihkan mata kearah tempat lain adakah anda gila mahu saya melihat itu memang tidak akan terjadi lah.Ku rela tengok seekor naga yang menguyah daging manusia daripada melihat seorang lelaki yang bukan milik aku.
"Puan ada kad ahli tak "mama terus mengangguk tanda ada kalau ada kad tu boleh lah jimat 3/6% ,aku melihat mama menghulurkan kad tersebut kepada Iqbal."terima kasih datang lagi" nampak dari cara Iqbal seorang yang menghormati tapi kenapa dekat sekolah dia tak macam tu. Andai dia bersikap seperti itu mesti ramai akan menyukai dirinya namun kenapa?.
"Ifah kenal ke lelaki tu"aku tersentak bila mam menyoal tentang Iqbal aku tak akan cakap aku kenal banyak cuma aku akan cakap kenal dari jarah jauh sahaja"satu uni ,senior" mama terus angguk sahaja mungkin tidak berminat sebab mama bukanya kesah anak nak berkawan dengan sesiapa janji pandai menjaga batas pergaulan.
Iqbal melihat kelibat anak beranak dari jarak jauh dia menjadi pelik mak putih anak hitam,tak akan masa kecil-kecil mak dia minum soya anak dia makan arang. Tapi bila difikirkan balik budak tu kalau putih mesti cantik boleh ke putih bagi dia tak silap banyak je produk yang boleh memutihkan kulit tapi kenapa perempuan tu tak nak cuba ke takut ada effect itu boleh dikatakan jugak.
Sebab sudah banyak bahan sebegitu ada bahan kimia,katanya itu semula jadi tapi tidak. Kalau korang nak tahu buah tembikai yang kita selalu beli warna merah tu sebenarnya telah disuntik jadi berhati-hati sebab itu lah setiap kali author/Afifah Khan nak beli makanan mesti akan beli apa yang china beli.
Kelebihan cina dia pandai dalam bab memilih makanan,apa yang cina makanan itu lah yang author/Afifah Khan akan makan tapi i tak makan nasi lah cuma makan daging,sayur dengan buah tropika sahaja."semuanya 200" jawab Iqbal selepas scan semua barangan yang dibeli oleh pelanggan nya itu.
"Ifah mama nak tanya sikit boleh" aku menoleh kearah mama lalu mengangguk tanda boleh ,aku yang bawak mama dekat sebelah jadi mata aku je yang boleh toleh kearah mama. "Ifah dekat sekolah ada Boyfriend ke?" Aku buat muka bosan "tak ada mama kenapa tanya" tak ada lah aku risau kalau mama fikir lelaki tadi tu bf aku.
Mintak jauh lah simpang empat puluh empat (44) aku tak akan pernah ada bf nak ada suami aku rasa tak akan ada sebab aku tak cantik. Aku nak jugak rasa jadi bidadari dihati lelaki tapi itu aku rasa mustahil and never can be?.
"Bagus lah" aku mengerut dahi bagus entah lah mungkin mama risau aku terjebak dengan maksiat mungkin lah "mama jangan lah risau tak akan ada yang nak kat ifah sebba ifah tak sempurna jadi tak akan ada yang suka ifah" terang aku kepada mama nafas yang dihembus keluar benar-benar membuatkan aku lemah.
"Insyaallah akan ada dah jom balik mama nak masak" aku tersenyum pahit ,bagi mama tapi tidak bagi ifah mama dah tak akan ada yang sanggup nak perempuan hitam macam ifah.
Terima Kasih
"Kau hidup tapi aku mati "
YOU ARE READING
MRS BRYAN HARISS ✓| 06
Romance🐾Time:5:00Ptg 🐾Date:19.11.2021 🔖Mrs.Bryan Hariss •BRYAN HARRIS & AFIFAH KHAN 🚫 Dilarang mencetak atau meniru dah miskin sangat ke otak tu sampai nak curi idea orang! °AFIFAH KHAN seorang wanita beragama Hindu Muslim. Dia seorang yang lemb...