telapak kaki ini masih mahu menapak pergi, membawa diri, meneruskan destinasi. telapak tangan ini masih mampu berkudratkan pahlawan, bergenggamkan taufan, bercalarkan umpan. kantuk matanya tidak dihirau keletihan, sanggupnya meredah sakit perih demi berkorban.
bebanan yang dipikul jangan dibiar ada sentiasa. dosa yang digeruni biarkan sahaja menumpahkan hiba. air mata yang kering mungkin bisa membanjiri kembali. dalam fasa merindukan Tuhan, biar pahala sentiasa datang mengiringi. biar keuzuran tidak menghilang demi kekuatan terus mendatang.
DIARY | — 251219 —
Damia POV
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudah menjelaskan semuanya, Tuhanku.
Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
“asal ajak aku datang sini?” tanya Rayyan seusai keluar dari keretanya.
“kau tak ingat?”
Rayyan menggelengkan kepalanya berkali - kali.
“tak apa. dulu, sini la tempat kita kenal balik, gaduh dan baik balik. kat sini la kau pernah bagi surat dekat aku. ” memori lama menyuntik kembali.
“surat? aku tulis apa dalam tu?” seakan benar - benar tidak mengingati apa - apa, Rayyan bertanya untuk sebuah kepastian.
raut wajah Mia semakin layu, mungkin kecewa kerana Rayyan tidak mampu mengingati saat - saat itu juga. entah di mana kenangan Mia dengan dia.
“tak apalah. ” malas panjangkan cerita yang orangnya sendiri tidak mengingatinya. mereka menuju ke sebuah pantai kira - kira 6km dari pulau tadi.
“ni -- ” belum sempat Mia menghabiskan ayatnya, Rayyan terlebih dahulu memotong ; “tempat aku minta maaf kat kau?”
“kau ingat? ”
“tak semua. mungkin kat sini tempat favourite orang yang Rayyan suka? ”
Mia tersenyum kembali. “syukurlah, ada jugak aku dalam ingatan kau. ”
“Mia, haritu time aku jumpa dengan mama, aku ada bagitau dia aku nak kahwin dengan kau. ”
“kalau betul Rayyan dulu sayang sangat dekat Mia ni, Rayyan yang sekarang takkan biar cinta dia disia - siakan. ”
“kau serius ke boleh?”
“pelan - pelan. mungkin aku tak boleh ingat semua kenangan dengan kau dulu. tapi aku nak creat another memory, new memory. with you, Mia.”
mendengarkan kata - kata Rayyan itu, senyuman penuh kegembiraan terukir dibibirnya.
“em...so bolehla ni?” tanya Rayyan dengan nada manja.
“what?” Mia menyoal balik.
“sambung kisah cinta Rayyan dan Mia dulu?”
“taknak.”
“aik. pahal pulak?”
“kalau Rayyan 2.0 ni betul - betul nak sayang aku macam dulu, tolong dengan cara yang betul. ”
“kahwin?”
Mia menganggukkan kepalanya.
“no worries. kau tinggal letak tarikh je. ”
“aku taknak la macam dulu. trauma. tak perlu pun grand - grand. kita akad nikah dulu, majlis tu lain kali bila kita ready, okay? ”
“aku okay je. ”
happy tu memang happy. namun aku masih takut, takut jika perkara sama berulang lagi. tolong, jangan kecewakan aku lagi.
/////*****///*
“thankyou very much dear. aunty minta maaf minta kamu balik Malaysia tiba - tiba.”
“no problem aunty. untuk Rayyan, apa - apa pun Kirin sanggup buat. ”
“soo..how's our next plan?”
“cara lembut tak jadi, kita guna cara kasar. ”
“boleh berjaya ke?”
“hello? pernahke rancangan aunty tal berjaya?”
“berjaya tu berjaya la tapi at the end hancus jugekk. ”
“eh eh. no no. kalini serius jadi. ”
“promise me?”
“ I PROMISE. ”
****////****
“papa ikut je. tapi mama? ”
“Rayyan dah tak kisah pa. Rayyan dah bagitau dia. dia setuju ke tak Rayyan dah tak kisah. papa tolong pujuk mama. walau apa yang dia buat kat Rayyan sangat - sangat teruk, Rayyan masih hormat dia. ”
“kamu proceed je la Rayyan. bukan papa tak cuba, dah berkali - kali papa cuba nasihatkan mama kamu tu. dia masih tak boleh lupakan dendam dia.”
“hanya sebab arwah mak Mia tu isteri muda atuk? dahla pa. Rayyan dah bincang drngan keluarga Mia. Mia dah set tarikh. 6/1 next year. lagi cepat lagi bagus. ”
“baiklah. tapi, kamu cintakan Mia lagi?” tanya Datuk khairuddin menginginkan kepastian.
“Rayyan yang dulu masih sama dengan Rayyan yang sekarang pa. ”
“maybe because she's the biggest flex for you. ”
“she's bigger than anyone and anything.”.
////****/////
••' “biarkan Dia menguruskan ceritamu. dan kamu, uruskan rasa hambamu. ” — Hadi Fayyadh
••' “when you keep the peace with yourself, you also bring peace to others. ” — Jumana
••' “don't follow the majority, but follow the right way.”
“(mengapa mereka tidak beriman?) adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?” [ At-Tur 52:35 ]
❏ ؛ أعوذ بالله من حزن أن بصمت يستهلك القلب »
⎚🔌 ⇋ ❲ I seek refuge in Allah from grief that silently consumes the heart ✾ ❳
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...