ABORTION

6.9K 76 1
                                    

semasa di parking kereta wakil daripada ibubapa hazmin memanggil aku. wakil ibu bapa hazmin datang kepada kami.

"cik liana saya wakil daripada ibubapa hazmin ingin memberikan check yang berjumlah 10 ribu supaya cik liana boleh menggugurkan kandungan ini"

bapaku berang bila mendengar apa yang dikatakan oleh wakil ibubapa hazmin. bapaku mengambil check yang berjumlah sepuluh ribu itu dan dikoyak-koyakkan.

"hey kau cakap kat majikan bodoh kau tu..anak aku tak hamak duit diorang! dan cakap lagi kat diorang yang anak aku takkan buat dosa besar macam anak si jahanam tu buat..bangsat!" maki bapaku dan menarik aku pergi.

setelah aku dan keluargaku beredar wakil ibubapa hazmin menelefon bapa hazmin

"hello tuan dia tak nak terima check yang tuan beri pada saya dan bapa dia kotakkan check tu tuan.."

"hmm..takpe2 kalau diorang taknak takpe.." talian dimatikan.

************************************

"bodo punya manusia dia pikir anak aku macam anak dia!..jahat jahat anak aku dia takkan buat dosa besarlah macam anak jahanam dia tu.."

"tulah pasal..pakcik pastu nak bagi duit bagai suruh gugurkan anak ni..eh ingat tak sakit ke gugurkan anak..bukan dia yang tanggung pun" marah diana

"hmm saya pun tak sangka ada manusia macam tu..patutlah anak diorang jadi binatang.." makku pula bersuara.

aku hanya mendiamkan diri.
pada masa ini aku tak mampu memikirkan apa-apa. aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. aku tak dapat bayangkan satu pun apa akan jadi selepas ini.

5 PENDOSAWhere stories live. Discover now