setibanya Mia dirumah sewanya, wajahnya tidak seperti kelmarin dulu. memang muka happy gila. Mia berpusing - pusing seakan princess. hari ini, merupakan hari paling bahagia dalam kamus hidupnya.
“ha dah pehal kau ni ? terpusing - pusing. ” tegur Lyn.
“ada ah...” masih terpusing - pusing agaknya.
“kenapa? ada orang tersalah bank in RM1000 ke kat dalam bank kau? ” Lyn cuba meneka.
“lagi teruk dari tu. ” Mia melabuhkan punggungnya di sofa.
“ape? ”
“RAYYAN SYOK KAT AKU! ” jerit Mia beriya.
“SERIUS AHHH!! ” Lyn juga ikut terjerit. terkezut habis.
Mia mengangguk laju.
“dan kau pun suka kat dia? ” tanya Lyn.
“mula - mula macam tak pasti. tapi tadi aku sendiri pergi cakap yang aku suka kat dia do. macam hati aku ni yang cakap. ” bersungguh - sungguh Mia menceritakan peristiwa tadi kepada Lyn.
“ha bagusla tu. bila dia nak meminang kau? ”
“eh kau yang tak sabar pulak. aku yang dia confess ni pun rilek je. awal lagi kot. chill k? ”
“habistu..yang mamat kaya tu sape? ” tanya Lyn lagi.
“mana pulak kau ni? ”
“halah yang allergic kacang tu. ”
“Rafif? ha pehal ngan dia? ” buat masa ni Mia memang malas ambil tahu pasal lelaki lain.
“gaya dia macam syok kat kau je.”
“hello? aku rasa tak ah. kalau suka pun takkan aku nak berpindah hati pulak? mustahil. ” Mia menggelengkan kepalanya berkali - kali.
“suka hati kaula. jangan bagi fake hope sudah . ” peringatan ikhlas dari Lyn.
***
“hai Mia. ” Rafif memulakan perbualan melalui telefon.
“ha kau nak apa? ” soal Mia.
“boleh tak malam ni ikut aku keluar? ” Rafif mencuba nasib.
“kan aku dah kata haritu last. ” balas Mia.
“sumpah ni last. please? ” rayu Rafif.
“hm okay..” Mia setuju.
“yes! thankyou Mia. ”
— panggilan ditamatkan —
Rafif benar - benar tak sabar meluahkan perasaannya malam ini.
9.30 malam.
“kenapa ada lilin semua ni? ” Mia merasakan ada yang lain macam dengan Rafif malam ini.
“saja. bagi ada aura romantik sikit. ” jawab Rayyan.
“ohh okay... ” Mia hanya mampu mengiyakan.
Rafif menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya kepada Damia.
“Damia Arysa binti Sufian, aku sukakan kau. ”
“apa kau cakap ni? ” Mia mula tidak senang duduk.
“aku betul - betul sukakan kau. dengan kau, hati aku tenang. ketenangan yang tak pernah aku rasa selama ni. ” Rafif
“maaf. hati aku tak rasa benda yang sama. ketenangan yang kau rasa adalah ketenangan yang aku rasa ketika bersama Rayyan. aku mintak maaf. ” tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. mana mungkin dia berpindah hati. buat masa ini, hatinya hanya untuk Rayyan . Rafif hanya dianggap sebagai teman. itupun teman biasa. tidak ada lebihnya.
hati Rafif bagai disiat - siat. tidak sangka dirinya bakal direject. tiba masanya untuk dia undurkan diri. dia tahu dirinya bukan siapa - siapa dalam hidup Mia. baru kelmarin perasaannya mula berputik. mungkin terlalu cepat. terasa diri seakan persinggahan sementara. makanan yang dipesan langsung tidak dijamah. pulangnya dia dengan hati yang rapuh. pertama kali air mata jantannya mengalir untuk seorang gadis yang tidak akan pernah menjadi miliknya.
UNIKL MSI BANGI CONVOCATION DAY
ayah Mia dan Rayyan hadir untuk menyambut kejayaannya menamatkan kuliah bersama - sama.
semua graduan sibuk bergambar, upload gambar, berboomerang dan sebagainya.
maklumlah, hari yang ditunggu - tunggu sejak hari pertama masuk ke alam Universiti kini sudahpun tiba.
Mia terpandang Rafif. baru perasan yang Rafif dari tadi melihatnya.
Rafif hanya mampu tersenyum palsu. mana mungkin dirinya sanggup melihat orang yang dia cinta bersuka ria bersama lelaki lain.
“eh Rafif kan? taknak bergambar dengan Mia ke? ” Rayyan menegur Rafif.
“eh takpela kau jela. ” Rafif menolak pelawaan Rayyan dengan lembut.
“eh kau kan kawan dia. pergi ah. aku okay je. ”
Rafif akur. dia bergambar dengan Mia . sama - sama awkward. sekeping gambar yang bakal mengimbau seribu satu memori.
“aku tau bukan senang. tapi kau kena lupakan dia. ramai lagi perempuan. cari la orang lain. ” Rayyan menepuk - nepuk bahu Rafif.
“memang ramai. tapi tak ada sorang pun yang boleh buat jantung aku berdegup laju macam Mia buat dekat aku. ” Rafif mengundur diri.
***
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...