18

260 29 0
                                    

“hello? boleh tak kau teman aku cod malam ni?  ” soal Mia.

“waalaikummussalam. takleh ar. aku ada kerja malam ni. ” Rayyan cuba menyorokkan tentang party itu dariada pengetahuan Mia.

“kau nak pergi mana? kerja? kerja apa yang kau buat?” bertalu - talu soalan dari Mia.

“adalah. kenapa kau nak tahu?  ” Rayyan menanya pula.

“salah ke? ” taknak kalah Mia ni.

“well kita tak ada apa - apa kan so --” 

“oh ye betul tu tak ada apa - apa. k chaw!  ”

— Mia menamatkan panggilan —

* malam itu di party Kirin *

“mana dia?  ” Linda yang dari tadi tidak melihat kelibat Rayyan mula hilang sabar.

“kau sabar jap boleh tak? nanti datanglah tu.  kalini jadi punya!  ” Kirin meneguk segelas air apple .

“ha!! he is comingg !! ” Kirin berlari anak ke arah Rayyan.

“hai Rayyan!  ” tegurnya.

“hai? ” balas Rayyan melayan.

“eh jom la masuk. ”

“takpela. aku duk luar je.  ” suasana di luar lebih menenangkan bagi Rayyan.

“eh masukla kau tetamu special tau ! ” bagi memastikan rancangannya kalini berhasil, dia perlu mengajak Rayyan masuk ke dalam condominium-nya.

“oh okay..” apakan daya, dia terpaksa melayan kehendak tuan rumah.

“Rayyan, minumla dulu. kau tak rasa apa - apa pun lagi. ” Kirin menghulurkan segelas air orange yang sudah bercampur dengan ubat tidur.

“oh thanks ” air orange tadi diteguknya laju. dahaga agaknya.

“yes !! ” Kirin tersenyum licik.

“eh kau sembang - sembang la dulu. aku ada kerja jap. ” Kirin meninggalkan Rayyan.  menunggu ubat tadi menjalankan tugasnya.

perlahan - lahan Rayyan terlelap di sofa.

melihat kepada situasi itu, Kirin dengan segera memapah Rayyan naik ke biliknya tanpa disyaki sesiapa.

biliknya dikunci dan bermulalah titik gelap dalam hidup Rayyan.

*11 tengah malam *

“apa yang dia dah buat dekat Kirin?! ” soal Datin Maria. ibu Kirin.

“Kirin tak tahu. sedar - sedar je baju kirin dah terkoyak rabak. ” Kirin cuba meletakkan Rayyan sebagai watak antagonis dihadapan keluarganya.

“kau kena bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat dekat anak aku ! ” Datin Maria meninggikan suaranya. tidak suka anaknya diperlakukan sedemikian rupa.

“saya? hello aunty, saya tak buat apa - apa pun dekat dia!  tolong jangan fitnah saya!  ”  Rayyan mempertahankan haknya untuk bersuara.

“KIRIN!  BAIK KAU BAGITAU DIORANG YANG KAU DENGAN AKU TAK BUAT APA - APA! ” Rayyan mengharapkan Kirin mampu menarik keluar dirinya daripada situasi yang dihadapinya sekarang.

“maa Rin takut...” Kirin memeluk ibunya.

“dasar jantan tak bermaruah ! aku tak kira. kau kena bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat!  orang ajak kahwin elok - elok begini yang kau nak? pandai ambik kesempatan!  ” Datin Maria hanya memikirkan keadaan anaknya yang dianggap mangsa kepada manusia bernafsu binatang.

“Ya Allah, apa lagi dugaan kalini.. ” mata Rayyan mula berkaca. tidak sangka semuanya sudah dirancang.

***
“Mia, kau kena datang rumah Rayyan sekarang. ”  Lyn seakan tergesa - gesa.

“kenapa? ” Damia tertanya - tanya.

“dia kena tangkap basah. ” nadanya agak sedikit berat.

Mia terkedu. panggilan tadi tidak ditamatkan. dia seakan hilang pertimbangan. Dia terus membonceng skuternya menuju ke rumah Rayyan.

“oh ni la kerja kau? sanggup kan kau tipu aku? ” Mia memandang tepat ke arah Rayyan. lelaki yang pernah meninggalkan memori dalam hidupnya.

“Mia aku --” belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu dipotong oleh Mia.

“stop ! aku taknak dengar apa - apa dari kau. terima kasih ” Mia berlari keluar tanpa tujuan.

“Mia..aku minta maaf..aku ingat kau takkan percaya benda ni, sekarang aku tak ada sesiapa Mia. semua orang tak percayakan aku...” air mata jantannya mula mengalir. dituduh memperkosa anak dara orang, dilemparkan kata - kata kesat, dianggap menconteng arang ke muka orang tua. apa lagi yang perlu dihadapinya selepas ini ?

“Rayyan, kenapa? ”  air matanya membanjiri pipi. kecewa. itulah satu gambaran wajah Mia saat ini.

**

KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now