“aku nak ajak kau kahwin. ” melulu Rayyan ni.
“pfttt serius ah?! kenapa suddenly sangat? cepat gila do. ” sampai tersedak Mia dibuatnya.
Rayyan mengangguk.
“aku dah bagitau ayah kau. aka bapak mertua aku. dia okay je. nak taknak kau kena okay jugak. kau pun dah habis belajar. aku taknak dengar alasan. ”
“kau ni biar betul? aku tak jumpa mak ayah kau lagi pun. chillek ah. ” keluh gadis itu.
“besok aku bawak kau jumpa.”
“takyah ah. aku tak ready.” Mia cuba mengelak.
“pukul 9 aku ambik kau. ” Rayyan tetap dengan pendiriannya.
“ishhh nyesal aku habaq aku syok kat dia lagi. ” omel Mia sendirian.
“apa? kau cakap apa tadi? ” omelan Mia tadi didengar jelas oleh Rayyan.
“eh takde - takde. ” berderau darah si Mia ni. ingatkan Rayyan tak dengar.
baju merah jambu labuh hingga ke lutut dipakainya kemas. tudung bawal satin dibiarkan labuh menutupi dada. dia hanya memakai bedak dan lipstick agar tidak terlalu bertabarruj. pakaiannya persis seperti ustazah.
“dipersilakan masuk, ustazah? ” perli Rayyan.
“ha ni la masalah orang Malaysia. pakai tudung labuh, baju longgar sikit dah dilabel acah alim la apala. ”
“ada aku cakap kau acah alim ke? aku panggil kau ustazah . ustazah memang alim kan? ”
“gelaran ustazah tu tak layak bagi aku. ” Mia tahu akan kekurangan dirinya. siapalah dia pada pandangan Tuhan. hanya sekadar hamba penderhaka.
Rayyan hanya mampu menggelengkan kepalanya. tak sangka, disebelahnya sekarang adalah bakal isterinya. untungla dapat isteri macam ustazah.
***
“soo ma, pa, this is Mia. ” Rayyan memperkenalkan Mia kepada mama dan papanya.
Mia hanya tersenyum.
“pehal mak dia ni macam tak suka dengan aku je pun. ” kata Mia dalam hatinya.
“ohh ni la Mia. Rayyan banyak cerita pasal awak. ” Dato Khairuddin memulakan perbualan.
“yeke? pasal apa eh? ” soal Mia ingin tahu.
“tanyala dia sendiri. ” Dato Khairuddin malas panjangkan cerita.
“ehem...Rayyan ingat nak buat akad nikah sekali dengan majlis. senang. ” Rayyan menukar topik.
“bila nak buatnya? ” papa Rayyan ni memang sporting. lagipun mereka sudah setuju untuk mengadakan majlis perkahwinan untuk anak mereka. setelah perbincangan dengan isterinya. mereka juga telah setuju untuk membuang dendam yang terpendam.
“next month? ” jawab Rayyan dengan muka bersahaja.
“uish. awalnye. taknak kenal - kenal dulu ke? ” keputusan Rayyan terlalu mendadak bagi Dato Khairuddin.
“kitaorang dah kenal la. lama sangat dah. dah faham perangai masing - masing. ” tambah Rayyan.
“kalau macamtu takpela. nanti mama dengan papa akan tolong apa yang patut. ” terpaksa akur dengan keputusan anaknya.
setelah selesai berbual mengenai majlis perkahwinan mereka, Rayyan menghantar Mia pulang.
“so ..okay tak lepas jumpa mak dengan bapak mertua? ” pertanyaan Rayyan menghentikan lamunan Mia.
“okay. tapi mak kau tu..kenapa tak cakap apa - apa pun? dia tak suka aku eh? ” Mia mula mengesyaki sesuatu.
“mana ada . dia okay je. mood tak berapa elok la tu. ” Rayyan cuba menenangkan Mia. tidak mahu perkahwinan mereka dibatalkan hanya sebab itu.
“hopefully camtulah.. ”
“kau okay kan aku ajak kahwin ni? ”
“entahla. ”
“aku dah tak nak kau lesap macam dulu lagi...”
“takpe. aku okay kalau kau okay. ” kata - kata Rayyan tadi membuatkan pipi gebunya tampak kemerah - merahan .
sementara itu, Datin Ruhailah masih memikirkan cara untuk membatalkan pernikahan anaknya dengan anak kepada musuh ketatnya.
“aku kena cari cara...”
—***—
2 minggu berlalu. persiapan perkahwinan hampir siap semuanya. tinggal mengagih - agihkan kad jemputan sahaja.
“ taksangka member aku ni dah nak kahwin. ” sakat Lyn sambil memasukkan telur rebus kedalam bekasnya.
“hakikatnya macam tulah. kau dengan Amirul tu camne? ” giliran Mia menyakat pula.
“aku? Amirul? eww tak kuasa. ” Lyn membuat muka nak muntah.
“eleh. tak kuasa kononnn. ”
sementara itu, Rayyan dan Amirul sibuk memantau pemasangan khemah.
“broo kahwin dengan orang yang kau pernah reject? apa cer broo ” Amirul melawak. seakan tidak menyangka Mia yang dulunya pernah direject oleh sahabat karibnya kini bakal menjadi isteri kepada orang yang pernah merejectnya.
“kalau dah namanya jodoh. apa boleh buat? ” Rayyan ketawa kecil.
“hahahha sejak dilamun cinta ni pandai rangka ayat . ” Amirul mengelap mukanya dengan tuala kecil. berpeluh.
“shhhh. kat depan kau ni, bakal suami dan bakal papa kau tau? ”
“aku doakan kau bahagia hingga ke syurga! sebagai balasan,, doakan aku jadi dengan Lyn tu pun ok. AUMM!! ” tak putus asa Amirul ni.
“OOO NAKKAN BALASAN!! APA - APA PUN, AMINNN!!! ”
“HAHAHHAHA”
itulah gelak tawa dua sahabat karib dari zaman sekolah menengah lagi.
***
“Kirinn!! HOT NEWWS!! Rayyan dengan Mia dah nak kahwin. lagi 2 hari !! ” jerit Linda.
“ohh okay. ” reaksi yang diberikan oleh Kirin seakan tidak terkejut akan hal yang didengarinya.
“kau ni..dah putus asa ke? ” tanya Linda.
“dah nak kahwin dah pun. apa aku boleh buat? ” nadanya seakan hilang semangat. mana taknya, semua rancangannya tidak pernah berhasil. malu je yang dia dapat.
“ni bukan Kirin yang aku kenal. kau pernah cakap , selagi Rayyan bukan milik kau, selagi tu kau takkan putus asa kan? mana kata - kata kau tu? ” Linda cuba menyuntik semangat baru dalam diri sahabatnya.
“kita tak akan bahagia atas penderitaan orang lain. kau yang cakap dekat aku. biarkan. aku tau mak Rayyan takkan duk diam. dia akan buat sesuatu. and kau perlu tau, mak Rayyan lagi kejam daripada aku. wait and see. ”
![](https://img.wattpad.com/cover/203351047-288-k347066.jpg)
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...