MASJID AL HUSNA, BANGI , Ustazah Fadhilah Abdul Rashid
“ 'iffah itu bukan sekadar menutup aurat, bahkan ia adalah suatu hijab untuk kita menutup segala ruang fitnah kepada diri dan kepada agama Islam. laman sosial bukan lesen untuk bermudah-mudahan dalam menutup aurat. niqab bukan trend, tudung labuh bukan style, sudah bernikah bukan lesen untuk tayang kemesraan. 'iffah itu suatu kehormatan yang tinggi yang tidak mudah kita beri kepada sesiapa kecuali yang berhak, yakni diri sendiri dan ahli keluarga kita. ”
MASJID AL INSAN, GOMBAK
“ tidak melakukan sesuatu kemungkaran lebih mudah daripada bertaubat. ya benar Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, sedangkan walau kita terhindar daripada kejahatan kita masih dipersilakan dan dituntut untuk bertaubat. beratnya kerana menyesal, bagaimana mahu pulihkan?”
“mengapa beria ingin bertaubat daripada dosa kemungkaran dan kemaksiatan sedang masih diizinkan untuk memohon keampunan walau dengan sedikitnya kekhilafan dalam melakukan sesuatu tindakan? mengapa perlu meletakkan syarat, berbuat dosa besar dahulu dalam jangka masa yang lama baru boleh bertaubat? bawa-bawalah hati yang kering itu untuk berubat. ”
MASJID AL HIDAYAH, BANGI —
“ wanita tahrim, wanita yang pakaiannya lusuh dan berharga murah namun tidak malu untuk tetap menjaga, mereka yang tidak memuat naik gambarnya dan ketika berada di luar pakaiannya juga biasa-biasa. tidak termasuk aku. tidak juga termasuk mereka yang berniqab, berpurdah, bertudung labuh yang pakaiannya serba selesa. kemudian menjadikan gambar mereka sebagai medium dakwah yang berketerangan ayat-ayat yang dipenuhi mutiara. bukan juga yang kerap mengumbar swafoto. bukannya juga yang tidak ingin memandang dan dipandang tetapi hakikatnya hati meronta-ronta untuk dipandang solehah. yang dimaksudkan itu, wanita yang wajah dan segenap tubuh mereka tidak wujud di mana-mana media.”
MASJID KAIRIAH SUNGAI BESI
“berbuat dosa dan menyangka ia tidak akan diampuni — ini juga merupakan bentuk tidak bersangka baik dengan Allah SWT. jangan lupa, Allah ialah Al Ghaffar. Maha Pengampun. walau sebesar mana pun dosa yang dilakukan, segeralah bertaubat dengan sebenar - benar taubat. dan yakinlah Allah SWT mendengar doa kita dan akan memaafkan kita. ”
“para ulama’ berpendapat makna bersangka baik kepada Allah SWT dengan percaya Allah SWT maha penyayang dan maha pengampun. ”
ALL I WISH FOR, ZOE KHALID
“what I have lost was indeed great but, my heart is at ease knowing that what is about to come is only going to be the greatest because Allah does not take away anything except that He replaces it with something better. Allah does not close a door except that He opens another door. a better door, a bigger door, a beautiful door. ”
------------------------------------------------------
sedang aku cuba menghabiskan helaian terakhir novel All I Wish For, written by Zoe Khalid, telefonku berdering .
“ Hoiii!!! ” siapa lagi kalau bukan Damia.
“woo baru ingat nak telefon aku ke?” soalku. mana taknya dah seminggu tak ada call langsung.
“alaa sorry la beb aku busy cari bukti pasal Rayyan. weh beb aku nak cerita ni jangan terkejut. ”
“okay what was that? sounds interesting leee. ”
“Rayyan dah tau semuanya. ”
“SERIOUS LA? DAH TAU YANG DIA RAYYAN YANG HAMPIR KAHWIN DENGAN KAU?” terkejut Lyn dibuatnya.
“haah! aku pun tak percaya do tapi ni la dinamakan takdir. aku bersyukur weh!! ”
“whoaaaa. that was nice dooooo!!! ”
“tula kan. by the way acane hidup kau? everything okay?”
“okay la...macam biasa je. ” jawabku masih belum ready untuk bagitahu dia yang aku dah convert to Islam.
“kau dengan Amirul cane? okay? ”
“aku? dengan Amirul? why? okay je. ”
“takdela. aku tengok Amirul tu suka kat kau. taknak make first move ke? ” eee penangan lama tak dapat sakat aku.
“eeee takda la. awal lagi. tunggu kau dengan Rayyan. ” sakatla balik tunggu lagi.
“insyaAllah..okay aku ada keje ni. take care!! love youu muahhh! ”
— paggilan diletakkan —
busy na member aku ni. cepatlah balik Malaysia Mia. aku tak sabar nak tunjuk kat kau new look aku. mesti kau terkejut gila.
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...