6/1/2020
perkahwinan mereka kali ini dibuat secara biasa - biasa sahaja. sekadar memenuhi syariat. cincin, hantaran dan sebagainya, hanya bertindak sebagai adat. kedua - dua belah mempelai masih belum sampai ke masjid untuk angkat nikah.
"okay tak ni?" Mia membetul - betulkan baju pengantinnya.
"okay sumpah okay. cantik . " puji Lyn .
"kau tolong telefon kejap tanya diorang dah sampai ke tak. "
Lyn mencapai telefonnya dan men dail nombor Rayyan . "assalammualaikum. dah sampai ke?"
"belum. nak keluar dah ni. " jawab Amirul.
"eish apahal dia ni yang jawab." protes Lyn dalam hati.
"okay. jumpa sana. " - Lyn menamatkan panggilan.
****////****/////****/////***////
"laju la lagi aunty. tak sempat ni." Kirin mendesak agar kelajuan kereta dipertingkat.
"sabar la dah 180 ni. bukan jalan highway. "
"aduhhh nanti kalau diorang dah smpai masjid susah kerja kita. " sumpah tak rilek Kirin ni.
"you duduk situ diam - diam. kita yang drive dia yang bising. " Datin Ruhailah tidak berhenti mengomel.
"ish...ARGHHHHHH!!!!" sedang Datin Ruhailah mengomel sendirian, kereta yang dipandu sudah memasuki lane yang lain dan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.
kereta yang dipandu oleh Datin terjunam ke dalam gaung akibat keadaan kereta yang mempunyai bumper yang pendek yang mengurangkan masa perlanggaran. maka hentakan yang terlalu kuat terhasil dan daya impuls bertambah. kereta lain yang terlibat mempunyai bumper yang panjang hanya tersadung di penghadang jalan kerana mempunyai anti lock brake system yang mengelakkan kereta dari terbabas apabila brek ditekan. eh tiber masuk physic .
***///*****///***///***////**///***
selesai majlis akad nikah, Rayyan mendapat panggilan telefon. setelah panggilan telefon diangkat riak wajahnya bertukar muram. mukanya berpeluh dan kelihatan tidak keruan.
"weh kau nak ergi mana ni??" Amirul memberhentikan diri dihadapan Rayyan.
"hospital. mama kemalangan. "
HOSPITAL TUNKU ROZIAH, BANGI.
"macam mana doktor?"
doktor yang merawat Datin menarik nafas berat. "maaf. puan mengalami kecederaan yang sangat parah. luka yang terhasil menyebabkan salur darah bocor dan darah keluar tanpa henti. jadi jantung tidak dapat mengalirkan darah ke seluruh tubuh. kami sudah cuba yang terbaik, sekarang semuanya berbalik kepada takdir Allah. kuatkan semangat. " doktor tadi menepuk bahu Rayyan.
Rayyan hanya membisu. kelopak matanya dipenuhi air mata yang menunggu masa untuk jatuh hiba. sekali lagi, di hari perkahwinannya, perkara yang menyedihkan berlaku lagi. beginikah rasa kehilangan?
tidak ada perasaan yang dapat digambarkan dari riak wajah Damia saat ini. hanya rasa kosong. kenapa hari yang sepatutnya menjadi hari terpaling gembira tidak dapat menjadi seperti yang diharapkan?
***////****/////****////***///**////****
"(kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredai-Nya ; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan)." - QS. Muhammad 47: 28
"lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar
saja . " - 33:16mati itu dimulai dengan saat kita menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya. tidak ada apa-apanya lagi selain seonggok daging . tubuh yang terbujur kaku dibawa ke kamar mayat. disitu, kita akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. setelah dibungkus kain kafan, jenazah akan dibawa ke kuburan dalam sebuah peti kedap udara. sesudah jenazah dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi dirinya . begitulah kesudahannya. mulai saat itulah, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.
kuburan itu sering dikunjungi selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama. seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. beberapa tahun kemudian, tidak ada seorang pun yang datang . hanya amalan semasa didunia yang menemani dikala sepi.
***///**////**////****//////****////**
semua bertanya mengenai nasib Datin. tapi bagaimana dengan Kirin? syukur kepada Allah. musibah yang dihadapi Kirin membuka lembaran baru untuk dirinya. orang kata musibah ni tanda Allah nak bagi kaffarah atas dosa - dosa kita. tapi bagi Kirin, musibah itu sama dengan ujian. kedua - duanya membawa hikmah dan sederetan pengajaran untuk mereka yang ingin berubah. selepas kemalangan tragis itu, Kirin membawa diri ke sebuah tempat yang tidak diketahui sesiapa. disitu dia memperbaiki akhlaknya, agamanya dan bagaimana dia melihat dunia.
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...