pagi Ahad. hari biasa bagi penganut - penganut agama kristian. pergi ke gereja, solat, mendengar ucapan dari paderi, menyanyi , dan terus pulang. Lyn juga tidak terlepas dari menunaikan tuntutan ini. catholic or not. sama saja. tetap menyembah ruhul kudus yang sama.Kristianism . ya, mereka percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.
“ Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.”
paderi itu membaca bab 15, ayat 1 - 4 , Korintus. diambil dari kitab bible. atau bagi umat Islam, dikenali sebagai kitab injil.
entah kenapa. hari ni dia rasa lain macam. mula timbul persoalan yang tidak pernah timbul selama ini. “benarkah apa yang aku lakukan selama ini. menyembah, menganggung - agungkan seorang lelaki yang tubuhnya kaku tergantung pada kayu berbentuk salib. sedang Yesus tidak pernah menyuruh Kami untuk menyembahnya. ”
dia segera berjumpa dengan Amirul. sejak Rayyan pergi, hubungan mereka semakin rapat. kalau boleh tiap - tiap hari nak jumpa.
“Mirul, aku nak tanya something ni. can ah? ” tanya Lyn.
“ape?”
“ kalau Islam tu tak wujud, kau tak rasa menyesal ke kalau kematian tu yang paling terakhir selepas adanya kehidupan? penat-lelah kau selama ni tiada makna dan hanyalah sia-sia.” soal Lyn. gaya macam nak sangat tahu.
Amirul tersenyum.
“aku takkan pernah menyesal walau Islam tu tak wujud, sebab Islam telah mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Islam sesuai dgn fitrah manusia. mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran. bagi aku Islam adalah agama yang terbaik. apa yang kau perlu buat cuma percaya dan taat. yakinlah bahawa Allah itu dekat.”
“ohhh gitchuu. ” Lyn mengangguk faham.
“asal tanya ? ” soal Amirul balik.
“takdelah. saje. ”
“by the way kan, kalau aku nak tau ape - ape lagi pasal Islam boleh aku tanya kau kan?”
“boleh.. nak tau ape? ”
“banyak. ”
Lyn ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Islam. kenapa perlu ada halal dan haram. kenapa Islam itu seakan - akan mengongkong. kenapa setiap tahun pasti ada orang kristian yang convert masuk Islam. ada apa dengan Islam? ya itu yang dia mau tahu.
“okay..kalau kau nak malamni jom ikut aku gi masjid. kau boleh dengar ceramah. ”
“masjid? are u serious Amirul? ” terkejut Lyn dibuatnya. mana taknya, mana pernah terfikir dalam benaknya untuk berkunjung ke rumah ibadat agama lain.
“yes. why? ”
“boleh ke? ”
“kenapa tak boleh. kau bukannya najis . ”
------------------------------------------------------
malam itu. dia mengikut Amirul ke masjid. buat pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah ibadat agama lain. kerana menghormati kepercayaan agama lain, dia mengenakan selendang dan berjubah labuh. sewaktu jemaah masih menunaikan solat isyak, dia berada diluar. sempat lagi mengendap. for the first time dapat tengok umat Islam solat.
setelah selesai solat isyak, dia masuk ke saf perempuan. jemaah perempuan yang lain terpegun melihatnya. sungguh, dia benar - benar kelihatan seperti seorang mualaf.
dengan penuh penghayatan Lyn memberi tumpuan kepada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hafizul Iman.
“Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am:164 :
وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا
Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.”
“setiap manusia itu tidak akan memikul dosa orang lain. kenapa? hadirin yang dikasihi Allah SWT, Allah itu adil . kita yang buat salah takkan orang lain yang akan terima azab? ”
“ dalam firmanNya yang lain, surah Fatir ayat 18.
Maksudnya: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.”
Lyn keliru. kenapa di gereja kami diberitahu bahawa Yesus mati di atas salib untuk menanggung dosa kami. mana yang betul. persoalan demi persoalan . belum ada jawapan. kurang pasti. serabut.
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...