dua asing yang sempat saling, 15 Mac 2020
kita adalah sebuah ketidaksengajaan.
tika dipandang, timbul suatu keinginan.
keinginan untuk memiliki.
keinginan untuk ditemani.mungkin juga kita adalah sebuah perumpamaan.
hanya bayangan dari sebuah kenyataan.
bahwa kita tidak akan selamanya sejalan.atau sebenarnya kita adalah sebuah jalan cerita yang diawalnya manis sehingga mampu membuat si pembaca tersenyum - senyum sendiri. kerana perasaan itu si pembaca terus membaca ke halaman seterus - terusnya . sehingga mulai merasa perubahan pada plot - plotnya. seakan dapat meramal apa yang akan berlaku, hati mulai bimbang. walaupun begitu, si pembaca tetap perlu mengikut alur demi mengetahui pengakhirannya. si pembaca terus membaca tanpa mengetahui bahawa endingnya bersifat terputar balik dari permulaannya.
kerana masa silam itu kekal, jalan untuk keesokannya juga berliku-liku dengan terik payah. luarnya kelihatan indah, dalamnya berselaput sengsara. masa hadapan yang wajib engkau buru adalah segala momen selepas ditimbus tanah sebelum ditiupkan roh semula kemudian berpasak-pasak melalui sehalus garisan panjang membukit tiada penghadang.
Rayyan 2.0 ni? sama je dengan Rayyan yang dulu. tak pernah gagal buat hatiku bergoncang. sedar tak sedar dah hampir 3 bulan aku mendirikan rumah tangga dengan budak mualaf 2 tahun ni. eh dah 3 tahun. hari - hari macam wedding anniversary.
“on call dengan sape tu yank?” tanya Rayyan dengan nada yang manja.
“ ada la. jeles ke?” tanya Mia balik.
“ i don't called it ‘ jealously ’. i called it ‘ fear of losing you. ’ ” jawab Rayyan penuh puitis.
gelak tawa mereka memenuhi ruang rumah. bahagia bila dua asing dah menjadi satu. mereka masih di sini. berharap agar peratusan cinta mereka masih sama di hari - hari berikutnya. terima kasih, Tuhan.
— TAMAT —
--------------------------------------------------------
( CORETAN AUTHOR)
ramai yang meronta - ronta ingin berubah. tapi apabila ditegur, dinasihati, katanya; nantilah, hidayah tidak sampai lagi. hidayah memang tidak akan sampai sekiranya kita sendiri tidak mencari, hidayah memang tidak akan sampai jikalau kita sendiri butakan hati. sekiranya kita setakat baca coretan dakwah, namun tidak semat dalam hati memang tidak akan menjadi. jkalau kita setakat dengar ceramah agama, hanya dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri maka tiadalah erti. andai kita setakat mengadu ingin berubah namun hanya berdiam diri, maka niat dan cara sudah tidak sebati.
inginkan perubahan, perlu mulakan. perlu ada action. bukan mulut kata nak insaf nak taubat tapi hati dan perbuatan tak nampak macam nak taubat pun. berat memang berat, namun tetap perlu mulakan juga— janji ada action. ingatlah semula kata - kata amirul dalan cerita ini, bukannya harini masuk islam harini kena pakai tudung, tau pasal agama islam, baca hadith, baca alquran dsb. pelan - pelan kayuh. asalkan kayuh. jangan stop. it's okay if you're still healing. good things take time. ikutlah hendak mula dengan perbaiki solat, menjaga aurat sempurna atau dengan menjaga tutur kata. mulakan. biar sekarang, jangan nanti. kerana belum tentu nafas kita masih mengalir lagi. hari ini saudara seislam kita yang lain telah menghadap Ilahi, mungkin esok lusa giliran kita pula. Allah merahsiakan kematian, agar kita sentiasa membuat persediaan. berubah sekarang, esok lusa mana mungkin sempat. kerana ketika itu kita masih dibuai mimpi ngeri— sama ada mahu mulakan ataupun tidak, seperti hari-hari sebelum ini.
mulakan, jangan sombong. Allah tidak memerlukan kita pun, kita yang perlukan Allah. mahu diulang berapa kali? Allah tidak akan sekali-kali mencampakkan kesedaran ke dalam lubuk hati orang-orang yang sombong. kerana itulah kita sentiasa kata, hidayah tidak sampai lagi. jangan terlalu berharap pada manusia untuk menarik kita ke syurga. bagaimana sekiranya Allah tidak mengizinkan? belajarlah berdikari terlebih dahulu, sebelum mengharapkan orang lain. elakkan biasakan diri dengan goyang kaki. tiada usaha, tiba-tiba ingin ke syurga. tak ke pelik?
terima kasih kepada semua yg support cerita ni. ni first time cerita aku gigih habiskan shshhshsg. akhirnyaaaaa dah tamat. macam mana? korang lega tak? terima kasih ya sebab sudi baca, vote , komen, mintak sambungan. semoga kalian dapat ambil nasihat dan peringatan yg diselitkan dalam cerita ini sebagai pemangkin semangat untuk berubah menjadi insan yg lebih baik. assalammualaikum!!!
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Romance" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...