tampak seorang gadis ayu bertudung labuh. memakai baju yang labuhnya hingga ke paras lutut. berserta seluar vintage longgar keluar dari pasaraya besar Mydin . baru lepas beli barang dapur nampaknya.
"Mia, aku nk bagitau something ni! " jerit Amirul dari jauh.
"sebelum Rayyan meninggal, dia ada pesan dekat aku. kertas yang dia bagi kat kau time last Reunion kt Pulau Dayang Bunting tu. kau tak baca lagi kan? "
Mia mengimbas kembali memori sewaktu di Pulau Dayang Bunting. ya aktiviti terakhir sebelum mereka berangkat pulang.
"haah. asal eh? "
"dia nak kau baca bila dia dah pergi. so kau bolehla baca sekarang. " Amirul menyampaikan amanah.
"kenapa dia cakap macam dia tahu apa yang akan berlaku?" Mia sedikit keliru.
"aku pun taktahu. " balas Amirul
"by the way thanks. "
Mia membonceng skuternya selaju yang boleh. tak sayang nyawa ke Mia ni.
setibanya dia dirumah sewanya, Mia segera menaiki tangga menuju ke biliknya. Dia membuka laci dan mengambil sampul berwarna pink dan membukanya. isinya dikeluarkan.
"masih ada bedak - bedak ni. " Mia tersenyum kecil.
kertas itu dibuka.
---------------------------------------------------------
Assalammualaikum, Damia Arysa binti Khairuddin. dorang suruh tulis apa - apa yang kita nak sangat tulis kan? so here's benda yang aku nak sangat tulis. harap kau dah tak marahkan aku lagi la time kau baca ni.
okay kita tb tahun 2014 . for the first time ada awek ngorat aku wey. tryhard gila. dahla pendek. tapi pendek - pendek pun comel hakhak. tak sangka awek tu kau .
tapi kesian. efforts kau diabaikan. aku layan kau macam tak wujud. kau mesti taktahu benda ni. aku akan bagitau jugak nanti. and aku yakin, time kau baca surat ni kau memang dah tahu. ye. aku sukakan kau jugak. kau tak pernah bertepuk sebelah tangan. kau tak pernah kena friendzone. aku sembunyikan perasaan aku sebab aku terpaksa. kalau tak memang aku dah jerit bagi satu sekolah tau yang aku pun sukakan kau. aku terpaksa kapel dengan Kirin. mak aku tak pernah nak dengar cakap aku. tetap dengan dendam dia tu. but it's okay until kau blah. aku dah macam hilang akal do. tapi kau nak lari mana? Melaka tu sebelah Bangi je sia HAHAHAH. aku stalk kau everyday. kau je taktahu. lain kali nak hilangkan diri hilang la jauh - jauh kit. eh tapi jangan jauh sangat nanti abang Rayyan rinduu. hehe.
anddd kau mesti tak percaya kan aku dah convert? percaya jela. aku dah cerita kan? ye Rayyan dulu badboy, annoying, gedik la apala. tapi Rayyan sekarang dah berjaya buat jantung kau berdegup sama laju macam dulu kan? hahaha Mia. kau masih tak faham.
Mia, walau suatu hari nanti aku ditakdirkan pergi dulu, ingatlah. kita masih dibawah langit yang sama . walau hakikatnya, alam aku dah lain dari alam kau. aku taknak kau sedih. jangan bagi air mata kau jatuh sebab aku. cukuplah time aku abaikan kau dulu. aku dah taknak tengok kau sedih. kau kena redha. mungkin aku bukan JOdoh kau. mungkin jodoh kau tu nama dia mula dari huruf R jugak? hehe ramalan je. aku nak kau mulakan hidup baru. kejar cita - cita kau. dan yang paling penting jangan lupa Allah.
i love you. ❤
- Rayyan
--------------------------------------------------------
mata yang bergenang ditahan dari terus berkaca. senyuman yang indah terukir dibibir Mia. ya, memang susah untuk diterima. namun , inilah hakikat hidup. tidak selalunya berakhir seperti yang kita inginkan. hidup ini bukan kau yang punya. jadi, kita sebagai hamba perlu mengikuti alur ceritanya. walaupun terpaksa.
tetaplah berharap bahawa Allah punya plan yang jauh lebih baik daripada apa yang kita rencanakan.
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...