FLASHBACK

13.6K 89 1
                                    

Aku turun setelah selesai mandi kali ini aku akan tanya asal usul bapaku.

Aku duduk ditepi mamaku yang sedang menjamu sarapan. Aku mengambil roti bakar dan menyapu nutella di atas roti tersebut.

" ma..."

"Apa zairel.."

" rel nak tanya ni?"

" tanyalah .."

"Siapa bapa zairel?"

Mama yang tadi tersenyum manis sambil makan roti bakar terus bertukar pucat+ marah.

"Ma...rel nak tahu siapa bapa rel please ma..."

Mama mengeluh matanya mula berair. "Mungkin ini waktu sesuai untuk mama beritahu."

"Mama jangan buat rel takut ma..zairel minta maaf kalau rel buat silap mama.." Aku memeluk erat mamaku segala persoalan yang berada difikiranku sungguh menakutkan.

Mama meleraikan pelukanku. "Takpe rel..rel dah besar..biar mama cetitakan" .."

-flashback 17 tahun lepas-

Aku liana badan takdelah kurus sangat takdelah gemuk sangat. Berat 60 kg tinggiku pula 165 cm walaupun aku macam tu tapi aku mengikut keturunan ibuku memiliki bentuk badan 'pear' yang boleh buat lelaki terliur kalau melihat.

walau macam mana pun Aku tetap rimas dengan pandangan manusia-manusia disekolahku terutama budak lelaki 5 perdagangan 3. Mereka selalu mengejekku macam-macam, Suara mereka selalu berada di dalam ingatanku. Dah berapa kali dah aku bergaduh dengan mereka tapi mereka tetap buat de je...geram pula aku.

Budak lelaki yang aku cakap itu ialah

Hazmin, syakir,arip a.k.a bangla, farid a.k.a playboy dan zaridt.

Kelima-lima budak tersebut semuanya otak blue dan anak orang kaya yang jenis menghabiskan beras ja. Dah ramai dah yang jadi mangsa cabul diorang. Tapi aku tak pernah dicabul atau disentuh oleh mereka. Mungkin sebab mukaku yang garang ni ataupun mungkin sebab perangai yang kasar dan jual mahal ni.

Mereka selalu mengejekku tak kiralah jumpa dimana-mana pun ada je masalah yang diorang nak cari kalau dengan aku.

Walaupun pelajar yang menjadi mangsa diorang mengadu pada pihak sekolah. Pihak sekolah hanya membuat kaunseling sahaja tetapi itu langsung tidak membantu mengurangkan sikap mereka yang kalah daripada iblis itu.

Suatu hari ustaz shafiq mengadakan kem selami jiwa bertempat di sekolah 2 hari satu malam.

Aku dan rakan-rakanku menyertainya. Aku tak tahu lah mamat-mamat bodoh tu sertai ke tak. Tak nak ambil tahu pun sebenarnya.

5 PENDOSAWhere stories live. Discover now