Liana semakin pulih walaupun masih tiada senyuman tetapi liana sudah dapat menerima kenyataan dan bangkit dengan dendam yang tersemat.
Kini liana boleh pulang cuma menunggu keputusan ujian urine testnya. Diana dan ibu liana mengemas segala perkakas.
3 petang 1 march
Doktor masuk dan duduk disebelah liana. Doktor zarina memegang tangan liana.
"Adek harap bertenang ujian urine test dah keluar dan...adek disahkan mengandung .." Liana menekup mulutnya manakala ibu liana yang mendengar keputusan tersebut terus pengsan.
Diana terduduk kelu lidah untuk bersuara. Barang yang dipegang semuanya terjatuh.
Segalanya menjadi suram dan tegang seketika.
Sepatutnya kehadiran seorang cahaya mata adalah perkara yang menggembirakan tapi tidak untuk liana dan keluarganya.
Liana mengalirkan air matanya untuk kesekian kali. Jari jemari liana mengenggam kemas selimut menahan sakit+sebak dengan maklumat yang disampaikan doktor.
Ya allah aku masih muda untuk melahirkan anak ini? Mampukah aku menjaganya sedangkan aku sendiri tidak tahu siapa ayah kandungnya?. Ya allah mampukah aku memberi segala kebahagian padanya ya allah.
Semuanya terasa kelam. Tiada cahaya atau jalan yang dapat menarik liana daripada segala kegelapan.
***********************************
Ibu liana yang tadi pengsan dibawa ke katil sebelah. Doktor memeriksa ibu liana. Beberapa jam kemudian doktor memberitahu bahawa ibu liana hanya terkejut. Lega dihati liana tetapi perasaan bimbang masih menyelubungi dirinya.
YOU ARE READING
5 PENDOSA
Mystery / ThrillerZairel dibesarkan oleh ibunya tanpa mengetahui siapa bapanya. Ketika zairel menginjak 18 tahun zairel baru mendapat tahu bahawa ibunya telah dirogol oleh 5 orang lelaki dan antara 5 lelaki tersebut adalah bapanya. Zairel betekad untuk mencari perogo...