Seusai mandi zaridt memberi t shirt dan seluar dalamnya.
"Ah...nnti saya beli baju eh..lupelah.."
Liana malas untuk bertekak jadi liana turuti sahaja. Setelah selesai zaridt meminta liana duduk disebelahnya.
Zaridt mengeringkan rambut liana. Aroma syampu yang dibeli untuk liana melekat di rambutnya.
"Wangi.." zaridt berbisik di telinga liana.
"So...baru lepas mandikan.."
Zaridt menyambung mengeringkan rambut liana sambil tersenyum. Comelnye dia ni aku nak peluk kuat kuat je rasa bisik hatinya.
"Ah awak..anak kita dh balik"
Liana memandang tepat pada zaridt
"Apa maksud kau?"
"Maksud saya anak kita dah balik rumah saya dia ade kat bawah..tapi buat masa sekarang saya kene kurung dia.."
"Kau nak buat apa dengan anak aku hah!!" Suara liana meninggi sehingga zaridt terpaksa menekup mulut liana.
"Shhh...polis ade kat rumah ni dia jaga rumah ni sebab.."
Liana menarik tangan zaridt daripada menekup mulutnya.
"Sebab ape?!"
"Sebab ada orang nak bunuh saya
...""Hah?!"
"Okay saya nak awak tarik nafas dulu...dengar apa saya nak cakap" zaridt memegang bahu liana dan beralih ke jari jemari liana dan gengam kemas.
"Awak tahu tak hazmint,arip,faridt dengan syakir dah mati...dorang kene bunuh..dan polis syak saya akan jadi mangsa terakhir..sebab polis kaitkan dengan kes..kes...10 tahun lepas.."
"Sia...siapa pembunuh tu..kau tahu ke?!! Siapa..tak..takkan..."
"Liana! Sabar..polis tak tahu siapa pembunuh tu..tapi saya tahu..pembunuh tu...anak..anak kita.."
Airmata liana berderai. Allah!. Apa dah jadi.. liana menangis teresak esak.
Liana memandang zaridt dengan amarah lanats dia memukul mukul zaridt sekuat hatinya.
"Ini semua salah kau!!! Salah kau!! Kalau kau tak buat bende 10 tahun lepas tak jadi anak aku takkan jadi pembunuh!!!!! Kau tak guna! Tak guna!"
Zaridt memeluk liana kuat untuk menghentikan liana daripada terus meracau.
"Salah kau..kau yang buat anak aku jadi pembunuh! " liana masih lagi menangis teresak esak hatinya seakan berkecai menjadi serpihan namun dalam masa yang sama dia lega yang si jahanam itu sudah mati.
Setelah liana seakan reda zaridt meleraikan pelukannya.
"Liana, saya tahu zairel buat semua tu sebab dia sayangkan awak..dia marah sebab mamanya diperlakukan macam tu...saya tak salahkan dia sepenuhnya..jadi aku nak selamatkan dia daripada meringkuk dalam penjara. Sebab tu...saya kurung dia untuk sementara dalam bilik kebal bawah tanah.."
Liana memandang zaridt dengan penuh tanda tanya.
"Anak aku okay...kau bagi makan tak kat dia? Boleh aku jumpa dia!? Bagi aku jumpa dia? Aku rindu dia" Liana bangkit ingin bertemu dengan anaknya.
"Anak kita selamat makan pakai semua saya dah sediakan tapi kene tunggu polis pergi baru sayang boleh jumpa dia okay?"
Zaridt memegang tepi wajah liana sambil ibu jarinya menghentikan airmata liana.
"Sayang awak kuat..takmo nangis nangis okay.." zaridt mencium ubun ubun liana.
Liana menolak dan berbaring. Liana tidak tahu apa yang dirasakan banggakah aku anak aku lakukan begitu?. Celaru.
Liana berbaring membelakangi zaridt.
Zaridt mematikan lampu dan menempatkan dirinya disebelah liana.
Zaridt ingin memegang bahu liana menenangkannya namun hati zaridt berkata mungkin dia inginkan masa bersendirian.
Zaridt menelentang memandang dinding diatas. Lama sehingga matanya hampir terlelap.
Namun zaridt tersedar apabila zaridt merasakan hangat tangan liana memeluk badannya.
Zaridt berpusing dan menyambut pelukan liana.
"Aku nak lelaki yang melindungi aku..macam bapak aku..aku perlukan lelaki yang hormat aku sebagai perempuan sayang aku sebagai wanita...selepas bende tu jadi aku takut nak percaya lelaki...aku takut nak kenal mana mana lelaki..tanpa aku sedar aku mendambakan kasih sayang lelaki." Liana bersuara lemah.
Zaridt mengusap sambil mencium rambut liana. Zaridt menjauhkan sedikit mukanya untuk menatap mata liana.
Zaridt menggosok lembut pipi liana.
"Aku minta maaf aku buat kau trauma..aku bodo dulu...aku terlalu pentingkan persahabatan daripada cinta..aku korbankan kau wanita yang paling aku sayang sebab aku takut kehilangan sahabat..aku bodoh! Bodoh liana dan sekarang aku menyesal aku tak pilih kau...jadi izinkan aku...beri aku peluang kedua untuk betulkan kesilapan ini...kalau bunuh aku puaskan hati kau..kau bunuhlah aku...tapi satu je yang takkan pernah aku ubah..cinta aku pada kau..cinta aku takkan berubah tapi semakin hari semakin bertambah.."
Mata zaridt dan mata liana bertembung.
"Aku jijik lebih jijik daripada najis..."
"Liana...tolong...bagitahu aku macam mana aku nak hilangkan rasa tu..bagitahu aku..please aku merayu..."
Liana melihat airmata zaridt berderaian jatuh.
Liana mendekatkan dahinya pada zaridt.
"Aku boleh bagi kau peluang..lepas kes anak aku selesai..kahwini aku.."pinta liana.
Zaridt tersentak kegembiraan.
"Sumpah janji!! Aku kahwini kau...terima kasih liana terima aku..."zaridt memeluk liana kegembiraan.
Liana meleraikan pelukan dan merangkul leher zaridt dan mencium bibir zaridt. Zaridt membalas semakin lama semakin Rakus. Sudah lama zaridt mendambakan rasa ini.
Lidah zaridt masuk kedalam mulut liana berlaga dengan lidah liana. Lama.
Liana meleraikan ciuman dan kembali memeluk zaridt.
Zaridt mencium dahi liana. Walaupun dia merasakan 'tergantung' namun itu sudah cukup membahgiakan hatinya. Apabila liana mampu menerimanya sedikit demi sedikit
YOU ARE READING
5 PENDOSA
Mystery / ThrillerZairel dibesarkan oleh ibunya tanpa mengetahui siapa bapanya. Ketika zairel menginjak 18 tahun zairel baru mendapat tahu bahawa ibunya telah dirogol oleh 5 orang lelaki dan antara 5 lelaki tersebut adalah bapanya. Zairel betekad untuk mencari perogo...