RECOVER

7.8K 66 0
                                    

Hampir 7 hari liana berada di hospital. Diana dan ibunya bersilih ganti menjaganya.

Doktor dan nurse tidak habis-habis menanyakan hal yang dia tidak tahu dan tidak ingin tahu. Doktor dan nurse menyentuh dan menekan setiap hari badannya, direlakan walaupun mindanya tidak ingin. Perasaan jijik benci dengan dirinya menghantuinya.

Selepas segala pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor selesai. Diana masuk menemani liana kerana hari ini adalah turn diana menjaga liana.

Diana membuka bubur yang dibelinya di mcdonald tadi dan disuakan ke mulut liana tapi liana hanya menggelang tidak mahu makan.

"Lia kau kena makan kalau tak macam mana bertenaga balik...kau kena bangun liana..aku nak liana yang dulu yang kuat tak lemah.."

Liana memandang kawannya itu." Aku bukan tak nak makan tapi dua tiga hari ni aku rasa loya tekak aku...nak telan makanan pun susah"

"Lawan benda tu lia ni untuk tenaga kau makan sikit je ok.." Diana menyua kembali bubur tersebut ke mulut liana.

Liana hanya mengangguk dan ditelan bubur tersebut. Tekaknya mula mengembang ingin muntah tapi ditahan.

Liana ingin bangkit dan membalas setiap perbuatan 5 pendosa itu. Kau kena kuat liana bisik hati liana.

Diana menyua lagi bubur tersebut sehingga lah suapan yang terakhir.

5 PENDOSAWhere stories live. Discover now