PART°~7

934 157 8
                                    

*2022*

Telekung milik mama aku lipat kan lalu dimasukkan ke dalam beg sebab mama hari ni uzur jadi aku boleh pakai mama punya manakala sejadah aku simpan dalam almari. Sepasang baju kurung berwarna coklat digantung di ambil. Aku menyarung kan baju kurung tersebut ke tubuh aku.

Aku bukan gemuk tapi slim manakala Tania dengan Dania tu chubby comel,aku nih cuma slim tinggi je sebab tu aku boleh pakai pakaian sesiapa je. Tudung lycra halfmoon labuh paras perut aku pakai,aku oleskan sedikit gincu ke bibir aku sebab kering jadi tak salah bukan selalu pun.

Bedak sikit bagi seri walaupun aku tahu tak akan ada tapi aku tetap nak letak sekurangnya ada rupa sedikit. Puas menilik pakaian pintu bilik mama aku kuak lalu melangkah keluar dari bilik tersebut dan dikunci dari dalam sebab aku tak nak dua kembar tu masuk ke dalam bilik mama dan mencuri.

Aku bergerak ke hadapan iaitu ruang tamu dan terlihat kelibat sepasang kembar mengenakan pakaian ala-ala model fairy tales gitu. Mereka leka sehingga tidak sedar aku sudah berada dihadapan mereka sambil melihat Tania dan Dania mengambil gambar bersama telefon pintar.

Dania perasaan sesuatu terus dia melihat ke atas"Ya Allah woi perempuan kau duduk kat depan kitorang buat apa haaa, sengaja nak cari nahas ke" aku tak tahu kenapa aku duduk depan diorang mungkin sebab baju yang diorang pakai tu cantik sangat dan aku ingin sekali menyentuh nya.

Aku terundur kebelakang sedikit akibat dijerkah oleh Dania "akak cuma nak tengok korang buat apa itu je" aku takde berniat jahat pun untuk menyakiti mereka berdua kerana mereka masih budak dan sepupu aku yang aku ada . Tania bangun dari melabuh diikuti dengan Dania,Tania mara ke hadapan lalu menoleh tubuh aku dengan kuat.

"Aku rasa kau boleh je tengok dari jauh tak payah nak datang dekat-dekat aku jijik tak pasal-pasal pakaian aku yang warna putih macam kulit aku terkena air liur kau ke apa? Pakaian aku kotor sikit sebab tangan kau yang hitam nih memang kau kena ganti" Hidup diorang lagi moden daripada aku yang hidup cara kampung.

"Mana nak mampu tengok dia pakai pun dah tahu tak ada duit,cuba lah tengok iew kuno gila dengan tudung besar kulit hitam campur warna koko lagi lah nampak hahaha dasar budak lembab tak reti berfesyen dah jom lah tak pasal-pasal lambat pulak kita !"Dania menarik lengan kakaknya itu lalu beredar ,senang hatinya dapat membahan kakak sepupunya itu.

Aku mengeluh lemah lalu melihat pada pakaian aku benar kata mereka pakaian aku kuno,tapi aku suka sebab ini pakaian tradisional orang melayu tak salah pun aku nak gaya kan. Walaupun aku tak reti tapi aku bangga sebab pakaian aku tak terlalu ketat mahupun terdedah, sekurangnya dosa aku tak bertambah sebab hal macam ni lagi.

Tiba di dewan serbaguna aku diarahkan oleh nenek untuk mengangkat pinggang dengan cawan yang sudah disediakan kepada para tetamu. "Para hadirin sekalian ,hari ini merupakan hari yang bermakna untuk sepasang kembar iaitu Tania Amira dan Dania Amara,sebelum memulakan nyanyian dijemput kedua bidadari naik ke atas pentas"aku memusingkan tubuh aku menghadap ke hadapan.

Dapat aku melihat Tania Amira dan Dania Amara naik ke atas pentas dengan lagak catwalk,model habis adik sepupu aku . "Cantiknya yang sorang manis yang sorang lagi manja nampak dekat situ calon isteri nih ,haa siapa yang berkenan dengan 2 bidadari nih jemput lah pergi ke rumah Nek Esah mana tahu dapat hahaha"untung lah Tania dengan Dania dapat macam tu.

Para hadirin bergelak sakan bila tuan pengacara majlis sedang membuat lawak ,mama dan nenek turut bergelak manakala aku tidak sebab aku sedih dan sedikit iri hati tapi sekejab je 1 saat pun tak sampai. "Mari lah kita bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada mereka berdua" yang lain sudah berdiri tegap untuk menyanyi lagu selamat hari jadi kepada pasangan kembar tersebut.

"Selamat hari jadi"🍰
"Selamat hari jadi"🥧
"Selamat hari jadi Tania"🎂
"Selamat hari Jadi"🥞

"Happy Birthday to you"🎶
"Happy birthday to you"🎵

"Happy birthday to you Dania"🎼
"Happy birthday to you..."🎤

CLAP!CLAP!CLAP!

Tepukan gemuruh membuatkan Tania Amira dan Dania Amara berasa malu namun dalam malu mereka suka bagaikan seorang tuan putri sedang memberi ucapan sahaja kepada rakyat.Mereka berdua meniup lilin yang menyala diatas kek tersebut tak silap ada 26 batang lilin ,dan kek tersebut ada 2 tingkat mewah bukan.

"Cantik aku rasa kan biah aku berkenan lah dekat Dania tu lembut je aku tengok dia senyum"

"Ibu kalau eman nak Tania boleh tak cantik lah bu kalah suraya"

"Sama padan kalau kamu yang jadi suami dia"

"Mak cik rasa kalau saya kahwin dua-dua tu boleh tak"

"Body dia lawa ini kalau dapat tiap-tiap aku jadikan malam jumaat alahai"

"Kulit licin,pakai apa pun cantik mak berkenan je "

Sikit sebanyak aku mendengar pujian dari orang sekeliling mengenai perkahwinan, pemilihan itu dan ini. Tidak dia digantung ramai yang memasang niat ingin mengenali anak makngah siapa je tak nak perempuan macam Tania dengan Dania cantik,putih,lawa,comel serba serbi ada rupa paras.

Aku terdengar nama aku dipanggil terus aku menoleh ternyata mama melambatkan tangan kearah nya ,aku meletakkan cawan plastik di atas meja bulat dan bergerak kearahnya yang tidak jauh dari tempat aku berdiri tadi. "Iya ma!" Soal aku ke mama ,aku takut mama nak makan je sebab aku tak hidangkan lagi nasi ke apa dekat para tetamu nih.

"Ini kawan lama mama masa sekolah rendah kenal kan ini anak aku Afifah Khan dan ifah ini Aunty Ain"Aku mengucup lembut tangan kawan mama, lalu menundukkan wajah ke ke bawah.

"Cantik anak kau,hitam manis macam buah manggis,ini ifah ada sambung belajar tak!" Aku mengangguk tanda ada ,aku tersenyum manis apabila dipuji seperti buah manggis walaupun dekat luar hitam unggu tapi dalam tu putih seputih kain sahaja.

Aku tak tahu itu pujaan atau hinaa mahupun sindiran tapi aku anggap itu sebagai pengenalan sahaja. "Dia sambung Uni tempat kita dulu lah juga",Puan Ain mengangguk tanda faham dan meng'oo' kan sahaja tak ada idea nak borak.

"Ifah pergi tolong nenek,mama nak borak dengan kawan kalau penat ifah rehat lah kalau rasa nak balik,balik sahaja faham"aku menangguk tanda faham dengan arahan mama "saya mintak diri dulu Aunty Ain assalamualaikum" aku terus beredar bila mendapat keizinan untuk pergi.

Muka aku nih memang tak layak untuk jadi isteri orang mahupun menantu orang,selagi kulit aku begini aku tak akan boleh capai kebahagiaan seperti mana wanita impikan untuk menjadi bidadari atau pun putri di atas kaca. Sebab muka aku hitam tiada seorang pun mahu berkawan dengan aku.

Mana Amanda Nasuha selepas mendapat results aku dengar cerita sahabat aku telah pergi ke Oversea sampai sekarang tiada khabar berita,dulu aku tak ada telefon manakala Nasuha tak bagi no tel sewaktu ingi pergi ke sana. Aku hilang kawan yang baik,aku hilang sahabat dan kakak.

Aku tak punya sesiapa sekarang!

TERIMA KASIH KERANA VOTE DAN BACA
SILA TINGGALKAN SENYUM UNTUK MUKA SURAT SETERUSNYA!

enjoy your book!

MRS BRYAN HARISS ✓| 06Where stories live. Discover now