29 OCTOBER, 7 PETANG
setelah hampir 2 jam aku bertarung nyawa akhirnya seorang bayi lelaki keluar.alhamdulillah akhirnya lahir anak yang aku kandungkan.
29 OCTOBER, 10 MALAM
Aku terjaga pabila aku mendengar seseorang azan. aku membuka mataku.
aku melihat seorang lelaki memegang anakku sambil mengazankannya. aku tak nampak sangat muka lelaki itu kerana kepalaku agak pening dan penglihatan agak kabur akhirnya aku kembali melelapkan mataku.
keesokannya aku bangun. aku melihat ibu bapaku dan diana sudah ada disebelahku.
"dah bangun dah..tahniah dapat anak lelaki kau..." diana gembira dengan kehadiran si kecil. diana mengendong anakku dan didodoi macam dia pulak mak anak aku. beberapa minit kemudian diana memberi anakku
aku memandang bayi yang aku lahirkan. menitis airmata kegembiraanku. cantiknya ciptaan allah. bayi aku menangis meminta susu.
"lia dia nak susu tu bagilah.."
aku memberi dia susu.
diana duduk ditepi ku sambil mengusap-usap pipi bayiku.
"kau nak bagi nama dia apa..?"
tangan sikecil memegang jari telunjukku.kemas.
"aku nak bagi nama dia zairel..zairel nafri bin abdullah.."
*************
seorang lelaki mendengar perbualan liana dan diana dari luar bilik.
"zairel nafri...anak papa..pandai kau pilih nama untuk anak kita" lelaki itu memegang pintu bilik yang memisahkan antara orang didalam bilik itu dan yang diluar.
lelaki itu tersenyum sambil menundukkan mukanya. tiba-tiba seorang jururawat menegurnya.
"encik ni suami puan liana ye kenapa tak masuk.."
"saya..saya..nak pergi beli barang untuk isteri saya sekejap.."
"owh..jadi saya masuk dulu ye..saya nak chek puan liana."
lelaki itu memberi ruang untuk jururawat itu masuk.
"puan liana sihat..?"
"alhamdulillah..cuma rasa ngilu sikit kat bawah.."
"biasalah tu orang baru bersalinkan.."
"tadi saya nampak suami puan liana..dia kata nak beli barang.."
"suami.." liana dan diana memandang antara satu sama lain. begitu juga dengan ibubapa liana.
Aku cuba menjawab persoalan yang berada di minda. Siapa?. Takkan si 5 jahanam tu?. Dorang bukan masih di pusat pemulihan akhlak?.
jururawat itu tidak mengindahakan kami tekun memeriksa liana setelah selesai jururawat meminta diri untuk pergi.
aku jadi semakin curiga jadi aku menyoal bapaku.
"ayah..semalam ayah ke yang azankan airel..."
"huh mana ada ayah baru azankan pagi tadi sebelum kamu bangun.."
aku mula bertambah bertambah keliru. siapakah lelaki itu?.
aku terasa putingku dilepaskan menandakan zairel nafri sudah tidur. segala tanda soal yang bermain difikiranku aku lupa bila melihat muka polos bayiku.************************************
"Boss nampak gembira je?"soal pemandu peribadinya.
"Dia dah melahirlan anak aku..gila tak gembira"
"Alhamdulillah..siapa nama dia boss"
"Zairel nafri..cantikkan nama dia"
"Wuih nama sedap mesti nanti hensem"
"Itu sudah semestinya tengok bapa dialah"
Aku tahu aku masih dalam kawalan polis. Aku hanya 'meminta' izin keluar sahaja.
Duit semuanya akan jadi 'boleh'.
***********************************
Sorry korang lambat update busy lately. So sis update 2 chapter untuk korang!!!🙋♀️🙆🏼♀️🙆🏼♀️🙆🏼♀️
YOU ARE READING
5 PENDOSA
Mystery / ThrillerZairel dibesarkan oleh ibunya tanpa mengetahui siapa bapanya. Ketika zairel menginjak 18 tahun zairel baru mendapat tahu bahawa ibunya telah dirogol oleh 5 orang lelaki dan antara 5 lelaki tersebut adalah bapanya. Zairel betekad untuk mencari perogo...