*2022*
Aku menoleh ke tepi kelibat nenek kesayangan aku mula menyapa pemandangan,aku melihat kearahnya lalu membantu dirinya duduk melabuh bersebelahan dengan aku. "Ifah kamu kenapa ada masalah ke nenek tengok dari tadi"dia perasan akan riak wajah cucu sulungnya itu ,apa yang menggangu pemikiran cucunya itu.
Aku tersenyum manis "tak ada apa lah nek,cuma penat itu je" nenek memandang aku dengan pandangan tajam dia tahu aku menipu sebab aku mana suka menipu dan tak pandai nak menipu kalau menipu mesti kantoi sebab takde bahan bukti dan takde ayat nak gunakan.
"Walaupun nenek tak duduk dengan kamu tapi nenek tahu semuanya cuba lah cerita pada nenek"sebelum aku jawab pertanyaan nenek aku akan bagitahu mana isi rumah yang lain ,semuanya sudah bergerak ke surau untuk mendengar ceramah manakala paksu aku pemilik motobike ninja tu merayau umur dia tak de lah tua sangat baru 29 muda bukan.
Manakala mama 38 dan makngah aku 36 ,manakala pakngah bernama Wong Haiqal 37 tahun. Nenek pulak berumur 55tahun. Harap korang boleh tahu umur yang ada dalam rumah nih,jadi tak ada lah pening sangat nak tahu umur diorang.
Berbalik pertanyaan nenek aku yang tadi ,aku memandang kearah wajahnya "Ifah tak tahu lah nek,kenapa ifah hitam padahal papa putih sama macam mama kenapa ifah dilahirkan hitam,asyik kena hina,maki,fitnah itu ini ifah penat lah nek tutup telinga,pejamkan mata nih" Tubuh aku ditarik ke dalam dakapan hangat milik nenek aku.
Sama hangat macam mama,setiap kali aku menangis mama akan tenangkan aku dengan memeluk tubuhnya ,dia bagi aku bahu untuk aku letakkan wajah. Dia bagi aku menangis sepuas-puasnya atas bahu dia katanya dengan cara itu hati aku boleh bebas. Kalau nak lagi tenang ambik lah air wudhuk lalu solat lah supaya Allah boleh mendengar, berkongsikan lah pengalaman, luahan dan derita ku sebab Allah je yang boleh jadi BFF kau,yang boleh jadi BF/GF kau ,yang boleh jadi PERAKAM untuk rakam segala luahan kau.
"Setiap ujian akan ada kebolehan,setiap dugaan akan ada kekuatan,setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, Allah bagi ifah jadi macam nih bukan sahaja-saja ,tapi dia tahu yang ifah kuat sebab tu dia bagi ujian dan dugaan macam nih untuk ifah buktikan bahawa ifah sayangkan Allah" aku mendengar penerangan nenek dengan telita butir bicara yang dimaksudkan amat mendalam kalau korang nak tahu.
"Bila Allah nampak kesungguhan ifah dalam mengejar cintanya dengan sepantas kilat Allah berikan sesuatu yang amat bernilai dan berharga yang tak pernah dijangkal oleh ifah atau pun orang lain,bersabar sahaja ifah tunjukkan pada diorang yang orang gelap ada secebis hati yang putih diliputi salji"aku tersenyum manis berasa lega sedikit bila boleh meluahkan pada orang yang memahami.
"Esok hari jadi Tania dengan Dania dah ada baju belum nih"Aku meleraikan pelukan tersebut lalu memandang kearah nenek "kalau ifah tak nak pergi boleh tak nek?", Aku bukan apa ,aku tak nak lah Tania mahupun Dania malu ada cousin hitam macam aku nih.
Aku tak nak lah mama aku menanggung malu bila disoal siapa aku pada mama. "Ifah tahu kan esok hari apa! Kamu tu pun bukan balik tak salahkan kalau datang,jangan lah buat macam tu malu nanti mama kamu bila orang tanya mana anak dia!" Nenek tak tahu kalau aku pergi sana mama lagi bertambah malu.
Sudah lah zaman sekarang zaman menggosip, menggumpat dan seumpamanya dengan lagi. Manusia tak pernah lari dari kesalahan tapi dia akan bebas bila roh dipisahkan dengan jasad.
"Tapi nek?" Aku betul-betul nak nak pergi dewan yang dekat hujung kampung nih sebab aku tak nak keluarga aku menanggung malu sebab kulit aku yang hitam boleh dikatakan lagi teruk lah dari Dayang Senandung nih. Sampai tak nampak apa dah legam,bagi aku coklat tapi tak tahu lah diorang kenapa cakap hitam tak apa lah mulut diorang.
"Ifah pergi sahaja esok bersiap awal sedikit,tolong nenek dekat sana kemas apa yang patut" kenapalah makngah aku nih gedik sangat nak buat majlis ulang tahun kelahiran si kembar tu dekat dewan hujung kampung tu sengaja nak bagi aku malu lah tu.
"Baik nek,ifah masuk tidur dulu" aku tak larat nak fikir lagi biar lah esok menjadi hari yang indah baginya . Pintu bilik aku kuak dan masuk kedalam aku kunci lah takut apa-apa jadi nasib baik mama ada kunci pendua takde lah penat aku nak bukak atau tunggu sebab aku pun dah penat dah.
Penat dengan lakonan
Penat dengan permainan
Penat dengan watak
Penat dengan drama
Penat dengan perangai
Penat dengan ungkapan
Penat dengan kata-kata
Penat dengan hasutan
Aku terlalu penat sampaikan kelompak mata aku mula kian tertutup rapat. Aku tertidur lena sebelum tidur aku baca lah doa tidur. Apa yang nenek cakap masih melayang difikirkan aku ada ke orang nak aku,aku tahu maksud nenek yang penuh dengan tersirat tu.
Dia cakap aku akan dapat seseorang yang boleh mengubah kehidupan aku yang gelap ke cerah. Entah lah aku tak tahu sama ada orang tu ,aku tak nak lah letak segunung harapan pada orang tu ,cuma mampu berdoa sahaja.
"Kau kenapa!"
Siapa dia ..
Apa yang terjadi
Kenapa dia muncul
Adakah itu penamat
Bagaimana dia mahu bergerak
Terima Kasih sebab sudi membaca
Maaf kalau tak memuaskan hati korangI sudah mencuba kalau tak jadi tak apa lah ,apa yang boleh i buat
Redho sahaja lah
YOU ARE READING
MRS BRYAN HARISS ✓| 06
Romantik🐾Time:5:00Ptg 🐾Date:19.11.2021 🔖Mrs.Bryan Hariss •BRYAN HARRIS & AFIFAH KHAN 🚫 Dilarang mencetak atau meniru dah miskin sangat ke otak tu sampai nak curi idea orang! °AFIFAH KHAN seorang wanita beragama Hindu Muslim. Dia seorang yang lemb...