PART♪~15📜✔️

963 157 71
                                    

*2022*


Sementara menunggu isterinya membeli barang mentah didalam mini market, Hariss mengambil kesempatan untuk mencari produk untuk isterinya itu . Tiba di kedai jamu jelita terus dia masuk ke dalam untuk mencari produk untuk Afifah Khan "Boleh saya bantu"tegur pekerja kedai tersebut Hariss menoleh ke belakang ,wanita yang menegur nya itu terkejut apabila melihat anak mata nya.

"Aku nak cari jus nusantara,ku putih lantak lah apa pun janji semuanya lengkap make sure barang tu berkesan ada kelulusan kalau tak nahas korang"wanita itu mengangguk tanda faham seram jugak bila lelaki tu menyoal dengan kasar siapa sebenarnya Hariss. Hampir 10 minit dia habiskan masa mencari bahan untuk isterinya terus 2K di letakkan atas kaunter dia beredar takut isterinya mencari pulak bukan dia tak terima Afifah Khan dia tak nak lah Afifah Khan sedih jadi dia nak buktikan dengan Afifah Khan setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri..

"Mana pulak suami aku nih tadi kata nak gi tandas je"rungut aku kalau macam nih suami aku nih berak keluar batu ke apa ,ke buang wap dalam badan macam-macam lah suami aku sorang nih baru kahwin tak akan cari perempuan lain choiyy mintak dijauhkan lah wey tak kuasa aku. "Sayang cari abang ke" tegur Hariss dari belakang pelik jugak datang-datang dia melihat isterinya seakan mencari seseorang.

"Awak pergi mana kata gi tandas kenapa lambat" hehehe Hariss tersengih menayang muka tak bersalah "dah beli dah apa yang sayang nak "amboi mengelakkan diri nampak suami aku dari topik aku"dah jom lah balik saya nak masak?" Hariss mengangguk tanda faham terus menolak troli dan berjalan sambil memeluk pinggang isterinya itu, Mereka berusaha beratur mengikut giliran wajib tau sebab itu adalah satu cara kita menghormati orang bukan dengan percakapan tapi berbuatan jugak merupakan cara menghormati orang lain.

Sikit demi sikit orang mulai sikit kini giliran aku untuk letak barang diatas mesin "ada kad ahli tak"suara tu macam aku kenal bila aku mendongak kehadapan aku menangkap sepasang anak mata berwarna hitam pekat dengan rambut yang basah "nah!" Hariss menghulurkan kad ahli miliknya semua jenis kad dia ada. "Pakai kad aku je sebab dia bini aku" Iqbal terkejut dengan pengakuan lelaki bermata biru itu.

"Thanks awak?" Hariss senyum manakala Iqbal terkedu semua ter lah ada dia masih bingung suami, bini adakah Afifah Khan sudah berkahwin tapi kenapa dia tidak tahu apa-apa gosip tentang perkahwinan Afifah Khan dengan seorang pemuda berkata biru nih. "Semuanya 50 ringgit" Hariss mengeluarkan duit miliknya lalu diserahkan kepada lelaki itu manakala aku mengambil barang yang sudah dibungkus dengan plastik .

"Terima kasih datang lagi"Iqbal menundukkan kepalanya kepada Afifah Khan dan lelaki yang dikatakan suami kepadanya wanita yang berkulit hitam legam macam arang tu. Dari jarak yang jauh Iqbal melihat kemesraan wanita itu dengan lelaki yang bert-shirt putih,dia melihat lelaki itu memeluk pinggang Afifah Khan dengan erat kelibat pasangan tersebut hilang dari pandangan matanya .

"Sayang tidur lah dulu nanti dah sampai rumah abang kejut"aku mengangguk tanda faham terus melelapkan mata sambil menoleh kearah Hariss, lelaki itu segak bila tidak mengenakan cermin mata hitam nampak comel sahaja. Hariss tersenyum manis melihat wajah isterinya itu produk yang dia beli untuk Afifah Khan dipandang kosong terus dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduan nya itu.

Aku menggosok kelompok mata aku sambil menguap dengan nada perlahan aku mencelikkan mata memandang keadaan sekeliling rasa pelik kenapa warna bilik aku warna grey silver , pinggang aku terasa berat terus aku menundukkan kepala ke bawah ternyata ada tangan yang menghalang dari aku bangun. Aku alihkan tangan Hariss ke tepi lalu bangun kepala aku dipusingkan mengadap Hariss yang sedang tidur dengan lena,kata nak kejut sekali dia angkat aku masuk bhai mesti berat ann.

Aku mengusap lembut kepala Hariss lalu bangun untuk masak,jam dinding aku tenung dah pukul 6:40 lagi beberapa minit nak masuk maghrib baik aku pergi masak dulu . Kaki aku melangkah kearah pintu bilik Hariss lalu dicari kedudukan dapur sewaktu dia menuruni tangga dia terpandang pada dinding banyak gambar Hariss yang dari kecil sampai lah sekarang semuanya comel banyak yang berubah eah terutama pada bibir lah sexy kau tahu apa.

Hariss terjaga dari tidur dia meraba-raba mencari kelibat isterinya itu terus dia cuak "mana bini aku"Hariss rasa tak sedap hati terus bangun sempat pulak tu dia pergi cuci muka berlari keluar mencari isterinya itu. Hariss terbau sesuatu yang harum dari dapur terus dia menuju kearah tersebut disebalik dinding dia melihat seorang wanita sedang memotong lobak manakala tangan satu lagi mengaul makanan yang berada di dalam kuali.

"Sayang!"Hariss menarik nafas lega apabila susuk tubuh isterinya sudah dijumpai risau tau kalau bini dia lari ke apa ,aku menoleh apabila suara yang aku kenal memanggil aku melihat wajah Hariss baru bangun tidur,ingat comel lah tu kalau mamai "nak makan ke?" Hariss datang mendekati isterinya lalu memeluk tubuh wanita itu dengan erat"sayang nih kalau nak gi mana-mana cakap lah dengan abang, abang ingat sayang lari sesat lah tadi risau abang"Hariss risaukan aku mak aishh terharu doo .

"Maaf awak tidur tadi saya tak berani nak kejut, sorry tak sengaja"siapa tak terkejut bila dapat tahu isteri takde dalam bilik rasa macam takde nafas dah "it's okay sayang masak apa?" Kepala aku diusap lembut oleh Hariss rasa dihargai dan disayangi adakah ini kebahagiaan aku yang mama dan Amanda Nasuha katakan kepada aku , kebahagiaan apabila seorang lelaki yang menjadi suami menjaga dan melayani kerenah aku yang macam budak adakah ini kebahagiaan yang aku selama ini.

"Saya masak nasi goreng china awak tak kesah kan!" Tekak aku terasa nak makan nasi goreng china sahaja "abang tak kesah janji ada makanan yang boleh kita makan" aku tersenyum manis apabila Hariss menjawab dengan nada yang lembut dan seorang yang memahami jugak . "Awak duduk lah dulu saya nak buat air" Hariss melepaskan pelukan"tak apa sayang hidangan makanan air tu abang boleh buat" dia pun dah terbiasa hidup seorang walaupun ada mummy tapi dia masih belum dapat sepenuhnya lagi.

Aku tak boleh nak halang kalau suami dah kata nak tolong ,hidup berumah tangga nih kena ada sifat saling tolong menolong jugak baru lah aman rumah tangga bukan asyik isteri je buat kerja ingat perempuan takde benda lain nak buat banyak lah dia nak buat . Aku meletakkan pinggang berisi nasi goreng china diatas meja laku melabuhkan punggung nasib baik sudu dengan gelas aku dan letak dulu kalau tidak kesian suami aku nak ulang alik pergi amik.

"Abang buat air oren je nanti esok abang beli perisa lain okay"aku mengangguk tanda okay janji boleh makan dengan awak pun saya dah bersyukur. Hariss menadahkan tangan lalu dia baca doa makan manakala aku mengaminkan bacaan doa tersebut. "Esok hmm ... abang dah start kerja sayang okay kan tinggal sorang"ujar Hariss dengan nada serba salah sepatutnya ada hari cuti tapi ada masalah dekat syarikat milik daddy tak dia tak boleh lah ponteng.

"Eah tak apa lah saya faham... esok saya ada class pagi " kening kanan milik Hariss dinaikan keatas "class saya sambung belajar ke?"aku mengangguk tanda iya ini pun sebab mama jadi aku redho jelah ikut arahan mama. "Sayang Uni apa?" Mummy tak cakap apa -apa pulak dia jadi dia tak tahu isterinya itu sekolah atau tidak."Universiti Revor Internasional" Hariss tersenyum nipis not bad jugak isteri dia nih.

Aku cuma ada 2 pilihan!

1: Suami aku akan hantar and balik aku kena call

2:Suami aku hantar balik nanti naik grab pergi syarikat suami aku

Mana satu aku nak ikut ada cadangan tak!

TERIMA KASIH

24/11/2019
11:40 am

MRS BRYAN HARISS ✓| 06Where stories live. Discover now