25

230 22 0
                                    


25/11/19

tibalah hari yang ditunggu - tunggu. saatnya membatalkan ikatan haram untuk ikatan yang halal.

pengantin perempuan telah bersedia didalam masjid.  menanti ketibaan pengantin lelaki.

“mana dia ni? dah pukul berapa ni. tok kadi pun dah sampai. ” riak wajah Mia jelas menunjukkan yang dia risau dengan keadaan Rayyan.

“kejap lagi sampai la tu. kenapa? ketaq ka? hihihi. ” Lyn cuba melawak.

Mia menghembus nafas berat.

“kenapa hati aku rasa tak sedap semacam? Ya Allah lindungilah Rayyan...” doa Mia dalam hatinya.

setelah menunggu hampir 5minit, Amirul tiba dengan gaya yang agak cemas.

“pahal kau ni tercungap - cungap macam tak cukup oksigen? ” soal mak Rayyan.

“RAYYAN TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN!!!”

Mia terkejut. hatinya remuk. harini hari perkahwinannya. dan hari ini juga bakal suaminya terlibat dengan kemalangan. seakan tidak dapat menerima suratan takdir, Mia menangis teresak - esak . menyoalkan kenapa mereka diuji sebegini rupa. perkahwinan mereka dibatalkan begitu sahaja. impian untuk bersanding bersama di atas pelamin kini hanya tinggal angan - angan.

“kat mana dia sekarang? ” Ayah Rayyan memginginkan kepastian.

“diorang dah bawak dia pi hospital. ” jawab Amirul

“jom kita pi sekarang!  ”

* setibanya mereka di hospital *

“bagaimana keadaan anak saya doktor? ” puan Maria bertanya kepada doktor Megat selaku doktor peribadi Rayyan.

“ saya harap cik dapat bersabar dan redha dengan takdir Allah . kami dah cuba.  Allah lebih sayangkan dia. ” doktor Megat berlalu pergi.

Mia hanya mampu menangis . semua disitu turut menangis. tidak ada seorang pun yang boleh stay cool.

tidak ada sesiapa yang boleh menjamin sama ada seseorang itu masih boleh hidup dalam satu jam berikutnya ataupun tidak.

————————————————————

“sesunguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ” — 62:8

bila saat jiwa diusung kafan yang kelam, yang menyelimuti mendungnya jasad,  mana mungkin pintu taubat masih terhidang saat keranda memeluk erat.

dimamah bumi bagai bencana yang disiat-siat, mana mungkin bisa terlepas dari tawanan malaikat . hanya tinggal lelah, lusuhlah kudrat.

—————————————————

فَسُبْحٰنَ الَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ...

setelah selesai Mia membaca yasin buat Rayyan, dia menyiram kubur Rayyan .

“Rayyan...aku mintak maaf. walaupun kau dah pergi..aku tak sempat tunjuk yang aku sayangkan kau. tenanglah dialam sana..”

***

baru semalam semuanya seakan mimpi yang indah. namun kini , ianya telah bertukar 360°.

sungguh tidak ku sangka.

kini, kau hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

kehilangan Rayyan merupakan titik gelap dalam hidupku. kenapa aku? kenapa aku yang Engkau pilih? 

tenanglah wahai hati. hidup perlu diteruskan . aku selaku hamba perlu menjalankan perintah Tuhan. mencari bekal agar boleh dibawa bersama diakhirat kelak.

apa yang pergi, tidak akan muncul kembali. dengan itu , ku lupakan kau dengan bismillah...

DIARY | — 261119 —

————————————

KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now